Minggu Sibuk .

|
Salam.
Setelah beberapa minggu ak teperuk kat rumah ak yg ujung dunia nie...Minggu nie menjanjikan kesibukan yg berganda.

Setelah akak aku di masukkan ke hospital,ak dengan rasmi nyer dilantik menjadi suri rumah tangga kerana ketiadaan mak dara( mak ak yg kena duduk hosp.jage akak ak).

Aku kenalah memasak,membasuh pinggan mangkuk, mencucibaju , menyidai baju,kasi makan kucing,hingga lah melipat baju yg menimbun2 macam bukit...

Baru ak rasa macam mana mak aku yg melayan kerenah aku sepanjang aku hidup bagi menguruskan rumah tangga agar sempurna dan teratur.

Jadi kepada abahku dan abg aku yg tersayang kenalah rasa masakan ak yg baru jer dapat lesen P dari mak aku.Separa qualified la 2...haha

Minggu nie jer tiap 2 ari ak kene g melaka untuk lawat akak ak.Tetapi hospital ini sangat la jauh dari rumah aku...mengambil masa 1 jam dr rumah aku...penat2

So ak mendoakan agar akak ak segera pulih dari kesakitan yg dialaminya....insyallah..

Besok ak akan ker KL bagi menghadiri pre departure briefing bagi University of Warwick....

5 jam tanpa hasil?????

|
Salam.
Dah beberapa hari ak tidak meng update blog yang tercinte.Ini kerana akak ak yg keje kat TM 2 masuk hospital sbb complication kt tempat pembedahan die hari 2.... ak pon tak tau aper yg berlaku sekarang,masih samar2 dlm lunak pemikiran ku...

semalam terpaksa la abah ngan mak ambik die kt KL... dengan menaiki kerete kancil milik abg ak,abah aku pon memecut ke KL sbb akak ak2 dh demam 5 hari menahan sakit ,so die x leh la balik drive sendiri...

sesampai jer kat KL member akak ak bertanya kepada akak ak' sper yg nak bawak kerete kancil 2 balik melaka,sbb abah ko dh bawak balik keta ko?'
'mak ak' pendek kate akak ak

mereke tak tau yg mak ak 2 boleh drive,mak ak kata bakat terpendam yg lame terendam.

oleh kerana abah ak pandu kereta viva akak ak,jadi ak pon naik keta kancil dengan mak ak, oleh kerana mak ak jarang2 bawak keta jadi terpaksalah ak jadi co pilot mak ak...

tanpa ku sangka ,mak ak memecut mengile di lebuhraye,laju betul....mmg betul2 laju,ak sampai naik takut,dengan mengeluarkan kata2
  1. mak slow ckt...
  2. laju betul
  3. rilek2 la bawak kete bukan nk kejar m.shumeker.....
akhirnye kul 5 ptg sampai la kiter org kat Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Melaka .
Akak ak pon terus di masuk kan ke Bilik rawatan jabatan kecemasan,jadi ak ,abah ak,dengan mak ak tunggu la kat ruang mennungu....

Punya la tunggu ,punya la lama akhirnya kesabaran abah aku pon ader batasnyer..dari kul 5 ptg sampai kul 10 malam, 5 JAM!!!!!! x der sebarang tindakan di ambil untuk akak ak.Bile abah ak tny mana akak ak ,baru la ader 2 3 nurse dengan doktor mule buat2 sibuk,mase 2 baru la nak antar x-ray,dan nak daftarkan untuk masuk ker wad.....

mmg tak patut....hospital kerajaan milik rakyat sehrusnye berkualti dan cemerlang. Tidak la org melarikan diri ker hospiltal swasta untuk perkhidmatan yg terbaik.... banyak wang rakyat telah dibelanjakan, so aper lagi berkidmatlah dengan sebaiknya.....

KYUEM Tag

|
Dah sebulan ak tinggal kan Kyuem.
Mungkin org lain jawab soalan Kyuem Tag sejurus meniggalkan kolej nie....Tapi bagi menghargai memori paling berharga di Kyuem..aku dengan bangganya menjawab soalan tersbut selepas 1 bulan...

1.Apa anda paling sayang tentang Kyuem?
Sahabat2 dan ukuwah yang dibina di Kyuem lebih2 lagi di Surau,Klas2 akedemik,dh,rcdan di padang bola.....

2.Apa anda xberape sayang tentang Kyuem.
Perkara 2 yang amat melalaikan dan budaya ikutan barat yg tak patut kiter ikut....haha

3.Lokasi kegemaran di Kyuem?
Aper lagi Surau as-saad,Tempat di mana ak solat,tempat meluahkan perasaan pada maha pencipta dan member2,tempat merealsekan stress (dengan menjadi bilal),tempat mencari member,dan tempat menambahkan ilmu.

4.Aktiviti kegemaran di Kyuem?
Aper lagi duduk kat RC waktu peperiksaan dekat bahagian atas ,takde saper nak kaco,katil takde,computer xder,hanya ak dengan buku.

waktu tazkirah asar,mendengar pendapat2 member yang tuntas lagi bernas ,berkongsi idea,dan pendapat.

waktu usrah dl setiap ari isnin pas 2 tukar hari selasa,dimana ak buleh conduct usrah masa ak senior,dengan member sebaya,usrahmate yg sentiasa setia mendengar (muiz,syafiq,pali telur,fer,nizam,jimahdan lain2) dan pasangan usrah yang tak rasmi (enche jpah) yang mempunyai kain pelikat cap Gadjah Duduk 4000 benang same caler,jenis corak dengan ak.

5.Apekah anda akan paling rindu tentang tempat ini?
senag jer ,ak jawab pendek jer... surau ,rc,bilik p30c,cafe dan tak terkecuali dh....

6.apa anda x berapa rindu dengan kolej?
x de kot...

7.Tempat ini mengajar anda......
Biology,Chemistry,Physic,Math,Islamic Study,Malaysian study, Ict,dengan IELTS.....hahaha
persahabatan yg sejati,keyakinan terhadap dunia luar...

8.Guru kesayangan?
Mr Azman dengan Miss Aizan..
banyak mebantu ak dalam pembelajaran di dalam kelas serta di luar klas...
Bukan dari segi duniawi tetapi dari segi ukrawi.
x lupe juge pada Mr Hanson,Kak Ina ,Pn Halijah,Mr Ravi serta Ustazah Husna.

9.Staf non academic kesayangan..
Abang apis Burger.... penawar perut ketika perut menyanyi2 lagu keroncong ketika study....
Pakcik Mail Rc.... walaupon handicap tetap tegas dengan krdibiliti beliau menyatakan bahawa Rc bukan Pasar Borong Selayang.....
Kak Asmida... kak lab yang expert dalam penggunaan mikroskop dan sporting lagi baik.

10.Adakah anda akan kembali untuk melawat kolej ini kelak?
tengok la dulu...kalo ader member yg nak g sana sbb aku xder lesen kereta.Jadi kepade member2 yg nk g jangan lupa ajak aku...

11.
Kalau anda tak datang sini, mungkin seumur hidup anda tak akan pernah jumpa…
Pembakar roti bergerak kat dh...
Member yg supportive dan baik ati...


12.
Perkara yang sampai sekarang anda tak paham tentang kolej ni ialah…
sebab aper Yayasan Uem x nak beli bas........
Boleh guna macam2 ,tuk g tanjung mailm,ecotrip,perlawanan persahabatan dan sebagainyer...
x yah naik bus india yg mahal 2....

13.Kalau ikut sukahati anda,cogankata untuk Kyuem sepatunyer?
Kyuem - kolej dalam utan.

14.Program ape kah anda kenang sampai bile2?
Bakti Kenyalang 2007,membawa name KYUEM keceruk rantau negeri sarawak,dapat memotivasikan pelajar 2 di sana ,dapat family angkat yang agak susah,dapat la meringankan beban mereka sedikit sebanyak..



Minggu yg melesukan.

|
Salam.
Minggu nie adalah minggu yg paling sedikit ak update blog.
Demam dan kene migrane beberapa ari
Hari2 yg berlalu terbuang begitu sahaja.
Ak asik kat depan computer bermain game.
Atau pon ak teman kan mak ak masak ,tolong ckt aper yg aper yang ak buleh tulong.
x pon teman mak aku tgk drama melayu kat Tv, sume drama ak tgk sampai bosan.
x pon ak sambung baca novel pejuang islam milik abg aku...
x pon aku picit sekor sekor kucing aku kat umah.
zoro lah yg aku picit2 setiap ari
dah berat kucing aku sekor nie.
hari tu aku timbang die berat nak dekat tiga ekor.
selau aku jerit2 nama die dengan pangilan gemok gemok...
haha macam tuan die

dua ekor anak kucing ak mati minggu nie
sekor ezora mati sakit,
sekor lagi atan lak mati terhentak batang besi masa tengah main2
sekejap jer die nazak dan terus mati
mak die masih jilat2 anak die walaupon anak dier dah mati.
sedih giler aku sampai mengalirkan air mate...
huwaaaaa...sedih nyer...

nak tulis blog pon aku x der sangat idea...
nak berjalan jalan pon ak malas...
ishishish...saudara apis aperla ko nk jadi.
Sejak balik nie,ak x byk msg2 member,
main friendster,facebook pon maleh...
bukak ym pon jejarang...
Aku di ibaratkan seperti sekor beruang kutub yg sedang berhibernasi.
ishishish...aper la aku nak jadi umpama kapal belayar tanpa haluan.
meracau x tentu hala....haha

pastikan hidup pada minggu depan lebih bermakna..

K... tata

Kegagalan.

|
Salam.
Nie e-mail yg aku dapat dari aslam.
E-mail dr cha senior di Kyuem yg skang nie ader kat notts kepada aslam..

so nie e-mail yg aku baca ... so thanks saudara aslam....
Bulat bulat aku ambik dr e-mail tersebut..

In the name of ALLAH, the most Gracious and Merciful GOD..

salam,

moga bermanfaat utk semua...

~Kegagalan~

Posted by: "Ummu Afeera" afeera_szaza@ yahoo.com afeera_szaza

Wed Jun 11, 2008 6:09 pm (PDT)

[input] [input] [input] [input]



~Kegagalan~

Tulisan ini saya dedikasikan buat sahabat-sahabat yang mungkin berdepan dengan kegagalan. Saya juga pernah merasainya. Dan mungkin tulisan ini sebagai persediaan andai saya juga perlu meniti kegagalan sekali lagi dalam peperiksaan yang menjelma. Allah penentu segalanya. Bahagia dan derita, kedua-duanya adalah ujian. Moga tulisan ini ada khairnya.

Dia duduk termenung. Mungkin sahaja sedang berfikir. Program ceramah tempoh hari bermain di mata. Ustaz bertanyakan pelajar yang ada akan perasaan dan pengalaman mereka selama berada di dalam usrah. Dia mengingati bait kata-kata seorang pelajar lelaki. Kata-kata pelajar itu begitu meruntun hatinya. Mungkin kerana dia juga mengalami nasib yang sama.

Pelajar lelaki itu berkongsi cerita. Dia dulunya adalah pelajar genius. Tidak perlu langsung mengulangkaji pelajaran, tapi keputusannya pasti cemerlang. Suatu hari Allah membuka hatinya untuk merasai nikmat berusrah. Dia memanjatkan rasa syukur kerana Allah memilihnya dan dia berjanji untuk terus merasai kemanisan usrah dan berkongsi nikmat ini dengan manusia lain sehingga akhir hayatnya.

Namun Allah menguji pelajar lelaki itu. Keputusan peperiksaannya kian merudum. Syukur dia masih punya kekuatan untuk bertanya naqibnya akan hal dirinya. Kata naqibnya, itu adalah ujian dan ujian itu pasti akan hilang ditelan zaman.

Betapa kuatnya pelajar itu untuk bertanyakan pada naqibnya akan hal itu. Tapi tidak dirinya. Dia sudah puas menelan kata-kata manusia. FITNAH, kalimah itu sudah didengarinya berkali-kali. Kata manusia lain, dia menjadi FITNAH pada perjuangan dakwah. Kata manusia lain lagi, dia pergi berusrah tapi keputusan peperiksaan teruk. Ingin sekali dirinya mengetahui siapakah dia pelopor yang memperketengahkan idea kononnya keputusan peperiksaan yang teruk menjadi FITNAH pada sebuah perjuangan. Betapa jauhnya manusia dari memahami bahawa segala yang berlaku ditentukan Allah.

Dia faham bahawa sunnatullah untuk berjaya terletak pada usaha. Bukan dia tidak tahu semua itu. Dia juga dulunya adalah pelajar yang cemerlang. Cuma saat ini dia melalui hakikat UJIAN dariNya. Tidak fahamkah manusia lain akan hakikat itu? Dia pernah hidup dalam kemaksiatan selama 24 jam sehari dan saat itu Allah tidak mengujinya. Dan kini Allah mengujinya kerana kasihnya Allah pada dirinya. Bukankah ujian itu tanda kasihNya? Sayang sekali kerana manusia melihat kegagalan sahaja sebagai ujian. Manusia tidak pernah sedar bahagia yang dilalui mereka juga adalah ujian.

Dia masih mengingati kata-kata seorang akak mengenai secebis ilmu tasawuf. Andai diri melalui ujian, tidak boleh sesekali bertanya pada Allah – mengapa hal itu berlaku, mengapa dirinya yang dipilih, mengapa seberat ini ujian yang diberikan dan tidak boleh juga bertanya sampai bila ujian itu akan berlaku? Dia juga tidak ingin bertanya pada Allah berkenaan hal itu kerana dia tahu Allah mentakdirkan yang terbaik buat dirinya.

Dia mampu menerima segalanya yang ditakdirkan dengan redha. Cuma dia tidak ingin keputusan peperiksaan itu dipaparkan dan dijaja oleh insan lain sehingga akhirnya meruntun dan melemahkan hatinya sendiri. Mengapa tiada privasi di situ? Dipujuk hati, mahukah diri pada sesuatu yang hanya baik di mata manusia tapi bukan di mata Allah? Mahukah? Adakah dia hidup kerana manusia dan bukannya Allah? Adakah dirinya ragu bahawa apa yang ditakdirkan Allah padanya adalah yang terbaik meskipun ia terlalu buruk di mata manusia? Tidak Ya Allah, cuma diri ini hanya manusia yang terlalu lemah imannya. Belum mampu menelan ujian yang parah ini.

Sungguh dia tidak kisah andai keputusan itu hanya berkait dengan dirinya. Tapi sayang sekali manusia lain mengaitkannya dengan usrah dan dakwah itu sendiri. Hatinya menangis pilu memikirkan semua itu.

Dipujuk hati bahawa jalan dakwah ini akan melalui proses penapisan. Diri pasti teruji. Episod peperiksaan hanya satu sahaja dalam kehidupan seorang insan. Ujian lain sedang menanti. Ujian perkahwinan, ujian anak, ujian sakit dan segala macam rencam pastinya ditakdirkan olehNya mengikut kemampuan setiap insan. Diajukan pada diri, adakah kerana ujian yang sekecil ini dia sudah ingin ditapis? Adakah kerana ujian ini dia mahu gugur dari jalan yang benar ini? Tidak sesekali Ya Allah.

Dia teringat juga kata-kata sahabatnya. Betapa Allah ingin membersihkan gejolak hati dari sifat riya’ dan ujub sebenarnya setiap kali dia mendatangkan ujian pada manusia. Moga apabila satu masa nanti apabila dia tiba di puncak kejayaan, sungguh hatinya bersih dari ujub dan riya’ yang selalunya memakan manusia. Allah benar-benar mahu mensucikan hatinya dengan memberikan ujian ini sebenarnya.

Allah ingin mengajarnya akan hakikat kegagalan. Allah ingin dia merasai pahitnya kegagalan yang dirasai oleh kebanyakan manusia juga. Allah ingin dia melihat ke bawah. Allah ingin sekali dia memahami manusia lain. Allah ingin mengajarnya bahawa kehidupan dunia bukan hanya bahagia semata, pasti ada derita untuk menjadikannya insan yang lebih baik. Dan kini dia belajar melihat dunia dari sudut positif dan negatif, dari sudut bahagia dan juga derita.

Titisan pilu menitis lagi. Bukan masin yang dirasa tapi kepedihan yang sukar diceritakan pada manusia lain. Ujian ini untuk menambahkan lagi rasa taqarrub padaNya. Mungkin dia perlu bermuhasabah. Dia telah berdoa tetapi doanya terhalang oleh dosa-dosanya. Allah mahu dirinya datang mengadu padaNya. Betapa Allah ingin mendengar suaranya. Betapa Allah ingin menyedarkannya bahawa Dia sungguh berkuasa dan dirinya sebagai hamba sungguh lemah. Allah mampu mengubah segalanya dalam sekelip mata atau lebih cepat dari itu, sedangkan dirinya hanya insan kerdil yang berkelana di bumi RabbNya. Dosa menghalang doanya dari terkabul tapi sungguh dia masih ingin mengadu memohon ampun padaNya. Dia tahu ujian ini untuk menggugurkan dosa-dosanya yang banyak itu. Bukankah Allah itu Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani?

Dia tahu Allah bersamanya dalam tiap langkah. Dia tidak ingin Allah membiarkannya dalam setiap saat yang dilaluinya. Dia ingin Allah bersamanya meskipun manusia lain meninggalkannya. Moga ujian yang dilaluinya menambahkan lagi rasa keakraban padaNya. Dia ingin sekali memohon ampun pada manusia lain akan dosanya pada mereka. Ampunkan dirinya..dan dia memohon agar Allah mentakdirkan yang terbaik buat dirinya dalam melayari kehidupan ini, meski kebaikan yang ditakdirkanNya adalah buruk di mata manusia...

Tulisan ini juga mungkin boleh menjadi iktibar.
http://groups. yahoo.com/ group/generasi/ message/45

Finally, whatever I do, I always remind myself that I am doing it for the sake of God. As stated in the Quran, "Say: Truely, my prayer, my service of sacrifice, my life, and my death are (all) for God, the Cherisher of the Worlds" (6:162). May Allah S.W.T. accept my humble efforts.Amiin. ALLAHUMMA a'iz al Islam wa al Muslimin!

Best wishes,

Muhammad Faisal Zulkifli
BMedSci, the University of Nottingham
Queen's Medical Centre
Nottingham
NG7 2UH

Direct Mobile Tel: +00 44 (0)7515488769
Email: chaelnino@yahoo.com
YM Id: chaelnino
Term address: THE DUDE, 57 Highfield Road,
Nottingham NG7 2JE,
UNITED KINGDOM



Nothing is predestined: The obstacles of your past can become the gateways that lead to new beginnings

Demam ler..

|
Salam.
Lame gak ak x update blog...
Ak x berapa sihat la beberape hari ini.
Demam dan aku diserang migrain yang berterusan.
So ak tak la bukak internet beberapa hari ini.

Ak pny review pasal kutbah jumaat 2 pon tak siap lagi.So nnt ak akan siapkan.

So kepada sesiapa yang akan pergi ker Queen University Belfast, cam mn korang apply accommodation ek ?
Any msg post jer kat shoutbox blog aku.

Satu lagi,kepada sesiapa yang bercadang untuk pergi ker Pre departure bagi University of Warwick kat pj hillton ? boleh la korang beritahu aku samada korang pergi masa tidak 29 hb nie ker tidak boleh tinggal kan msg kat shoutbox ak.. k....

K tata...

Ralat.

|
Salam.
Terima kasih kpd saudara tyka.

Dalam post belia Islam Masa Kini,kira kira 1 minggu lepas, surah yang terpapar pada post itu adalah dari surah al-an'aam ayat 32 bukan dari surah al- araaf ayat 58.

Maaf atas kesilapan tersebut...

Dust is My Bed.

|
Salam.
Patutnya hari nie aku nk post pasal review khtubah solat jemaat kat negeri melaka.Tapi ari nie aku ader hal ckit.Jadi Besok la aku post kan review 2.
So hari nie postkan lagu Dust is My Bed yang sangat-sangat touching......
so hayati dan ingatlah orang yang bijaksana itu adalah orang yang tidak menggabgap mati itu untuk orang tue jer.....




فرشي التراب
Farshi Al Turab - Dust is my bed

فرشي التراب يضمني وهو غطائي
حولي الرمال تلفني بل من ورائي
واللحد يحكي ظلمة فيها ابتلائي
والنور خط كتابه أنسى لقائي
والأهل اين حنانهم باعوا وفائي
والصحب اين جموعهم تركوا اخائي
والمال اين هناءه صار ورائي
والاسم اين بريقه بين الثناءِ
هذي نهاية حالي فرشي الترابِ
والحب ودّع شوقه وبكى رثائي
والدمع جف مسيره بعد البكاء
والكون ضاق بوسعه ضاقت فضائي
فاللحد صار بجثتي أرضي سمائي
هذي نهاية حالي فرشي الترابِ
والخوف يملأ غربتي والحزن دائي
أرجو الثبات وإنه قسما دوائي
والرب أدعو مخلصا أنت رجائي
أبغي إلهي جنة فيها هنائي


Dust is my bed, embraces me and it’s my cover now
The sand surrounds me even behind my back
And the grave tells a dankness of my affliction
And the brightness draws a line……………
Where is my family’s love? They sold my loyalty!
And where is my group of friends? They left my brotherhood!
Where is the bliss of money? It’s behind my back now
And my name (reputation) where is it shine between praises
This is my end and this is my bed

And love farewells its longing and my elegizing cried
And the tears went dry after crying
And the universe became narrow and so is my space
And the grave became my ground and sky
This is my end and this is my bed

Fear fills my estrangement and sadness is my illness
I expect firmness and I swear it’s my cure
And for Allah i pray faithfully, you are my hope
Allah! I desire heaven, to find bliss in it

And for Allah i pray faithfully, you are my hope
Allah! I desire heaven, to find bliss in it.

Sultan Muhammad Al- Fatih

|

Salam.
Haritu aku ader tengok cartoon psl Kepimpinan Sultan Muhammad Al -Fatih iaitu penawan kota Constantinopal ,so aku terjumpe artikel ini dalam laptop aku,dan bila tah aku ader simpan artikel nie,so aku nk share degan korang sume....

SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH : SATU

CONTOH KEPIMPINAN

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda maksudnya; "Konstantinopel akan jatuh ke tangan seorang ketua yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik." Sultan Muhammad Al Fateh dilahirkan pada 29 Mac 1432 dan mangkat pada 3 Mei 1481. Detik kelahirannya pun sudah mengisyaratkan bahawa ia bakal menempa sejarah yang besar. Kejayaan yang bakal ditempanya sudah dapat dirasai apabila berita kelahirannya disampaikan kepada ayahandanya Sultan Murad, tepat ketika baginda sedang membaca Al Quran pada ayat yang bermaksud;

"Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata"(Al Fath:1)

Semenjak dari kecil dia sudah diajar dan dididik dengan ilmu agama.Panglima-panglima tentera telah dijemput oleh ayahnya untuk mengajarnya ilmu peperangan. Bentuk badannya tegap, kuat dan tinggi. Pipinya putih kemerah-merahan dan hidungnya mancung. Baginda merupakan cendekiawan ulung di zamannya dan sudah menjadi tradisinya mengumpulkan ulama-ulama untuk berbincang. Sifatnya tenang, berani, sabar menanggung penderitaan, tegas dalam membuat sesuatu keputusan dan mempunyai kemampuan mengawal diri yang luarbiasa. Kemampuannya dalam bidang pentadbiran dan pengurusan sangat menonjol. Baginda sangat kuat menyimpan rahsia pemerintahannya sekalipun terhadap sahabat-sahabat dan saudara-saudaranya yang terdekat.

Sultan Murad begitu menitikberatkan tarbiah kepada anaknya.Hati anaknya telah ditempa dengan jiwa jihad dan ilmu peperangan semenjak kecil lagi. Dia tidak dimanjakan, walaupun beliau hidup dalam istana. Jiwa mujahid dan abid berpadu sekali. Inilah merupakan ketua yang malamnya bagai rahib merintih pada ALLAH dan sangat kuat beribadah manakala siangnya bagaikan singa-kuat berjuang.Dengan tujuan mendidik, sewaktu berumur 16 tahun pernah Sultan Muhammad Al Fateh diberi kepercayaan oleh ayahandanya untuk memangku jawatannya sebagai pemerintah Turki semasa Sultan Murad pergi ke Pulau Magnesia untuk bersuluk.

Beliau mula menduduki takhta pada masa umurnya 19 tahun. Di kala itu baginda sudah begitu arif mengenai tipu helah musuh. Di waktu itu Maharaja Kristian dari Konstantinopel telah mengirim guru-guru terbaik untuk mendidiknya tentang adab dan adat istiadat kehidupan raja-raja, beliau menyuruh guru-guru tersebut pulang sambil berkata "Haram hukumnya seorang Islam ditarbiah oleh orang kafir." Sewaktu pemerintahannya juga, baginda membangunkan sebuah benteng yang dinamakan Rumeli Hisarri yang bermaksud benteng orang-orang Rom. Baginda sendiri membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga dengan itu ulama-ulama dan menteri-menteri terpaksa ikut kerja juga. Melihatkan usaha Sultan Muhammad Al Fateh itu, gementarlah hati kaisar, Maharaja Rom. Benteng tersebut siap dalam masa tiga bulan.

Dari benteng itu, dikawal dengan rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Dan dari situ juga beliau mempersiapkan kelengkapan untuk membebaskan Konstantinopel - cita-cita utamanya untuk merealisasikan hadith yang telah disabdakan Rasul tercinta 700 tahun sebelumnya.Setelah persiapan taqwa dan kekuatan lahiriah telah mantap, peperangan dimulakan. Berbulan-bulan lamanya berlaku peperangan, namun belum tampak tanda-tanda kemenangan di pihak tentera Islam. Muhammad Al Fateh pun merujuk guru mursyidnya, Shamsudin Al Wali bilakah masanya benteng Konstantinopel akan jatuh ke tangan tentera Islam.Gurunya melalui firasat memberitahu: pada hari yang ke 53, hari Selasa... pukul 11.00 pagi.Di sepanjang tempoh menunggu tersebut, kesemua tentera menghabiskan masa dengan perjuangan yang gigih di siang hari serta mempertingkatkan ibadah di malam hari.

Pada hari yang diisyaratkan itu, Hassan Ulubate, seorang tentera Al Fateh merebut bintang sebagai syahid dengan melompat ke atas kubu musuh dan memacak bendera di situ. Beliau gugur demi membuka pintu kemenangan kepada sahabat-sahabatnya yang lain. akhirnya pada 29 Mei 1453, baginda berjaya menawan Konstantinopel. Beliau telah membuktikan kebenaran hadith Rasulullah. Konstantinopel telah ditukar nama kepaa Islambol (Islam keseluruhan) yang mana kini dikenali dengan nama Istanbul. Sejarah mencatatkan bagaimana baginda menunjukkan sikap berlemah lembut dan bertoleransi yang sangat mengagumkan. Rakyat pada ketika itu diberi kebebasan untuk beragama. Semua gereja yang ada dikekalkan untuk Kaum Nasrani beribadah kecuali gereja Aya Sophia telah ditukarkan kepada masjid. Baginda dengan tawadhuknya melumurkan tanah ke mukanya dan terus sujud syukur apabila meraih kejayaan tersebut

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapakah selayaknya menjadi imam. Muhammad Al Fateh memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya untuk bangun dan baginda lantas berkata. "Siapa di antara kamu sejak balighnya hingga ke saat ini pernah meninggalkan sembahyang fardhu sila duduk!" Tiada seorang pun yang duduk, melambangkan tidak ada seorang pun di antara mereka yang pernah meninggalkan sembahyang fardhu.Muhammad Al Fateh berkata lagi, "Siapa di antara kamu yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan sembahyang sunat rawatib sila duduk!" sebahagian daripada tenteranya duduk.

Muhammad Al Fateh meneruskan lagi, "Siapa di antara kamu yang sejak baligh hingga ini pernah meninggalkan sembahyang tahajjud, sila duduk!" Kali ini seluruh tenteranya duduk, kecuali seorang. Dia itu tidak lain tidak bukan ialah Muhammad Al Fateh sendiri. Dialah orang yang tidak pernah meninggalkan solat fardhu, solat sunat Rawatib dan solat Tahajjud sejak akil baligh. Inilah dia anak didikan Shamsuddin Al Wali dan dialah ketua yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah s.a.w.

Harga Barang Naik

|
Salam,

Petang tadi ak dengan my father and mother g la membeli belah barang2 dapur dekat Family Store Masjid Tanah yang baru dibuka pada hari sabtu yang lalu.beras yang bersusun

Family store brg2 nyer agak murah compare 2 other supermarket in malacca,such as Giant,Jusco,and Carefour.Jadi tadi mmg hajat utama nya untuk keluar beli belah adalah untuk membeli beras yang sudah habis.So pg la kat dekat tempat letak beras.... ak mencari2 cari lah beras cap rambutan ,yang mmg family ak makan sejak berapa tahun yang dulu.Eh betul nie beras cap rambutan.....RM 40.00 untuk 10kg.... Ishish mahalnyer..... 2 tahun lepas harga bagi 10 kilo beras cap rambutan hanya RM 16.00 untuk 10kg....mmg kiter org tak jadi la membeli beras alternatif lain yang mempunyai harga yang murah sedikit....

Mmg la ak tahun dgn krisis kekurangan makanan yang berlaku kat dunia ditambah lagi dengan kenaikan harga minyak yang tak pernah2 melepasi harga USD 100 setong pada tahun lepas kini melambung lebih dari USD 120 setong.Bagaimana kah kite nak menghadapi situasi ini.... ialah yang kiter tau bila kat rumah,abah kiter dah beli lauk dan barang dapur dan mak kiter dah siap masak... pas 2 kiter tau...MAKAN....

Tadi ayah saya melemparkan sedikit komentar... bagaimanakah rakyat2 yang berpendapatan kecil dan mempunyai keluarga yang besar untuk menghadapi kenaikan harga barang yang melambung. Pada hemat saya adalah untuk berjimat cermat dan berbelanja dengan bijak tetapi ini perlulah win-win situation,iaitu Kerajaan juga tidak perlulah semata mata mengharapkan rakyat untuk berjimat cermat dan mengikat perut tetapi kerajaan seharusnya mengatur strategi dalam pembelanjaan perbendeharaan negara.Kurangkan projek mega2 yang nampaknya tidak mendatangkan keuntungan yang besar kepada negara, dan pelbagai lagi tindakan yang difikrkan sesuai....

Pada kiter yang berkemampuan ,ingatlah kepada mereka yang memerlukan contohnya fakir miskin,rumah anak yatim dan kepada keluarga2 yang susah...
Jadi bersedekahlah...

Hikayat Po,Pooh,Po dan Po

|
Salam.
Aper kah maksud hypo ,name yang korang panggil ak sepanjang 2 tahun idup kat kolej.
dipetik daripada wiktionary;

Etymology

From Ancient Greek ὑπο- (hypo-), combining form of ὑπό (hypó), under). Compare sub-.

Pronunciation

  • /ˈhaɪpəʊ/

Prefix

hypo-

  1. (anatomy) Below; beneath; under.
  2. (medicine) Deficient; less than normal.
  3. (chemistry) A name for oxoacid and oxyanions with a low amount of oxygen

so 2 la maksud nya......

Masa kat kolej , saudara aslam gemar menganggu aku dengan buat suara dalam cerita kanak 2 terkenal british teletubiees (macam mana aku nak eja pon ak xtau)
"lala,twinkie pinkie,po..."

po dalam siri kanak2 british yang terkenal teletubbies

lepas 2 saudara acip dengan member dalam klas fizik kak ina block 4 suka panggil name aku dengan binatang beruang yang kaler kuning iaitu winnie the pooh...

winnie the pooh kartun ciptaan syarikat Walt Disney
Masa keluar jer cite Kung Fu Panda,saudara lawi mula menggangu aku dengan mengatakan bahawa aku macam watak po dalam cerita tersebut.Die kate kalo die rindu kat ak die akan tengok cerita Kung Fu Panda..waaaaaaaa sedih nyer

po memegang watak utama dalam kung fu panda
Nampak nyer nama samaran aku ini ader nilai komersial nyer tersendiri.Adakah dengan penggunaan name samaran tersebut boleh menjadikan watak itu menjadi comel.....?Adakah name itu comel....?Dan ak yang menggunakan nama samaran itu sejak dari Form 1,adekah aku nie mangsa kepada kecomelan watak 2 yang di sebutkan di atas..... semuanya terserahlah kepada anda yang membaca artikel ini untuk menilainya.buat pengetahuan korang name po ini sangat la glamor masa aku kat semasa ak kat MRSM Serting,member sebatch dan senior2,cikgu2, makcik2 ds,makcik sapu sampah,staff2,penolong pengetua dan tidak terkecuali pengetua mengenali aku dengan nama po....sampai dieorang x tau name sebenar aku.....

ak pon tak tau la sampai bila nak guna name nie.... nampak nyer macam best jer guna name samaran nie....haha

p.s artikel ini tidak mengambarkan ak sebagai seorang yang comel....janganlah korang salah anggap la pulak....hehe



Belia Islam Masa Kini

|
Salam.
Kerisauan terhadap tingkah laku muda mudi zaman sekarang amat merisaukan.Tengok sajalah disekeliling kiter, kelakuan para pemuda pemudi yang menjadi tunjang harapan negara. Terlalai dengan pesona dunia yang tidak menjanjikan kebahagian berpanjangan.
وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلاَّ لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَلَلدَّارُ الآخِرَةُ خَيْرٌ لِّلَّذِينَ يَتَّقُونَ أَفَلاَ تَعْقِلُونَ

Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan: dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?
Surah Al An'aam Ayat 32.
Jadi bacalah artikel dibawah dan berfikirlah.

Di petik dari laman web
http://www.inteam.com.my/article.php?sid=109

"Golongan muda adalah pelapis kepada kecemerlangan yang dirintis oleh generasi sebelumnya. Kelangsungan kecemerlangan bangsa akan berterusan sekiranya pelapis yang ada memahami akan peranan mereka yang sebenar dalam aliran pembangunan iaitu sebagai kelompok yang akan menentukan dan meneruskan nasib agama, bangsa dan negara.
Akan tetapi jika kita lihat kepada suasana yang melanda golongan muda dewasa ini, kita akan dapati ada segelintir di kalangan mereka yang seolah-olah tidak merasakan bahawa diri mereka penting atau mempunyai kepentingan kepada negara.

Jadi tak hairanlah kalau saban hari media massa menyiarkan tentang salah laku remaja dan belia. Gejala "mat rempit", penyalahgunaan dadah, pergaulan bebas, perilaku tak berakhlak dan sebagainya merupakan contoh-contoh yang sering dikaitkan dengan salah laku golongan ini.
Memanglah ini adalah sesuatu yang amat menyedihkan kita semua. Lebih menyedihkan lagi, sebahagian besar belia yang terlibat dengan salah laku ini adalah golongan belia Muslim.

Persoalannya sekarang, adakah belia Muslim tidak mempunyai ketahanan diri yang kuat sehinggakan mereka tidak lagi dilihat sebagai harta kepada negara, sebaliknya menjadi satu bebanan yang tidak menguntungkan mana-mana pihak.

Tidakkah kita sebagai satu kaum yang diserasikan dengan ajaran Islam merasa malu atas apa yang melanda golongan belia ini? Adakah golongan belia itu sendiri mempunyai satu kesedaran bahawa mereka adalah harta negara yang tidak ternilai, justeru itu mereka perlu menghargaiya diri mereka dengan melakukan pengisian-pengisian yang bermanfaat dan berfaedah? Atau siapa yang patut disalahkan apabila belia kita tersungkur sebelum sempat mencapai usia kedewasaan yang sebenar dan seterusnya menyumbang kepada arus pembangunan negara?
Jika kita cuba bandingkan sumbangan belia pada zaman awal kemunculan Islam dengan belia yang ada sekarang terhadap pembangunan ummah, bezanya amat ketara sekali. Ketika Usamah bin Zaid berusia 18 tahun, beliau telah mengetuai angkatan tentera Islam untuk berperang dengan tentara Rom di bilad al-Sham. Akan tetapi pada usia belasan dan dua puluhan, ramai remaja hari ini yang mengenderai motorsikal dan membuat aksi-aksi yang bukan sahaja berbahaya kepada diri mereka malah kepada pengguna jalan raya yang lain juga.

Ketika kaum Quraysh mengepung rumah Nabi s.a.w, Sayyidina Ali bin Abi Talib mengambil iktibar bertukar tempat tidur dengan baginda bagi mengaburi musuh Islam dan seterusnya membolehkan baginda berhijrah ke Madinah. Bertitik tolak daripada penghijrahan ini agama Islam tersebar luas ke seluruh dunia. Akan tetapi, pada usia belasan tahun sepertimana yang pernah dilalui oleh Sayyidina Ali bin Abi Talib ini, ramai remaja Muslim kita yang menjadi hamba kepada dadah. Natijahnya kebanyakan penagih dadah adalah golongan belia Melayu.

Masih ingatkah lagi kita kepada peristiwa tunjuk perasaan pro demokrasi yang berlaku di Medan Tiananmen, China pada pertengahan 1989? Golongan pelajar bergabung dengan cendikiawan dan para aktivitis mengadakan tunjuk perasaan secara besar-besaran menuntut amalan demokrasi dilaksanakan di negara tersebut.

Tetapi hari ini, di negara kita beribu-ribu golongan muda lebih teruja untuk tampil di konsert-konsert hiburan. Malah seakan-akan menjadi satu aliran ikutan baru di kalangan muda mudi di negara kita untuk mencuba nasib dalam pelbagai pertandingan mencari bakat-bakat baru dalam bidang hiburan dan nyanyian.

Dengan kata lain, keghairahan belia sekarang lebih tertumpu kepada dunia hiburan dan pesona dunia semata-mata. Mereka tidak lagi mempunyai kesungguhan untuk mencapai kecemerlangan menerusi wadah pendidikan sebagaimana yang dicapai oleh Imam Shafi'e, Ibn Sina, Ibn Khaldun dan ramai ilmuwan Islam yang lain. Ketika Imam Shafi'e berusia 15 tahun, beliau sudah dikira layak untuk membuat fatwa, sedangkan dalam usia mentah sebegini, remaja kita masih lagi terkial-kial membentuk jati diri masing-masing serta masih leka dengan hiburan yang melalaikan.

Ibn Khaldun ada menyatakan bahawa antara tanda-tanda awal kemusnahan sesebuah tamadun ialah apabila kehidupan masyarakatnya penuh dengan hiburan dan perhiasan. Sejarah juga telah membuktikan bahawa sekuat mana bangsa tersebut, kalau tidak ditunjangi oleh budaya ilmu yang baik, ia akan hanya melakukan kerosakan di muka bumi ini dan suatu hari nanti pasti ia juga akan mengikut nilai tamadun bangsa lain.

Siapa tidak kenal Hulagu Khan mahupun Timurlan. Mereka adalah keturunan Genghiz Khan yang terkenal sebagai bangsa yang ganas dan kejam. Mereka diakui berjaya dalam penaklukan, akan tetapi mereka gagal dalam bidang peradaban lantaran tidak mempunyai asas keilmuan yang baik. Akhirnya, selepas melakukan kerosakan ke atas tamadun Islam, Hulagu dan Timurlan memeluk Islam.

Ini merupakan sesuatu yang luar biasa. Akan tetapi disebabkan ilmu merupakan teras sistem nilai agama Islam, maka ia mampu melembutkan hati musuh untuk memeluk agama yang benar ini.
Jadi adalah menjadi kekhuatiran kita jika para belia masa kini terus menyisihkan diri daripada unsur keilmuan di dalam kehidupan mereka dan berterusan menyintai perkara yang melalaikan, maka lambat laun mereka akan menjadi lebih mudah terpengaruh dengan unsur-unsur yang boleh memudarat agama, jiwa dan bangsa mereka.

Stand Up by Muadz

|
Salam.
Antara lagu2 yang saya layan masa zaman2 periksa aritu adalah lagu dari album
album al-'asr a moment.
Lagu dari album al-'asr a moment ini sangat sangat menarik dan muzik nya sangat best.
Lagu2 dibuat berdasarkan dari pada hadith sabdda junjungan nabi kite Nabi Muhammad S.A.w
Antara lagu yang sangat sangat menarik perhatian saya adalah lagu tersebut.
Muadz - Stand up....

Sila hayati dan selami maksud lirik tersebut,

Stand Up

"قم يا فلان فأذن أنه لا يدخل الجنة الا مؤمن"
"ان الله يؤيد الدين برجل فاجر"
Sumber hadis : Hadis Riwayat Al-Bukhari
Oh you stand up! say it together
None enters paradise save a true believer
Allah shall support this religion
With a sinful man with a wicked man

Some people see barriers
In classes and in colours
Some people are wiser
But some believe they are hollier

Feel the heart of everyone
See through our differences

You and I have the power
Think good of one another
So stand up and take our places
And do what we do better
Spend sometime to know ourselves
Help the other


Hari hari aku bersama kucing - kucing

|
Salam
Setiap hari aku duduk kat rumah macam ayam percik yang diperap dengan rempahnya .Duduk termenung dan menghabiskan masa2 indah bersama kedua ibu bapa saya dan dengan kucing2 kucing saya.
Hari itu masa balik rumah terkejut sebab banyak kucing saya pergi menghadap ilahi terlebih dulu dari pada saya.Sebab ader disease yang menyebabkan kuucing saya mati....waaaaaa.
Saya buleh wat list panjang name kucing saya yang dah mati

  • Mona Gemok
  • Lara Croft
  • Apai
  • Umai
  • Bobby
  • Zaza
  • Anak mama Bedah ader dua ekor(x sempat nak kasi nama)
Mmg saya sangat sedih bila kucing saya mati.Tapi Alhamdullliah tiga ekor kucing saya yang dah bergelar mama(Kategori mak kucing la) sudah bunting.Sape la buntingkan dieorang nie.....
Nama -nama mak kucing sudah bunting adalah seperti berikut
  • Mama Enot
  • Mama Bedah
  • Mama Wewe
Sekarang kucing kesayangan saya adalah Zoro dengan Mia Izora ,asik nampak muka dieorangla dekat dapur kat rumah aku.Haha bebudak dua ekor nie mmg comel.Sekor besar dan sekor lagi kecik lagi...

K tata.....

Muslim Overseas Camp

|
Salam .
Juz a reminder for all MOC 2008 participants......

Kepada sesiapa yang ader pertanyaan,masalah dan sebagainya,anda boleh menghubungi saya

Muhammad Hafizuddin Kamarudin aka Po
E-mail ; hypo_nurislam@yahoo.com
SMS or call to: 017-6692902.

P.S ;Pertanyaan boleh juga ditanyakan kepada
  • Shahridwan aka Ayah pin
  • Syarafina aka Syara
  • Salbiah aka Sal
No telefon dan e-mail sdieorg boleh dirujuk di buku MOC yang diedarkan semasa sebelum anda belah dari KYUEM

Petangku di rumahku

|
Salam.
Lama ak x update blog.
semalam internet kat umah aku down.
mmg sangat2 la lembab.

إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ وَاخْتِلاَفِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَالْفُلْكِ الَّتِي تَجْرِي فِي الْبَحْرِ بِمَا يَنفَعُ النَّاسَ وَمَا أَنزَلَ اللّهُ مِنَ السَّمَاءِ مِن مَّاء فَأَحْيَا بِهِ الأرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَا وَبَثَّ فِيهَا مِن كُلِّ دَآبَّةٍ وَتَصْرِيفِ الرِّيَاحِ
وَالسَّحَابِ الْمُسَخِّرِ بَيْنَ السَّمَاء وَالأَرْضِ لآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَعْقِلُونَ


Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran.
Surah Al- Baqarah, Ayat 164


Petang nie aku x der la g mana mana. Jadi aku round la sekeliling rumah,kalo ader 2bende yang boleh aku buat.Mula 2 aku bakar sampah,daun daun kering kat sekeliling rumah.Pas 2 mak aku kata die nak masak kari ayam.pokok kelapa dengan buah yang bergayutan

Jadi die mintak aku carikan kalo ader kelapa (cocosnuferia betul aku eja name saintifik die nie...).Mmm mmg banyak pokok kelapa belakang rumah aku nie tanaman arwah nenek aku.Jadi tiap tiap ari banyak buah kelapa jatuh belakang rumah aku nie....
So aku cari la dalam 5 -6 biji.Mula mula aku kena kopek buah kelapa nie guna pengopek(ak pon tak tau sangat pasal name bende nie.)pengopek kelapa
So benda mmg salah satu alat modern sedikit untuk bukak kelapa.Dulu ader org kampung bukak kulit kelapa guna upih,bende tajam yang cucuk kat tanah 2....Tapi sekarang kiter buleh guna bende kat atas nie iaitu pengopek kelapa ,sbb lagi mudah dan selamat.Tapi kalo org tak pandai guna buleh cederakan kaki penggunanya .
buah kelapa yang sudah dikopek mengunakan pengopek

Cara2 nak guna kan pengopek:
  1. Mula mula letakan buah kelapa kat tanah
  2. Pastikan buah kelapa nie mmg betul2 grip kat tanah,supaya dia x gelincir semasa kiter mengopeknya.
  3. Dengan mengunakan pengopek ,cucuk buah kelapa dalam dalam.
  4. Tarik pemegang pengopek dari arah yang berlainan.
  5. Kopek semua kulit kelapa dari tempurungnya.
  6. Dapat la kelapa yang sedia untuk dibelah dan diparut
Mmm.Masa aku duduk kat KL mmg aku x merasa untuk membuat benda2 nie.Sbb kat KL sume dah siap,lagipun suma dah siap.lagi teknologi sekarang nie,dah ader santan paket,santan segera macam lagi la...Malam nie dapat la aku makan kari yang mana santan die fresh dari pokok hahaha...