Bayu Selat Melaka

|
Salam

Angin -angin bayu dari Selat Melaka bertiup lembut menghempas daun daun kelapa yang berwarna hijau.Lambaian daun kelapa itu mudah dilihat dari tingkap dapur.Di dapur inilah tempat aku selalu berbual dengan emak.Hampir setahun pemergian arwah abah ke rahmatullah. Emak masih lagi tidak dapat menyembunyikanya perassan rindunya tehadap arwah abah.Selalu emak tersasul memanggil aku Ýou'panggilan manja arwah abah oleh emak. Setiap detik terakhir arwah abh masih lagi dalam kotak permikiranku. Perpisahan tanpa ucap selamat tinggal. Permergian yang selama lamanya tidak yang tidak disangka.Mungkin itu telah tersurat dalam takdir Ilahi.Kehidupan perlu diteruskan, Alhamdullilah, saya mampung harungi setahun yang berlalu. Terasa bagai semalam arwah meninggalkan kami.Saya selalu memastikan saya menghubungi emak tidak sekurang seminggu dua kali.Agar emak tidak berasa kesunyian. Emak selalu cakap, Ëmak rasa tak jauh duduk dengan engkau, macamm duduk sebelah bilik jer".

Bila aku pulang ke Malaysia, aku akan buat pelbagai perkara bagi memastikan emak sentiasa gembira dan tidak letih.Aku membantu emak mengemaskan rumah, merancang bagaimana untuk mengindahkan rumah, memasak juadah berbuka, dan pelbagai lagi agar emak tidak penat.Itu sahaja yang aku termampu bagi menceriakan emak. Jika aku pergi  ke program, akan memastikan masa bila aku pulang akan cuba berbakti sedaya mungkin bagi memastikan emak tidak terabai.Kadang - kadang rasa serba salah jika tidak membahagikan masa dengan betul. Namun saya harus tabah menempuhi masa masa yang mendatang.

Sukarnya mencapai standard anak yang baik dan berbakti kepada ibu dan bapa. Adakah doa aku cukup untuk abah di sana? Entahlah, aku tetap manusia biasa yang sangat lemah. Ujian adalah sebahagian daripada kehidupan. Namun terpulang bagaimana kita menganalisa ujian itu agar kita dapat mengharunginya dengan mudah. Ujian membuka mata kita kepada perkara - perkara yang kita tersilap, atau terlepas pandang. Semoga ujian yang diharungi membawa manfaat kepada diri ini agar sentiasa rapat kepada maha esa.

0 comments: