Lama ak x update blog.
semalam internet kat umah aku down.
mmg sangat2 la lembab.
إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ وَاخْتِلاَفِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَالْفُلْكِ الَّتِي تَجْرِي فِي الْبَحْرِ بِمَا يَنفَعُ النَّاسَ وَمَا أَنزَلَ اللّهُ مِنَ السَّمَاءِ مِن مَّاء فَأَحْيَا بِهِ الأرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَا وَبَثَّ فِيهَا مِن كُلِّ دَآبَّةٍ وَتَصْرِيفِ الرِّيَاحِ
وَالسَّحَابِ الْمُسَخِّرِ بَيْنَ السَّمَاء وَالأَرْضِ لآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَعْقِلُونَ
وَالسَّحَابِ الْمُسَخِّرِ بَيْنَ السَّمَاء وَالأَرْضِ لآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَعْقِلُونَ
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran.
Surah Al- Baqarah, Ayat 164
Surah Al- Baqarah, Ayat 164
Petang nie aku x der la g mana mana. Jadi aku round la sekeliling rumah,kalo ader 2bende yang boleh aku buat.Mula 2 aku bakar sampah,daun daun kering kat sekeliling rumah.Pas 2 mak aku kata die nak masak kari ayam.pokok kelapa dengan buah yang bergayutan
Jadi die mintak aku carikan kalo ader kelapa (cocosnuferia betul aku eja name saintifik die nie...).Mmm mmg banyak pokok kelapa belakang rumah aku nie tanaman arwah nenek aku.Jadi tiap tiap ari banyak buah kelapa jatuh belakang rumah aku nie....
So aku cari la dalam 5 -6 biji.Mula mula aku kena kopek buah kelapa nie guna pengopek(ak pon tak tau sangat pasal name bende nie.)pengopek kelapa
So benda mmg salah satu alat modern sedikit untuk bukak kelapa.Dulu ader org kampung bukak kulit kelapa guna upih,bende tajam yang cucuk kat tanah 2....Tapi sekarang kiter buleh guna bende kat atas nie iaitu pengopek kelapa ,sbb lagi mudah dan selamat.Tapi kalo org tak pandai guna buleh cederakan kaki penggunanya .
buah kelapa yang sudah dikopek mengunakan pengopek
Cara2 nak guna kan pengopek:
- Mula mula letakan buah kelapa kat tanah
- Pastikan buah kelapa nie mmg betul2 grip kat tanah,supaya dia x gelincir semasa kiter mengopeknya.
- Dengan mengunakan pengopek ,cucuk buah kelapa dalam dalam.
- Tarik pemegang pengopek dari arah yang berlainan.
- Kopek semua kulit kelapa dari tempurungnya.
- Dapat la kelapa yang sedia untuk dibelah dan diparut
0 comments:
Post a Comment