Basikal

|
Salam.
Petang tadi semasa hendak pergi ke Sungai Udang untuk menemani mak debgan abah membeli barang dapur,kami melalui jalan Kuala Sg Baru-Tanjung Bidara,yang terkenal dengan kecantikan pantainya di negeri melaka.Ak terlihat beberapa budak sekolah hendak pergi ke sekolah agama petang dengan ber basikal,ak terkenang 9 tahun yang dahulu semasa aku berbasikal ke sekolah agama.

Masa kecik2 dulu mmg x der sekolah dekat dengan rumah,semua sekolah rendah yang aku masuk paling dekatnya ialah 10 km,so masa darjah lima aku , masa ak transfer dari KL,ak berpindah ker Sekolah Kebangsaan Lubok Redan,Masjid Tanah,Melaka.... so pagi 2 lagi dah bangun untuk menaiki van untuk ke sekolah.Tamat sekolah pada pukul satu suku,ak dh berlari2 untuk mendapatkan van untuk balik ke rumah bagi mengejar waktu untuk ke sekolah agama pada pukul dua setengah.

Balik jer terus mandi,makan ,solat zohor,pas 2 terus berbasikal pegi ke sekolah agama.Masa 2 pakaian sekolah agama kat melaka pakai sampin kaler hijau,bukan sekarang memakai sampin kaler hitam atas dasar faktor tekanan politik dari kerajaan negeri.Membawa basikal BMX bekas milik abang aku (mentang2 die dah pakai basikal bergear),aku pon mengayuh basikal 2km dari rumah aku...

Masa pegi sekolah agama,mmg banyak kali terjatuh,sebab aku mmg careless,kadang2 termasuk dalam sawah,terseret kat atas jalan.Lutut seluar baju melayu aku macam mat rempit punya seluar jeans,mak aku asik tampal jer dengan kain sebab asik jer koyak.

Masa keluarga ak sudah memindahkan barang2 dari rumah dekat Kl ke kampung,Keluarga aku ade memindahkan basikal raligh(betul ker aku eja)mak aku punya masa die kejer,dalam tahun 1980an,tapi basikal 2 ader gear...ak mintak abah aku repair basikal antik 2..mmg basikal 2 laju dan sedap dibawak....kalah basikal gear abang aku....haha..

Sekarang nie mmg aku berbasikal petang2 untuk berexercise ,kayuh tepi pantai mmg best,so jangan jeles....haha

0 comments: