Belari ke Puncak

|
Salam.

Menjadi dewasa bukanya mudah seperti yang disangka.Ramai yang nampak dewasa, namun ia belum tentu matang dalam berfikir. Begitu jualah saya.

Mudahkah untuk menjadi matang? Oh tidak, ia semua dari pengalaman dan pemerhatian dalam kehidupan. Kehidupan yang pendek ini, sukar untuk membuat ujian, atau dalam bahasa Inggeris 'try and error' .
Pembacaan mungkin membantu, namun aplikasinya masih sukar dari pada apa yang kita baca.

Setiap Manusia perlukan inspirasi , dan pedoman , samaada nampak atau tidak. Inspirasi, mungkin daripada persekitaran, mungkin dari cara ibu bapa yang membesarkan dan mendidik.Tentunya inspirasi daripada Rasulullah S.A.W lebih jelas dan terkesan.

Inspirasi memberikan suntikan dalam kehidupan. Inspirasi memberikan kekuatan untuk bangun. Inspirasi memberi peluang kepada harapan . Inspirasi memberikan tenaga.

Inspirasi dan Harapan.

Ucapan ahli politik sememangnya memberikan harapan kepada rakyat. Apabila saya sangat teruja apabila  mendengar ucapan - ucapan kemenangan seperti contoh, David Cameron, Barrack Obama, Tony Blair, John F Kennedy , Nick Clegg , Adolf Hitler,Anwar Ibrahim dan Allahyarham Ustaz Fadzil Noor. Posisi atau postur saya berubah,menjadi semakin tegak, nafas sedikit laju, jantung berdegup dengan kencang dan sebagainya. Mungkin ini kesan daripada rembesan hormon Adrenaline. Tetapi ia memberikan satu harapan baru atau nafas kepada semua pihak.









Inspirasi memberikan peluang. Alangkah indah jika aku dapat mendengar ucapan Rasullullah S.A.W

Inspirasi untuk meneruskan perjuangan hidup, menghabiskan sisa kehidupan dengan berbakti.

Bangkitlah dari mimpi dan hadapi ujian seperti seorang yang dewasa.

Langkah Yang Mula Letih

|
Salam

P.S:Ini sekadar coratan rasa hati. Jangan baca jika mahukan fakta atau maklumat.

Sedar tidak sedar, aku sudah menjejakan kaki ke minggu kelapan. Daun yang hijau semasa aku sampai 2 bulan yang lalu sudah mati mereput di makan dek bumi.

Aku sudah berusia, sudah hampir dua tahun menghuni Coventry, mungkin aku lebih kenal ceruk dan celah Coventry berbanding kampung halaman ku sendiri.

Pengalaman kehidupan disini ini sangat bermakana dalam kehidupan, mungkin diari - diari kehidupan ini akan memenuhi mulutku semasa aku tua nanti jika diizinkan Allah untuk diceritakan kepada anak cucu, murid murid atau pelajar pelajar yang bakal aku ajar nanti.

Langkah mula letih, mata mula rabun, kaki sudah lenguh untuk melangkah, telinga mula kurang jelas, aku kini di puncak bukit yang tinggi untuk di daki.

Ujian sebagai pengajaran namun perlukan kekuatan untuk bangun. Bangunkan aku jika aku masih terbaring di tepi jalanan.Adakah aku terbaring atau aku masih mengagahkan diri untuk mengalas harapan ke puncak?

Adakah ini syndrom 'caveman'?

Sungguh aku tidak keseorangan :) Semoga bawa diriku ke jalan pulang.

Sungguh aku seorang Manusia.Memang sering terlupa dan suka melupakan atau buat - buat lupa.

JBSMMDSS (Jail Break Sambil Makan Makan Dan Sesat Sesat)

|
Salam


Pening baca journal, maka saya nak tulis sedikit pengalaman pasal Jailbreak Warwick yang saya sertai pada minggu lalu.Sila klik mengenai warwick jailbreak untuk mengetahui apakah program ini.

5 November 2010

Saya menyiapkan murtabak sebanyak 160 keping bersama sama hallmate, Wany, Alia dan Milo.Menyediakan bahan bermula jam 2 petang dan siap semua sekali lebih kurang jam 2 pagi. Murtabak dihantar melalui bas MSA ke Nottingham pada jam 5.30 pagi.

6 November 2010

0200
Setalah siap murtabak, pengemasan bag bermula. Terima kasih kepada Najib dan Dzull yang telah membeli barang keperluan siap - siap. Terima kasih kepada Alia yang menyiapkan poster hitch.
Maka saya perlu mengosongkan memory card untuk gambar dan video sepanjang JB.

0730
Selepas Subuh, kami pergi ke Student Union untuk mendaftar. Pelbagai gaya dan ragam peserta dapat dilihat. Ada yang memakai baju bayi, ade yang memakai costume dan macam - macam lagi lah

0830
Kami bertolak dari Redfern 91, singgah di hall Tocil untuk ambil video cam milo, dan bergerak ke Tesco untuk sarapan.Kali ini kami dibelanja ;)

0930
Kami tunggu Abang Joe di Sir Henry Parkes Road untuk ke Southampton. Mujurlah abang Joe ke Southampton, jika tidak memang kami akan hitch dari Coventry ke Portsmouth

1130
Kami tiba di Southampton, terima kasih abang Joe kerana sudi menumkankan kami dan memberi sedikit sumbangan.
Turun sahaja di Soton kami berjumpa dengan Rodhi yang baru balik dari Surau Uni.
Maka kami bersolat di Prayer Hall Soton.

1200

Rodhi mengajak untuk membuat cabaran untuk membasahkan diri secara keseluruhan di Kolam Renang University, tapi malangnya tidak dibenarkan untuk membuat pengambaran. Niat kami di batalkan.

1230
Singgah di Diago , sebuah kedai ayam panggang dari Portugal, Rodhi membelanja kami, tuan kedai sangat ramah dan baik hati. Beliau memberi 4 pound sebagai tanda sokongan kepada kami.

0130
Singgah di rumah Hisyam.Berjumpa dengan Kid dan lain2, berehat sambil bertanya khabar atas kawan yang lama tidak berjumpa.

0300
Najib mengambil kami dari rumah Hisyam, kami menziarah sekali Umar Ziyad :) Terima Kasih Najib dan Naili atas makan makan yang disediakan. Dari sana kami turut nak merancang hendak pergi ke mana untuk meneruskan perjalanan.Targetnnya Southampton Airport, flight ke Malaga, atau Paris, jika tidak hendak ke France melalui Portsmouth untuk ke Le Havre.

0430
Najib menghantar kami ke Southampton Airport, malangnya kami gagal untuk mendapatkan kebenaran untuk nak penerbangan dari situ. Kami menuba nasib di train station berdekatan. Alhamdullilah, pengurus station memberikan kami tiket percuma untuk ke Portsmouth. Kami bepisah dengan Najib di situ untuk bergerak ke Portsmouth

0730
Sampai di Portsmouth Harbour
Terpaksa mencari stesen ferry yang menyeberangi Selat English yang terletak 4-5 kilometer dari pelabuhan.Kami sesat dalam perjalanan yang memakan masa setengah jam menjadi sejam lebih  dan apablia sampai di Stesen tersebut memang terasa sangat sangat penat.

0900
Kami cuba meminta tiket dari dua syarikat feri, LD Ferries dan Brittany Ferries, tetapi kami ditolak dan tidak dibenarkan. Pihak sekuriti pelabuhan 'mark' kami dan tidak membenarkan kami menumpang mana kereta dari perlabuhan itu untuk ke France. Maka kami terpaksa berpatah balik ke stesen kerta api dengan menaiki teksi dengan duit sumbangan orang ramai.

1100
Dapat tiket free dari pengurus stesen. Pergi ke London Waterloo. Masing masing keletihan dan tidur di atas kerusi sejurus sahaja naik kereta api

6 November 2010

0130

Tiba di London Waterloo, Perlu pergi ke London Victoria untuk mencuba nasib untuk naik Eurobus ke Brussels atau Paris.Jarak dari Waterloo ke Victoria lebih kurang 45 minit.Sempat lagi berphotowalk di waktu malam di London. Malang sekali kami sekali lagi tersesat dalam perjalanan dan sesat lebih kurang 2 jam.

0330
London Victoria tutup, kami terpaksa tidur di bangunan berdekatan.
Sebaik sahaja menutup mata, kami dikejutkan oleh pengawal keselamatan yang kami tidak boleh tidur di kawasan tersebut.Hari semakin sejuk dan keadaan tidak selamat. Maka kami mengambil keputusan untuk 'pause' dan tidur di rumah Masrizan

0430
Dua bus yang dinaiki, kami turun dan sesat sekali lagi ketika mencari rumah Mas.Sebaik Sampai, solat dan tidur.

0830
Bermula untuk bersiap ke London Victoria.

1030
Kami gagal mendapatkan tiket dari mana syarikat bus yang ke eropah, Bersarapan di kedai berdekatan dan bercadang untuk ke Plymouth atau Dover.

1200

Naik tren ke Dover, masalahnya kami tidak mendapat sebarang tiket free, walaupun ia dibenarkan oleh pengawal. Khairul dan Najib berjumpa dengan pengesah tiket setelah kami naik tren, Kami dibenarkan meneruskan perjalanan ke Dover.

1430
Sampai di Dover. Jumpa dengan satu kumpulan yang cuba menghitch kenderaan dari Dover ke Calais selama 18 jam, tapi gagal. Keyakinan untuk merentas mula pudar dan goyah.Solat sebelum ke tepi pantai.

1500
Cuba menghitch,tetapi gagal.Satu kenderaan pun tidak sudi untuk menumpangkan kami yang ramai.Berjumpa dengan beberapa penduduk tempatan yang sangat baik dan ramah.

1800
Decide untuk berhenti dan berpatah balik ke London. Perjalanan Jailbreak terhenti di Dover. France hanya mimpi :(


Terima Kasih kepada semua yang membantu kami sepanjang perjalanan. Sesungguhnya kami meraih satu pengalaman yang sangat berharga sepanjang perjalanan.Ini tidak dapat direalisasikan jika tanpa bantuan semua yang terlibat.

Teringat kata - kata abang Joe semasa perjalan dari Coventry ke Southampton


Manusia
kalau diberikan kebebasan mutlak tanpa sebarang garis panduan,maka
sebenarnya mereka tidak tahu apa yang perlu dilakukan



Benar tanpa matlamat, kita akan terumbang ambing ibarat kapal di lautan tanpa tujuan.

Semoga Mendapat sesuatu bermanfaat dari post ini :)

Retorik yang kurang spesifik

|
Salam (Bismillah)

Saya lama tidak update blog saya, entah mengapa,tidak tahulah.

Pengalaman menjejakan kaki di UK merupakan satu peluang yang besar untuk mengembangkan potensi diri dan membuka mata pada kematangan pada pendapat saya. Ini merupakan peluang tidak patut disia siakan oleh semua yang mendapat peluang sebegitu.

Akan tetapi, peluang ini disia siakan dengan sewenangnya. Masa habis terbunuh sebegitu sahaja, potensi diri tidak dikembangkan, akademik terabai, merosakkan diri dan harapan keluarga. Ini semua atas kepiuncangan seseorang dalam meletakan niat dan tujuan kenapa dan apa perlu diraih dalam perjalanan kehidupan di sini.

Sekarang sudah masuk pada minggu kelima di Warwick, maka marilah sama sama kita muhasabah kembali, tujuan, target kita agar selari dengan harapan dan keperluan masa kini.

Target perlu lebih diperincikan lagi, bukan hanya sekadar retorik yang kurang spesifik menyebakan target gagal di laksanakan dengan sempurna.

Bukan kita tidak berdaya, tetapi masa belalu dengan lajunya.

Satu link sebagai renungan : Ust Erfino

Istiqamah dan Karamah

|
Salam

Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu.


"Kamilah penolong-penolong kamu dalam kehidupan dunia dan pada hari akhirat; dan kamu akan beroleh - pada hari akhirat - apa yang diingini oleh nafsu kamu, serta kamu akan beroleh - pada hari itu - apa yang kamu cita-citakan mendapatnya.


"(Pemberian-pemberian yang serba mewah itu) sebagai sambutan penghormatan dari Allah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani!"


Fussilat 30-32

Saya teringat mengenai satu kata - kata yang sangat mendalam maksudnya.Sebaik baik karamah adalah istiqamah. Saya tak ingat sumbernya, tetapi memang istiqamah sukar untuk dikekalkan sepanjang jalan kehidupan.

Berapa orangkah dapat istiqamah study 4 jam sehari? Berapa orangkah dapat istiqamah solat jemaah sehari semalam 7 hari seminggu? Berapa orangkah istiqamah mebaca quran setiap hari?Owh, saya pun masih tidak mampu untuk istiqamah.

Kita perlu kekal dengan jati diri tanpa berubah mengikut persekitaran juga satu istiqamah. Istiqamah nampak mudah...aplikasinya memerulukan disipin yang tinggi dan kuat.

Ya Allah, jadikan hambaMu dalam orang yang beristiqamah membuat kebaikan. Amin

Mars and Venus?

|
Salam

Lama juga blog ini bersawang sawang..Sekarang suka main tumblr jika tiada apa yang hendak di tulis. Gambar, quote dan link youtube semua akan diletak di situ. Jika hendak mengeluarkan idea dari kepala, inilah tempatnya.

Lelaki dan Wanita, dua insan yang mempunyai watak yang berlainan dan saling melengkapi. Inilah pandangan saya terhadap dua insan yang diciptakan oleh Allah S.W.T.Ape orang nak cakap cakaplah, tetapi bagi saya inilah.

Mungkin pandangan ini berasal daripada orang yang mentah, masih tidak  berkahwin dan kurang pengalaman. Tetapi masalah besar yang menyebakan pergaduhan atau perselisihan faham antara dua jantina ini, apabila kedua duanya tidak berkomunikasi dengan baik dan memahami fitrah antara keduanya.

Ibarat mencurah minyak ke api...ibarat menembak peluru ke tangki minyak, atau ibarat meletakan air kedalam minyak panas...pergaduhan akan tercetus dengan lebih besar tanpa komunikasi.

Komunnikasi yang tergantung atau kurang tepat menyebabkan kita gagal memberikan maklumat kepada jantina satu lagi dengan lebih baik. Maka mungkin ini akan menyebabkan kita gagal memahami berlawanan dengan jantina kita dengan baik. Namun berpadalah, pastikan komunikasi tidak melanggar batas syarak yang dibenarkan.

Semua tidak mahu memahami antara satu sama lain, masing - masing tidak kisah, dan membiarkan ini sahaja tanpa sebarang revolusi pembaharuan.Namun masing masing ada cara tersendiri, fikirlah dan gunakan sedikit common sense.Memang banyak buku menceritakan mengenai perkara ini.Tetapi sejauh manakah si pembaca mengaplikasikanya? Ego tetap Ego? Perbaiki diri, renungi kembali...

Komunikasi dan memahami antara satu sama lain merupakan satu kunci...mungkin ade lagi perkara yang masih saya tidak nampak dan perlu belajar lagi dalam perkara ini. Namun saya masih mentah :(

Sekadar luahan otak yang penat , selamat malam =)

Sleepy and Awake

|
Salam

Terjaga diwaktu pagi..

Kehidupan university bermula sekali lagi buat tahun yang ketiga.Alhamdullilah, aku akan meneruskan pembelajaran yang akan bermula hari ini.

Mengisi kehidupan dengan sesuatu yang bermanfaat, menyebabkan aku terfikir, kehidupan ini bukanlah satu perkara yang hanya kita sahaja, ia akan melibatkan satu ruang lingkup masyarakat. Kegagalan untuk berinteraksi dengan masyarakat dengan baik akan menyebabkan kegagalan seorang insan bagi menjalankan tanggungjawabnya kepada masyarakat dengan mementingkan diri sendiri.

Maka, interaksi itu penting, kita tidak boleh hidup tanpa orang lain. Sedarlah, kita tidak boleh berseorangan dalam kehidupan ini, janganlah cuba untuk menyendiri, kelak membinasakan diri.

Mature in advance?

|
Salam

He gives wisdom to whom He wills, and whoever has been given wisdom has certainly been given much good. And none will remember except those of understanding.


Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya). Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya.


Al Baqarah 269

Break for lunch before dzuhur.

Setiap perkara yang berlaku akan membawa kepada kita sesuatu hikmah atau pengajaran. Nampak atau tidak nampak sahaja. Ia juga bergantung pada persepsi dan bagaimana kita menganalisa sesuatu perkara yang berlaku.

Maka sentiasa berfikir dari luar kotak untuk mengambil sebarang hikmah dan pengajaran. Jangan hanya berfikir untuk untung atau ''advantage'' pada jangka masa pendek. Bersabarlah jika bukan kali ini ia tidak berpihak pada kita, tetapi fikirlah dan ambilah pengajaran! Marilah matang dalam menghadapi kehidupan ini.

End of Ramadan Post: Leadership and Inspire

|
Salam

Saya teringat sebuah mini series yang saya pernah tonton. Ia berkisar sebuah tentang Easy Company, yang ketika itu berkhidmat di Bastogne semasa perperangan dunia kedua. Di ceritakan, setelah berkhidmat di pelbagai kempen peperangan yang besar seperti di Normandy,dan penaklukan Belanda, mereka telah kehilangan ramai anggota kompani tersebut. Daripada 100 lebih anggota, mereka kehilangan 40 ++ sepanjang kempen peperangan tersebut.

Antaranya ialah beberapa anggota yang berpangkat Lieutenant, anggota -anggota inilah yang memberi inspirasi kepada  anggota anggota bawahan agar sentiasa bersemangat, memastikan emosi mereka stabil, mengembirakan mereka memberi arahan yang tepat dan mantap, memastikan semua pergerakan dalam kompeni itu stabil. Oleh kerana mereka kehilangan beberapa Lieutenant, yang ade terpaksa direhatkan kerana terkejut, yang terpaksa direhatkan oleh kerana tercedera dan sebagainya, Company tersebut di bekalkan dengan seorang Lieutenant muda yang baru dan tiada langsung pengalaman bertempur.

Lieutenant ini dihantar ke barisan hadapan (Bastogne) kerana memberikan beliau peluang mendapat pengalaman betempur. Tetapi malangnya, beliau seorang yang malas dan kurang daya kepimpinan. Orang - orang bawahan merungut atas kekurangan kecekapan Lieutenant tersebut, sehingga menjejaskan nyawa atau Company tersebut. Pergolakan yang berlaku di dalam Company tersebut di sedari oleh seorang Sarjan yang berkhidmat lama dalam Company tersebut. Beliau melaporkan tentang pergolakan ini kepada Captain mereka yang merupakan bekas Lieutenant Company tersebut yang telah dinaikan pangkat oleh kerana kecekapanya dalam kempen perperangan terdahulu.

Tetapi Captain tersebut, tidak banyak boleh merubah arahan pihak atasan.Atas arahan pihak atasan, Captain tersebut terpaksa melantik Lieutenant yang baru itu , untuk mengetuai serangan membersihkan satu kawasan pekan kecil berhampiran tempat mereka bertahan.

Namun pada hari serangan, lain pula yang jadinya, Lieutenant yang baru itu gagal berfungsi dengan baik untuk memberi arahan serangan kepada anggota - anggota bawahan, sehingga menyebabkan beberapa anggota terkorban atas kecuaian beliau.Namun atas arahan Captain tersebut, Lieutenant tersebut dikeluarkan dan diggantikan dengan seorang Lieutenant dari Company lain dengan serta merta dan Lieutenant ini berjaya mengetuai serangan tersebut dengan baik sehingga mereka berjaya menaluki kawasan tersebut.


Apa yang kita boleh ambil dari kisah ini adalah Kepimpinan dan Inspirasi.

Kepimpinan
Benarlah, tanpa kepimpinan yang mantap, atau kehilanganya pimpinan, memang hancurlah keadaan organisasi,keluarga ataupun apa apa instisusi sekalipun
Pemimpin yang baik adalah pemimpin yang boleh memberi inspirasi pada semua orang bawahannya,tanpa ada batasan pangkat ataupun darjat.
Kehilangan serorang pimpinan, membawa binasa, jika tidak digantikan dengan orang lain yang betul2 berkapasiti membawa organisasi tersebut.
Kehilangan pimpinan, memberikan kesan kepada golongan bawahan, golongan bawahan hilang arah petunjuk sehingga memberikan kesan yang besar pada organisasi.
Namun harus dingat, semua orang adalah pemimpin,memimpin tidak kira pada mana peringkat sekalipun.
Mahu tidak mahu, perlu dingatkan semua akan menjadi pemimpin, pemimpin pada diri sendiri, keluarga, masyarakat, negara malah dunia.

Inspirasi
Inspirasi, semua mampu memberi inspirasi atas apa yang mereka lakukan. Setiap daripada kita pernah melakukan sesuatu yang orang lain tidak pernah lakukan, inlah inspirasi boleh dikongsi bersama sama dengan semua orang.

Inspirasi memberikan semangat baru pada semua orang, walaupun itu hanya sebuah cerita atau watak hidup. Namun kesanya sangatlah besar pada 'Çircle of Influence' kita jika disalurkan dengan tepat.

Inspirasi menggerakan manusia ke arah positif, maka berilah Inspirasi kita pada mereka yang memerlukan.

Jangan lihat dirimu dari satu sisi, ia akan dilihat jelek dan pudar. Lihatlah pada satu sisi yang berbeza , kelak kamu terasa diri kamu diperlukan dan memberi harapan pada seseorang.


Nasihat pada diri sendiri: Saya sudah kehilangan orang yang memberi inspirasi kepada diri saya, kini tibalah pula masanya saya bangun dan memberi inspirasi kepada yang lain agar kehidupan dapat diteruskan sementara menunggu di persimpangan kematian.Namun banyak lagi perlu diperbaiki sepanjang perjalanan ini.


P.S:Cerita ini terdapat beberapa istilah ketenteraan. Maka gunalah Wikipedia untuk mendapat gambaran lebih jelas

Owh, Ramadan

|
Salam

Owh, Ramadan hampir berlalu.
Pantas berlalu tanpa menunggu kita,

Owh, Ramadan pergi selaju itu.
Sudahku  ketuk pintu hati?

Owh, Ramadan janganlah pergi,
Baruku tahu siapa diri ini.

Owh, Ramadan yang setahun sekali,
Ramainya yang teruji diri.

Owh, Ramadan berlalu lagi,
Mengapa ramai mencemar diri

Owh, Ramadan yang hanya sebulan,
Cukupkah ikhlasku dalam beribadah.

Owh, Ramadan membawa iktibar,
Teruji kali ini sifatnya sabar.

Owh, Ramadan kali ini.
Pastinya aku tak berjumpa lagi.

Owh, Ramadan yang cepat bergerak,
Semoga kita bertemu lagi.

Owh, Ramadan tetamu dirindui,
Aku berdoa berjumpa lagi.