Pink Prefect at the gates

|
Salam

Selalu termenung terkenang kisah semalam, tak sangka dah sepuluh tahun berlalu. Takala aku berada di darjah enam, aku telah dilantik menjadi seorang pengawas, di sebuah sekolah kampung , iaitu Sekolah Kebangsaan Lubok Redan.Dipakaikan dengan baju berwarna 'pink', kaler yang sangat ceria dan cute.Majoriti pengawas memakai songkok. Memang comel budak - budak lain ketika itu, pakai songkok dan baju lengan panjang berwarna merah jambu.Budak budak lain pun pakai songkok, dari pelajar skema sehingga pelajar yang nakal.Memang menjadi satu trend.

Tugas jadi pengawas tidaklah mudah di sebuah sekolah kampung..walaupun pelajar tidak ramai cabaran tetap ada. Aku dilantik menjadi bendahari ,memang berat tugas ini, tapi aku melayankan diri juga. Sebagai orang kuat sekolah, aku dilantik pelbagai tugas yang separa rasmi. Menjadi pembaca doa pagi sewaktu perhimpunan, menjadi penaik bendera, menjaga kelas darjah dua Anggerik ketika cikgu bermesyuarat. Setiap pagi jumaat, sekolah aku akan mengadakan baccan yassin di canteen sekolah. Aku akan baca yassin, dan ketua pengawas akan membaca doa yang kat page belakang dalam yassin yang berwarna hijau.

Satu tugas yang sangat aku tidak lupa adalah menjadi penjaga pintu pagar pada setiap waktu pagi di antara jam 7.30 sehingga 8.00 pagi. Tugas aku adalah mencatat nama - nama pelajar yang lewat, membuka pintu pagar apabila ada kereta cikgu yang akan masuk. Cikgu Salasiah pakai Iswara Aeroback berwana merah, Cikgu Dayang pakai kereta Nissan Sunny, Ustaz Mahyudin guna kereta Mitsubishi Colt berwarna putih dan berapa cikgu lagi yang aku ingat namanya dan keretanya. Agaknya lama sangat jaga pintu sampai tahu cikgu dan keretanya.

Kalau yang datang lewat selalu, memang selalu buat muka kesian dekat aku dengan pasangan pengawas. Aku layan jelah kadang 2 tak sampai hati...tetapi nama tetap di tulis dalam buku kecil....

Memang banyaknya pengalaman ditimba semasa jadi pengawas....Nakalnya budak - budak ini sehingga pernah makan ikan emas ke ikan kap dekat yang ditangkap dari kolam depan bengkel Kemahiran Hidup...macam macam.Entah banyak lagi pengalaman untuk diceritakan, sampai tak larat nak tulis.....

0 comments: