Salam
Bila pulang ke Malaysia, barulah saya terdedah kepada rupa sebenar kepada kehidupan yang bakal saya lalui tidak lama lagi. Ia tidak seindah yang digambarkan, sukar untuk dilakar dan payah untuk dipapah.
Apa yang hendak diseimbangkan
Bukanya mudah untuk menyeimbangkan antara kehendak masyarakat, keluarga dan diri sendiri serta tidak melupakan Allah S.W.T. Pelbagai resepi perlu dicuba bagi menyeimbangkan semua perkara ini.Janganlah kita mengabaikan mana - mana, ini kerana semua memerlukan kita untuk memainkan peranan yang penting dalam instiusi masing - masing.
Famili juga sebuah organisasi
Kedua - duanya adalah organisasi,baik untuk berkhidmat pada masyarakat mahupun dalam instiusi kekeluargaan. Jika dalam keluarga, kita memaikan peranan yang besar dalam menjamin kekeluargan sentiasa berada di jalan yang betul dan tidak terlencong pada mana - mana lorong yang menyesatkan. Jika dalam masyarakat, mereka memerlukan tenaga - tenaga pemikir dan penggerak bagi menyedarkan masyarakat daripada lamunan dunia yang menipu, Tampaknya, kedua -duanya memerlukan kita.
Kita juga punya hak
Kita juga mempunyai hak tersendiri,perlu juga ditunaikan bagi memastikan kita mampu meneruskan bantuan idea, wang ringgit dan tenaga kepada dua sektor yang memerlukan. Dan jangan lupa untuk sentiasa meluruskan kembali niat dalam kita menyumbangkan tenaga.Hindarilah daripada mencari agenda - agenda yang menguntungkan diri sendiri.
Saya masa mencari apakah cara yang sesuai dalam menyeimbangkan tenaga. Semoga Allah bersama -samaku
To love?
9 years ago
0 comments:
Post a Comment