Satu Pengorbanan

|

Salam

Saya sering terlupa pada seorang lagi insan yang sangat - sangat 'ínspire' kehidupanku, yang menjadi contoh sepanjang kehidupan berakedemik saya serta banyak berkorban sepanjang kehidupan saya. Nama beliau ialah Aida Hanim bt Kamarudin, merupakan kakak pertama saya yang saya panggil Angah.

Angah seorang yang sangat matang dalam permikiran.

Sejak Arwah Abah mentup syarikatnya selepas Krisis Ekonomi 1997, Abah sentiasa mencari peluang di bumi lain untuk mencari perkerjaan baru, contohnya di Indonesia, untuk bertindak sebagai General Manager untuk menjaga beribu -ribu ekar tanah yang ditanam dengan getah dan kelapa sawit. Namun, Angahlah yang membantah cadangan Abah untuk berhjirah ke negara jiran oleh kerana memikirkan kasih sayang Abah sangat diperlukan berbanding gaji yang lumayan tersebut.Ikutkan pada umur, angah baru berumur 15 tahun ketika itu, angah sangat -sangat matang dalam membuat keputusan.Benarlah, kami memerlukan seorang Abah yang membentuk dan mendidik kami yang masih kecil ketika itu.

Angah banyak berkorban kepada keluarga.

Angah sangat cekal dalam kehidupanya, beliau sangat rajin dan komited dengan akademik dan sangat active berpersatuan dan dalam bidang kepimpinan.Semasa di MRSM Jasin, beliau memegang jawatan sebagai Exco dalam Badan Wakil Pelajar,beliau juga pernah memegang beberapa jawatan penting dalam Persatuan Pelajar Islam Malaysia Ireland (PPIMI). Beliau mendapat keputusan yang cemerlang dalam Ijazah Perubatan di sebuah universiti terkemuka di Dublin, Trinity Collage, Dublin.Beliau memang sangat saya kagumi dan hormati.

Ini kerana beliau sangat - sangat berkorban kepada keluarga takala kami susah dahulu. Walaupun biasiswa Mara yang beliau terima ketika itu tidak sebanyak yang didapati dizaman kami, tetapi beliau mampu menghantar sejumlah besar wang kepada keluarga kami di Malaysia pada setiap 2-3bulan sekali, bagi membantu perniagaan Pasar tani /malam arwah Abah yang tidaklah maju selepas kenaikan harga minyak pada awal 2002 dan beberapa tahun selepas itu.Saya tidak dapat membayangkan  bagaimanakah beliau dapat membahagikan biasiswa beliau untuk kegunaan beliau dan untuk membantu keluarga di Kampung. Saya juga hairan ramai diantara kita mempunyai biasiswa yang sangat - sangat besar,tetapi tidak cukup untuk menampung belanja seharian serta memeinta lagi wang dari ibu bapa di Malaysia.Angah tidaklah berkerja sambilan sepanjang beliau belajar,tetapi oleh kerana jimatnya beliau, kehidupan seharian dapat ditempuh dengan sempurna sehingga beliau mendapat 2.1 dalam ijazah perubatan yang sangat sukar.

Beliau kini berkerja di Dublin sebagai seorang pegawai perubatan dalam bidang Oncology, dan sudah berkahwin pada tahun 2007 dan kini menetap bersama di Cardiff. Maka saya harus mencontohi beliau kerana  pengorbanan besar beliau memang tidak dapat saya lupai sehingga akhir hayat saya.

1 comments:

Afham said...

Sungguh aku kagum dengan kekanda kamu Po.

Melihat perkataan Dublin dan PPIMI, aku rasa mahu mengikut jejak langkah kekanda kamu.

Semoga kamu pun menjadi insan hebat seperti kekanda kamu