Seasonal love

|
Salam...
selepas peperiksaan chemistry hari khamis yang lalu,ak diserang dengan demam selesema yang agak teruk.... mmm tp dpt ak lupe kan demam 2 dgn bermain cs dan menonton movie bagi mengurangkan kesakitan yang di alami.. haha

menyentuh pada tajuk post ini,merujuk pada surah az -zumar ayat 49 :

فَإِذَا مَسَّ الْإِنسَانَ ضُرٌّ دَعَانَا ثُمَّ إِذَا خَوَّلْنَاهُ نِعْمَةً مِّنَّا قَالَ إِنَّمَا أُوتِيتُهُ عَلَى عِلْمٍ بَلْ هِيَ فِتْنَةٌ وَلَكِنَّ أَكْثَرَهُمْ لَا يَعْلَمُونَ
49. Maka apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, ia segera berdoa kepada Kami; kemudian apabila Kami memberikannya sesuatu nikmat (sebagai kurnia) dari Kami, berkatalah ia (dengan sombongnya): "Aku diberikan nikmat ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku". (Tidaklah benar apa yang dikatakannya itu) bahkan pemberian nikmat yang tersebut adalah ujian (adakah ia bersyukur atau sebaliknya), akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat itu).


mengambarkan realiti sebenar seorang manusia.di mana apabila ia susah baru la mula ingat kepada Allah dan memohon bantuan daripadanya ,tetapi apabila senang mulalah sombong dan takabur atas nikmat yang Allah berikan,

Jadi pada sahabat sekalian,
Sekarang ini adalah waktu di mana kite mempunyai waktu lapang dan senang kerana kite dh abis exam,jadi janganlah kite mudah terlalai dengan ape aktiviti yang kiter laku kan hingga melupakan Allah swt,kalau buleh terus la melakukan ibadah 2 yang kiter lakukan semasa musim exam...jadikan musim exam sbagai catalyst untuk kite mendekatkan diri kepada Allah swt..
walaupon kite menganggap pada musim exam itulah ujian daripada Allah swt,tetapi sejujurnya waktu lapang ini merupakan ujian terbesar bagi aku,lagi lagi untuk melawan hawa nafsu....
so ini just sekadar friendly reminder termasuk kepada diri ak sekali....

0 comments: