Salam
Dah seminggu keluarga saya menerima ahli keluarga yang baru, Syahrul Al Nuruddin bin Syahrul Amirudin, cucu pertama buat mak saya.
Excited? Excited jugalah semasa menunggunya,walaupun saya tidak pernah memegang kanak - kanak sebelum ini. Walaupun begitu, peristiwa ini telah membuka mata saya pada beberapa perkara yang saya selalu terlepas pandang.
1. Perkahwinan bukan hanya kita berdua( Suami dan Isteri).
Haaa. Ini selalu orang muda - muda selalu terlupa.Jika berkahwin mereka menganggap bahawa kehidupan hanya berdua, setiap hari akan duduk berdua, makan sama sama dan terlupa pada satu hari mereka akan bertiga, berempat, berilma dan seterusnya. Bukan mudah banyak mulut yang terhasil.
2.Bersalin satu pengorbanan.
Susahnya untuk bersalin, bertapa besarnya pengorbanan ibu - ibu bersalin. Jika tidak boleh bersalin secara normal, pelbagai lagi cara yang menyakitkan akan memudahkan kelahiran si kecil, forcep, operation dan pelbagai lagi. Belum lagi cerita 9 bulan yang terdahulu.
3.Selepas bersalin pun perlu berkorban.
Menjaga bayi pun tidak mudah di sangka. Pelbagai ragam dan keranah yang kita tidak fahami terpaksa dilayan.Tidur malam pun tidak lena, belum lagi kepada yang berkerja. Ibu dan bapa memang harus berkerjasama seperti dalam satu team untuk menjaga anak ayang disayangi.
4.Membina keluarga bukanya mudah.
Besarkan anak? Haih bukanya mudah, buka TV hari - hari pun saya tidak sanggup untuk menontonya, apetah lagi persekitaran yang kurang mendidik jiwa ini.Perlu membina kekuatan dalam yang teguh kepada anak - anak yang dilahirkan.Perancangan bukan dilakukan ketika anak itu berumur 10 tahun ,tetapi sejak daripada lahir lagi perlu dirancang dengan telti.
Besarnya ertimu dalam hidup Pak Su, Nuruddin!
To love?
9 years ago
0 comments:
Post a Comment