Kesan Imperialisme negara - negara eropah terhadap negara - negara di timur adalah dengan kebanjiran ramai rakyat - rakyat negara yang dijajah terhadap negara penjajah.Negara kita Malaysia sangat kuat ikatanya dengan United Kingdom.Begitu juga dengan negara jiran kita Indonesia, sangat kuat ikatanya dengan Belanda. Tanpa disangka, 3 pemain hebat daripada Belanda berketurunan daripada Indonesia, patut mereka berambut hitam dan mempunyai iras orang - orang di Asia.
Roy Makaay
Giovanni van Bronckhorst
Denny Landzaat
Memang salah satu kesan daripada Imperialisme adalah penghijrahan manusia secara besar - besaran.Lihat sahaja di UK, populasi masyarakat Asia Selatan sangat ramai. Ramai sahaja pemain kriket England dan Scotland berasalan daripada India, Pakistan , Bangladesh dan Sri Lanka. Penghijrahan masyarakat berbangsa Poland ke UK selepas serangan Blitzkrieg oleh Germany , mewujudkan rumpun masyarakat Poland di UK. Kita boleh lihat di UK dimana banyaknya makanan- makanan masyarkat Poland dijual di Supermarket besar di sana.
Kini,boleh saya katakan, sukarnya untuk mendefinisikan sesebuah negara melalui bangsanya,ini kerana wujudnya pencampuran masyarakat secara besar besaran. Mendefiniskan negara melalui bangsanya adalah sangat kurang tepat dan mungkin berubah. Ini berlaku di mana mana sahaja di dalam dunia.Mungkin wajah dunia akan lebih berubah pada tahun yang mendatang?
0 comments:
Post a Comment