Finding Truth

|
Salam

Mencari kebenaran sangatlah mudah dasarwarsa ini. Ini kerana semua ada dihujung jari. Jika tidak tahu apakah itu Coelacanth, maka pergi dekat google dan terus taip perkataan itu dan akan berjumpalah maksud Coelacanth.Jika ingin jalan mudah, guna sahaja wikipedia walaupun sumbernya tidaklah begitu tepat.Pembelajaran kini lebih mudah dan tepat.

Kita boleh melihat sesuatu perkara daripada banyak perspektif,tidak bergantung pada sumber arus perdana sahaja.Saya melihat arus perdana kini, sangat kurang menekan budaya Ilmu dalam masyarakat. Hiburan kini menguasai rancangan - rancangan TV dan tidak langsung menekankan aspek pembelajaran dan pendidikan di dalam masyarakat.

Tidak kira umur atau minat, seharusnya masyarakat kini lebih kehadapan dalam menggunakan sumber - sumber yang ada. Internet misalnya, merupakan satu kunci alternatif pembacaan selain daripada buku buku yang ade dipasaran.Blog - blog ahli negarawan, ulama dan golongan professional seharusnya dilayari bagi mendapatkan pengalaman mereka bagi diaplikasikan dalam kehidupan. Semua ilmu yang didapati perlu ditafsir dan disesuaikan dengan acuan ajaran Islam dan keadilan. Bukan kepada kepentingan peribadi dan kejahilan yang melampau. Sesetengah masyarakat muda kini yang dibentuk oleh persekitaran yang sangat tidak sihat, budaya hiburan yang melampau lampau seharusnya dielakan. Kejahilan yang melampau ini terbentuk daripada budaya Hedonisme ini sangat - sangat tidak boleh dipandang enteng. Ilmu mudah dicari, pencarinya sahaja yang tiada. Masyarakat muda yang lahir bukanlah calang calang orangnya, berijazah dan berpelajaran. Tetapi kejahilan??? Seperti orang yang tidak pernah ke sekolah.

Kejahilan di tahap yang sangat membimbangkan. Budaya Ilmu perlu dipupuk bagi memastikan masyarakat yang terbentuk dimasa hadapan adalah masyarakat yang dinamik. Pencari Kebenaran, Penghalang Kebatilan.
Mengajak kepada Kebaikan dan Pencegah kepada Kemungkaran

Ilmu sudah banyak, cara sudah mudah....Maka,marilah sama sama kita berubah.

0 comments: