Salam.
Ramadhan tahun lepas banyak mengubah pemikiranku kepada kematangan.Pemergian arwah Abah pada 1Ramdahan tahun lepas sangat - sangat memberikan kesan.Kini saya menyambut kedatangan Ramdahan tanpa kehadiranya.Banyaknya peristiwa - peristiwa tahun lepas berulang - ulang bermain di minda.Ramdahan buatnya tiada lagi.Ketabahan aku diuji lagi....
Jika dua tiga tahun yang dahulu, setiap petang ramadhanku akan diisi dengan Pasar Ramdahan, bukan sebagai pembeli, tetapi sebagai peniaga.Saya selalu menemankan arwah Abah untuk berniaga tamar di pasar malam Alor Gajah.Memang seronok berniaga pada waktu itu, lebih lebih lagi pada awal permulaan bulan ramadhan.Selalunya pada awal bulan puasa, pendapatanya sangat lumayan. Aku teringat pada satu tahun, takala rumah saya tidak mempunyai TV selama 2 tahun kerana TV lama sudah rosak, peti sejuk pun sudah lanjut umurnya lebih kurang 20 tahun sehingga tidak lagi efisyen, arwah abah mampu menggunakan keuntungan yang beliau peroleh untuk menggantikan TV dan peti sejuk.Saya selalu menemankan arwah Abah berniaga, sebelum masuknya Maghrib kami akan cepat - cepat berkemas dan akan berbuka puasa ketika dalam perjalanan,untuk mengejar sunat Solat Terawih di rumah.
Pada akhir - akhir ramadhan, kami akan berniaga juga, ini kerana ramai juga akan membeli tamar untuk majlis berbuka puasa dan untuk bersedekah.Dan kami akan berhenti berniaga pada 25 Ramadhan, oleh kerana orang ramai sudah sibuk untuk beraya dan tidak lagi sibuk untuk membeli tamar.
Banyak juga saya belajar sepanjang beberapa tahun berniaga tamar, saya kenal pelbagai jenis kurma yang terdapat di pasaran. Jewel berasal dari UAE, bentuknya lonjong, kering sedikit dan kurang manis, sesuai untuk orang yang mempunyai penyakit diabetik dan berdiet. Kurma Mesir yang sangat murah, tetapi diperam dengan gula, sangat manis, tidak sesuai kepada orang - orang yang mempunyai penyakit diabetik dan sangat cantik sebab ia di 'glaze' dengan gula. Mariami atau Madijool,kurma berasal dari Madinah,kering,mahal sedikit,sesuai untuk orang yang mempunyai penyakit diabetik.Kurma Madu yang orang Malaysia sering sebut, merupakan kurma Mozafati yang selalu berasal dari daerah Bam , Iran, lembut, tidak diperam dengan gula dan sedap. Ini selalunya dijual didalam kotak segi empat tepat.Dan kurma Daglet Noor, kering -dan selalunya dijual secara bertangkai dan mahal.
Banyak juga kenangan berniaga kurma, antaranya ketika memberikan sample kepada seorang pakcik untuk beliau memegang kurma tersebut merasakan tekstur kurma, tetapi pakcik itu agaknya terlupa sehingga memasukan kurma tersebut ke dalam mulutnya ketika bepuasa.Lantas aku menjerit, pakcik!!!,kan hari ini kita berpuasa,agaknya terlupa pakcik itu....dan pakcik itu terus tersipu - sipu keseganan.
Disebelah kanan gerai arwah Abah, terdapat pakcik dan makcik yang berniaga kuih muih yang sangat sedap dan murah.Pulut Serundingnya tidak ada sesiapa yang boleh lawan. Popia sambalnya juga terbaik. 3-4 keping 90 sen, sangat murah!!!Pakcik disebelah kiri pula menjual mee sup, mee kari, laksa, soto nasi, soto mee. Beliau sangat baik dan alim,saya sangat kagum dengan beliau.
Begitulah kehidupan petang ramdhanku dahulu, takala kebanyakan insan keletihan menahan kelaparan dan kepenatan, saya berniaga,penat memanglah penat, tetapi kepuasanya sangat - sangat saya kenang sehingga ke hari ini.
Marilah sama -sama kita mencorakan Ramadhan kita pada tahun ini dengan seindah - indahnya dengan amal ibadah, mungkinkah ini Ramadhan terakhirku...?
To love?
9 years ago
0 comments:
Post a Comment