JBSMMDSS (Jail Break Sambil Makan Makan Dan Sesat Sesat)

|
Salam


Pening baca journal, maka saya nak tulis sedikit pengalaman pasal Jailbreak Warwick yang saya sertai pada minggu lalu.Sila klik mengenai warwick jailbreak untuk mengetahui apakah program ini.

5 November 2010

Saya menyiapkan murtabak sebanyak 160 keping bersama sama hallmate, Wany, Alia dan Milo.Menyediakan bahan bermula jam 2 petang dan siap semua sekali lebih kurang jam 2 pagi. Murtabak dihantar melalui bas MSA ke Nottingham pada jam 5.30 pagi.

6 November 2010

0200
Setalah siap murtabak, pengemasan bag bermula. Terima kasih kepada Najib dan Dzull yang telah membeli barang keperluan siap - siap. Terima kasih kepada Alia yang menyiapkan poster hitch.
Maka saya perlu mengosongkan memory card untuk gambar dan video sepanjang JB.

0730
Selepas Subuh, kami pergi ke Student Union untuk mendaftar. Pelbagai gaya dan ragam peserta dapat dilihat. Ada yang memakai baju bayi, ade yang memakai costume dan macam - macam lagi lah

0830
Kami bertolak dari Redfern 91, singgah di hall Tocil untuk ambil video cam milo, dan bergerak ke Tesco untuk sarapan.Kali ini kami dibelanja ;)

0930
Kami tunggu Abang Joe di Sir Henry Parkes Road untuk ke Southampton. Mujurlah abang Joe ke Southampton, jika tidak memang kami akan hitch dari Coventry ke Portsmouth

1130
Kami tiba di Southampton, terima kasih abang Joe kerana sudi menumkankan kami dan memberi sedikit sumbangan.
Turun sahaja di Soton kami berjumpa dengan Rodhi yang baru balik dari Surau Uni.
Maka kami bersolat di Prayer Hall Soton.

1200

Rodhi mengajak untuk membuat cabaran untuk membasahkan diri secara keseluruhan di Kolam Renang University, tapi malangnya tidak dibenarkan untuk membuat pengambaran. Niat kami di batalkan.

1230
Singgah di Diago , sebuah kedai ayam panggang dari Portugal, Rodhi membelanja kami, tuan kedai sangat ramah dan baik hati. Beliau memberi 4 pound sebagai tanda sokongan kepada kami.

0130
Singgah di rumah Hisyam.Berjumpa dengan Kid dan lain2, berehat sambil bertanya khabar atas kawan yang lama tidak berjumpa.

0300
Najib mengambil kami dari rumah Hisyam, kami menziarah sekali Umar Ziyad :) Terima Kasih Najib dan Naili atas makan makan yang disediakan. Dari sana kami turut nak merancang hendak pergi ke mana untuk meneruskan perjalanan.Targetnnya Southampton Airport, flight ke Malaga, atau Paris, jika tidak hendak ke France melalui Portsmouth untuk ke Le Havre.

0430
Najib menghantar kami ke Southampton Airport, malangnya kami gagal untuk mendapatkan kebenaran untuk nak penerbangan dari situ. Kami menuba nasib di train station berdekatan. Alhamdullilah, pengurus station memberikan kami tiket percuma untuk ke Portsmouth. Kami bepisah dengan Najib di situ untuk bergerak ke Portsmouth

0730
Sampai di Portsmouth Harbour
Terpaksa mencari stesen ferry yang menyeberangi Selat English yang terletak 4-5 kilometer dari pelabuhan.Kami sesat dalam perjalanan yang memakan masa setengah jam menjadi sejam lebih  dan apablia sampai di Stesen tersebut memang terasa sangat sangat penat.

0900
Kami cuba meminta tiket dari dua syarikat feri, LD Ferries dan Brittany Ferries, tetapi kami ditolak dan tidak dibenarkan. Pihak sekuriti pelabuhan 'mark' kami dan tidak membenarkan kami menumpang mana kereta dari perlabuhan itu untuk ke France. Maka kami terpaksa berpatah balik ke stesen kerta api dengan menaiki teksi dengan duit sumbangan orang ramai.

1100
Dapat tiket free dari pengurus stesen. Pergi ke London Waterloo. Masing masing keletihan dan tidur di atas kerusi sejurus sahaja naik kereta api

6 November 2010

0130

Tiba di London Waterloo, Perlu pergi ke London Victoria untuk mencuba nasib untuk naik Eurobus ke Brussels atau Paris.Jarak dari Waterloo ke Victoria lebih kurang 45 minit.Sempat lagi berphotowalk di waktu malam di London. Malang sekali kami sekali lagi tersesat dalam perjalanan dan sesat lebih kurang 2 jam.

0330
London Victoria tutup, kami terpaksa tidur di bangunan berdekatan.
Sebaik sahaja menutup mata, kami dikejutkan oleh pengawal keselamatan yang kami tidak boleh tidur di kawasan tersebut.Hari semakin sejuk dan keadaan tidak selamat. Maka kami mengambil keputusan untuk 'pause' dan tidur di rumah Masrizan

0430
Dua bus yang dinaiki, kami turun dan sesat sekali lagi ketika mencari rumah Mas.Sebaik Sampai, solat dan tidur.

0830
Bermula untuk bersiap ke London Victoria.

1030
Kami gagal mendapatkan tiket dari mana syarikat bus yang ke eropah, Bersarapan di kedai berdekatan dan bercadang untuk ke Plymouth atau Dover.

1200

Naik tren ke Dover, masalahnya kami tidak mendapat sebarang tiket free, walaupun ia dibenarkan oleh pengawal. Khairul dan Najib berjumpa dengan pengesah tiket setelah kami naik tren, Kami dibenarkan meneruskan perjalanan ke Dover.

1430
Sampai di Dover. Jumpa dengan satu kumpulan yang cuba menghitch kenderaan dari Dover ke Calais selama 18 jam, tapi gagal. Keyakinan untuk merentas mula pudar dan goyah.Solat sebelum ke tepi pantai.

1500
Cuba menghitch,tetapi gagal.Satu kenderaan pun tidak sudi untuk menumpangkan kami yang ramai.Berjumpa dengan beberapa penduduk tempatan yang sangat baik dan ramah.

1800
Decide untuk berhenti dan berpatah balik ke London. Perjalanan Jailbreak terhenti di Dover. France hanya mimpi :(


Terima Kasih kepada semua yang membantu kami sepanjang perjalanan. Sesungguhnya kami meraih satu pengalaman yang sangat berharga sepanjang perjalanan.Ini tidak dapat direalisasikan jika tanpa bantuan semua yang terlibat.

Teringat kata - kata abang Joe semasa perjalan dari Coventry ke Southampton


Manusia
kalau diberikan kebebasan mutlak tanpa sebarang garis panduan,maka
sebenarnya mereka tidak tahu apa yang perlu dilakukan



Benar tanpa matlamat, kita akan terumbang ambing ibarat kapal di lautan tanpa tujuan.

Semoga Mendapat sesuatu bermanfaat dari post ini :)

0 comments: