Peristiwa Besar ketika Ramadan

|
Salam

Terdapat beberapa peristiwa besar yang berlaku ketika ramadhan.

1.Dimana al Quran diturunkan,
2. Peperangan Badar
3.Pembukaan Kota Mekah
4.Perjalanan Nabi S.A.W ke Tabuk
5. Islam sampai ke Yaman
6.Khalid Al Walid meruntuhkan berhala Al - Uzza
7.Pembukaan Andalus
8.Perperangan Zallaqah, Portugal
9.Perperangan Ain Jalut
10.Perperangan Yakhliz
11.Garis Bar Lev ditawan

Sumber: Ramadan, Tetamu yang dirindui, TG Abdul Hadi Awang

Pink Prefect at the gates

|
Salam

Selalu termenung terkenang kisah semalam, tak sangka dah sepuluh tahun berlalu. Takala aku berada di darjah enam, aku telah dilantik menjadi seorang pengawas, di sebuah sekolah kampung , iaitu Sekolah Kebangsaan Lubok Redan.Dipakaikan dengan baju berwarna 'pink', kaler yang sangat ceria dan cute.Majoriti pengawas memakai songkok. Memang comel budak - budak lain ketika itu, pakai songkok dan baju lengan panjang berwarna merah jambu.Budak budak lain pun pakai songkok, dari pelajar skema sehingga pelajar yang nakal.Memang menjadi satu trend.

Tugas jadi pengawas tidaklah mudah di sebuah sekolah kampung..walaupun pelajar tidak ramai cabaran tetap ada. Aku dilantik menjadi bendahari ,memang berat tugas ini, tapi aku melayankan diri juga. Sebagai orang kuat sekolah, aku dilantik pelbagai tugas yang separa rasmi. Menjadi pembaca doa pagi sewaktu perhimpunan, menjadi penaik bendera, menjaga kelas darjah dua Anggerik ketika cikgu bermesyuarat. Setiap pagi jumaat, sekolah aku akan mengadakan baccan yassin di canteen sekolah. Aku akan baca yassin, dan ketua pengawas akan membaca doa yang kat page belakang dalam yassin yang berwarna hijau.

Satu tugas yang sangat aku tidak lupa adalah menjadi penjaga pintu pagar pada setiap waktu pagi di antara jam 7.30 sehingga 8.00 pagi. Tugas aku adalah mencatat nama - nama pelajar yang lewat, membuka pintu pagar apabila ada kereta cikgu yang akan masuk. Cikgu Salasiah pakai Iswara Aeroback berwana merah, Cikgu Dayang pakai kereta Nissan Sunny, Ustaz Mahyudin guna kereta Mitsubishi Colt berwarna putih dan berapa cikgu lagi yang aku ingat namanya dan keretanya. Agaknya lama sangat jaga pintu sampai tahu cikgu dan keretanya.

Kalau yang datang lewat selalu, memang selalu buat muka kesian dekat aku dengan pasangan pengawas. Aku layan jelah kadang 2 tak sampai hati...tetapi nama tetap di tulis dalam buku kecil....

Memang banyaknya pengalaman ditimba semasa jadi pengawas....Nakalnya budak - budak ini sehingga pernah makan ikan emas ke ikan kap dekat yang ditangkap dari kolam depan bengkel Kemahiran Hidup...macam macam.Entah banyak lagi pengalaman untuk diceritakan, sampai tak larat nak tulis.....

Bayu Selat Melaka

|
Salam

Angin -angin bayu dari Selat Melaka bertiup lembut menghempas daun daun kelapa yang berwarna hijau.Lambaian daun kelapa itu mudah dilihat dari tingkap dapur.Di dapur inilah tempat aku selalu berbual dengan emak.Hampir setahun pemergian arwah abah ke rahmatullah. Emak masih lagi tidak dapat menyembunyikanya perassan rindunya tehadap arwah abah.Selalu emak tersasul memanggil aku Ýou'panggilan manja arwah abah oleh emak. Setiap detik terakhir arwah abh masih lagi dalam kotak permikiranku. Perpisahan tanpa ucap selamat tinggal. Permergian yang selama lamanya tidak yang tidak disangka.Mungkin itu telah tersurat dalam takdir Ilahi.Kehidupan perlu diteruskan, Alhamdullilah, saya mampung harungi setahun yang berlalu. Terasa bagai semalam arwah meninggalkan kami.Saya selalu memastikan saya menghubungi emak tidak sekurang seminggu dua kali.Agar emak tidak berasa kesunyian. Emak selalu cakap, Ëmak rasa tak jauh duduk dengan engkau, macamm duduk sebelah bilik jer".

Bila aku pulang ke Malaysia, aku akan buat pelbagai perkara bagi memastikan emak sentiasa gembira dan tidak letih.Aku membantu emak mengemaskan rumah, merancang bagaimana untuk mengindahkan rumah, memasak juadah berbuka, dan pelbagai lagi agar emak tidak penat.Itu sahaja yang aku termampu bagi menceriakan emak. Jika aku pergi  ke program, akan memastikan masa bila aku pulang akan cuba berbakti sedaya mungkin bagi memastikan emak tidak terabai.Kadang - kadang rasa serba salah jika tidak membahagikan masa dengan betul. Namun saya harus tabah menempuhi masa masa yang mendatang.

Sukarnya mencapai standard anak yang baik dan berbakti kepada ibu dan bapa. Adakah doa aku cukup untuk abah di sana? Entahlah, aku tetap manusia biasa yang sangat lemah. Ujian adalah sebahagian daripada kehidupan. Namun terpulang bagaimana kita menganalisa ujian itu agar kita dapat mengharunginya dengan mudah. Ujian membuka mata kita kepada perkara - perkara yang kita tersilap, atau terlepas pandang. Semoga ujian yang diharungi membawa manfaat kepada diri ini agar sentiasa rapat kepada maha esa.

The People of the Boxes

|
Lama rasanya tidak berjumpa meng'post' lirik lagu bermanfaat....indah maknanya lagu ini.


There were once some people 
Who all saw their lives like empty boxes
They looked around the world
Collecting up the things they liked.

They filled their lives and boxes
With the goodies that they gathered
And they all felt in control 
Content and they all felt alright.

They climbed inside their boxes
They settled with their trinkets.
They neither looked nor learned much more
And closed their lids up tight.

Once they fastened up their boxes
They smiled there inside
And they all thought in their darkness
That the world was clear and bright.

But the world is not a box
There’s no lid no doors
No cardboard flaps or locks
And everything in nature 
From the clouds to the rocks
Is a piece of the puzzle of the purpose of man
It’s a piece of the peace of Islam.

Along came a wandering wiseman
Whispering such words of truth
He stumbled on these boxes
So separate side by side
He knocked upon the first one saying
Please come out and feel the day
An answer came from deep within
You’re not of us please go away

He approached the second box
And tapped twice on the lid saying
Peace to you inside 
Shall I show you a new way
Someone peaked out from a crack and said
You may just have a point
But it’s so comfy in my box
In my box here I will stay

But the world is not a box
There is no lid, no doors 
No cardboard flaps of locks
And everything in nature 
From the clouds to the rocks 
Is the piece of the puzzle of the purpose of man
Is the piece of the peace of Islam

He stood before the final box
A hiding face peaked out to him
And much to his surprise
He said I recognise those eyes
I see you and you see me 
Why not come out and be free
Faith and flowers wilt and die
If they are hidden from the sky.

Cause the world is not a box
There is no lid, no doors 
No cardboard flaps of locks
And everything in nature 
From the clouds to the rocks 
Is the piece of the puzzle of the purpose of man
Is the piece of the peace of Islam

Now the centuries lie between
All the prophets and you and I
Civilisations are born and die
Each and everyday
We see good and bad and happy, sad
And mad mistakes we wish we hadn’t made
In our attempt to try and live up to their ways

But if we hide ourselves away
Afraid to grow and learn
We might wake up in the flames
Of the ignorance that burns
And we’ll never be much more 
Than only casualties of war

In a struggle we can’t win 
If we have no faith to begin
We’ve got to tip the lid 
And let some sunlight in

Cause the world is not a box
There is no lid, no doors 
No cardboard flaps of locks
And everything in nature 
From the clouds to the rocks 
Is the piece of the puzzle of the purpose of man
Is the piece of the peace of Islam.

You will never walk alone

|
Salam

Saya telah membuli beberapa kakak( Kak Madihah, Kak Intan Nadia,Ajah dan Wan Syaz)  untuk mengupas bawang, mengupas kulit kentang dan memotong kecil2 isi tersebut untuk dijadikan isi karipap untuk program membuat karipap.

Saya tidak dapat memandu sendiri, maka Khairul Anwar telah memandu kereta ke tempat program.

Inilah dua pengalaman bermakna yang saya dapat dari Penganjuran Muslim Youth Camp 2010, sebagai FC dan AJK tugas - tugas khas. Benarlah ,kita perlukan sesesorang untuk menghadapi kehidupan. Semua tidak dapat diharungi sendiri.

Analogi kambing segerombolan  tidak akan diserang oleh musang seekor agak tepat di gunakan di sini. Sahabat dan kawan - kawan ibarat pelincir bagi enjin, penukul bagi pahat, roda bagi kereta dan gigi bagi mulut.Tidak ada mereka, tidak mudah untuk saya mengharunginya semua.....

Friday Note: Life

|
Salam

O you who have believed, seek help through patience and prayer. Indeed, Allah is with the patient.
Al Baqarah 153

Kehidupan, sentiasa mempunyai cabaran tanpa kita sedari. Tetapi apabila kita melihat kembali kepada cabaran - cabaran yang berlalu...rupanya mempunyai hikmah yang tersendiri. Setiap cabaran perlulah dilihat dari sudut yang positif agar kita tidak rasa kecewa sentiasa.Cabaran berlalu dan pergi sehingga diri bertemu Ilahi.

Bersabarlah...semoga ujian yang dihadapi mendekatkan diri kepada Ilahi agar mendapat Keredhaan daripadanya.

My Ramadhan

|
Salam.

Ramadhan tahun lepas banyak mengubah pemikiranku kepada kematangan.Pemergian arwah Abah pada 1Ramdahan tahun lepas sangat - sangat memberikan kesan.Kini saya menyambut kedatangan Ramdahan tanpa kehadiranya.Banyaknya peristiwa - peristiwa tahun lepas berulang - ulang bermain di minda.Ramdahan buatnya tiada lagi.Ketabahan aku diuji lagi....

Jika dua tiga tahun yang dahulu, setiap petang ramadhanku akan diisi dengan Pasar Ramdahan, bukan sebagai pembeli, tetapi sebagai peniaga.Saya selalu menemankan arwah Abah untuk berniaga tamar di pasar malam Alor Gajah.Memang seronok berniaga pada waktu itu, lebih lebih lagi pada awal  permulaan bulan ramadhan.Selalunya pada awal bulan puasa, pendapatanya sangat lumayan. Aku teringat pada satu tahun, takala rumah saya tidak mempunyai TV selama 2 tahun kerana TV lama sudah rosak, peti sejuk pun sudah lanjut umurnya lebih kurang 20 tahun sehingga tidak lagi efisyen, arwah abah mampu menggunakan keuntungan yang beliau peroleh untuk menggantikan TV dan peti sejuk.Saya selalu menemankan arwah Abah berniaga, sebelum masuknya Maghrib kami akan cepat - cepat berkemas dan akan berbuka puasa ketika dalam perjalanan,untuk mengejar sunat Solat Terawih di rumah.

Pada akhir - akhir ramadhan, kami akan berniaga juga, ini kerana ramai juga akan membeli tamar untuk majlis berbuka puasa dan untuk bersedekah.Dan kami akan berhenti berniaga pada 25 Ramadhan, oleh kerana orang ramai sudah sibuk untuk beraya dan tidak lagi sibuk untuk membeli tamar.

Banyak juga saya belajar sepanjang beberapa tahun berniaga tamar, saya kenal pelbagai jenis kurma yang terdapat di pasaran. Jewel berasal dari UAE, bentuknya lonjong, kering sedikit dan kurang manis, sesuai untuk orang yang mempunyai penyakit diabetik dan berdiet. Kurma Mesir yang sangat murah, tetapi diperam dengan gula, sangat manis, tidak sesuai kepada orang - orang yang mempunyai penyakit diabetik dan sangat cantik sebab ia di 'glaze' dengan gula. Mariami atau  Madijool,kurma berasal dari Madinah,kering,mahal sedikit,sesuai untuk orang yang mempunyai penyakit diabetik.Kurma Madu yang orang Malaysia sering sebut, merupakan kurma Mozafati yang selalu berasal dari daerah Bam , Iran, lembut, tidak diperam dengan gula dan sedap. Ini selalunya dijual didalam kotak segi empat tepat.Dan kurma Daglet Noor, kering -dan selalunya dijual secara bertangkai dan mahal.

Banyak juga kenangan berniaga kurma, antaranya ketika memberikan sample kepada seorang pakcik untuk beliau memegang kurma tersebut merasakan tekstur kurma, tetapi pakcik itu agaknya terlupa sehingga memasukan kurma tersebut ke dalam mulutnya ketika bepuasa.Lantas aku menjerit, pakcik!!!,kan hari ini kita berpuasa,agaknya terlupa pakcik itu....dan pakcik itu terus tersipu - sipu keseganan.

Disebelah kanan gerai arwah Abah, terdapat pakcik dan makcik yang berniaga kuih muih yang sangat sedap dan murah.Pulut Serundingnya tidak ada sesiapa yang boleh lawan. Popia sambalnya juga terbaik. 3-4 keping 90 sen, sangat murah!!!Pakcik disebelah kiri pula menjual mee sup, mee kari, laksa, soto nasi, soto mee. Beliau sangat baik dan alim,saya sangat kagum dengan beliau.

Begitulah kehidupan petang ramdhanku dahulu, takala kebanyakan insan keletihan menahan kelaparan dan kepenatan, saya berniaga,penat memanglah penat, tetapi kepuasanya sangat - sangat saya kenang sehingga ke hari ini.

Marilah sama -sama kita mencorakan Ramadhan kita pada tahun ini dengan seindah - indahnya dengan amal ibadah, mungkinkah ini Ramadhan terakhirku...?

Satu Pengorbanan

|

Salam

Saya sering terlupa pada seorang lagi insan yang sangat - sangat 'ínspire' kehidupanku, yang menjadi contoh sepanjang kehidupan berakedemik saya serta banyak berkorban sepanjang kehidupan saya. Nama beliau ialah Aida Hanim bt Kamarudin, merupakan kakak pertama saya yang saya panggil Angah.

Angah seorang yang sangat matang dalam permikiran.

Sejak Arwah Abah mentup syarikatnya selepas Krisis Ekonomi 1997, Abah sentiasa mencari peluang di bumi lain untuk mencari perkerjaan baru, contohnya di Indonesia, untuk bertindak sebagai General Manager untuk menjaga beribu -ribu ekar tanah yang ditanam dengan getah dan kelapa sawit. Namun, Angahlah yang membantah cadangan Abah untuk berhjirah ke negara jiran oleh kerana memikirkan kasih sayang Abah sangat diperlukan berbanding gaji yang lumayan tersebut.Ikutkan pada umur, angah baru berumur 15 tahun ketika itu, angah sangat -sangat matang dalam membuat keputusan.Benarlah, kami memerlukan seorang Abah yang membentuk dan mendidik kami yang masih kecil ketika itu.

Angah banyak berkorban kepada keluarga.

Angah sangat cekal dalam kehidupanya, beliau sangat rajin dan komited dengan akademik dan sangat active berpersatuan dan dalam bidang kepimpinan.Semasa di MRSM Jasin, beliau memegang jawatan sebagai Exco dalam Badan Wakil Pelajar,beliau juga pernah memegang beberapa jawatan penting dalam Persatuan Pelajar Islam Malaysia Ireland (PPIMI). Beliau mendapat keputusan yang cemerlang dalam Ijazah Perubatan di sebuah universiti terkemuka di Dublin, Trinity Collage, Dublin.Beliau memang sangat saya kagumi dan hormati.

Ini kerana beliau sangat - sangat berkorban kepada keluarga takala kami susah dahulu. Walaupun biasiswa Mara yang beliau terima ketika itu tidak sebanyak yang didapati dizaman kami, tetapi beliau mampu menghantar sejumlah besar wang kepada keluarga kami di Malaysia pada setiap 2-3bulan sekali, bagi membantu perniagaan Pasar tani /malam arwah Abah yang tidaklah maju selepas kenaikan harga minyak pada awal 2002 dan beberapa tahun selepas itu.Saya tidak dapat membayangkan  bagaimanakah beliau dapat membahagikan biasiswa beliau untuk kegunaan beliau dan untuk membantu keluarga di Kampung. Saya juga hairan ramai diantara kita mempunyai biasiswa yang sangat - sangat besar,tetapi tidak cukup untuk menampung belanja seharian serta memeinta lagi wang dari ibu bapa di Malaysia.Angah tidaklah berkerja sambilan sepanjang beliau belajar,tetapi oleh kerana jimatnya beliau, kehidupan seharian dapat ditempuh dengan sempurna sehingga beliau mendapat 2.1 dalam ijazah perubatan yang sangat sukar.

Beliau kini berkerja di Dublin sebagai seorang pegawai perubatan dalam bidang Oncology, dan sudah berkahwin pada tahun 2007 dan kini menetap bersama di Cardiff. Maka saya harus mencontohi beliau kerana  pengorbanan besar beliau memang tidak dapat saya lupai sehingga akhir hayat saya.

Seuntai Kata Untuk dirasa.

|

Salam

Post khas buat 3rd year 2009/2010

Selama dua tahun saya hidup di Warwick, saya sangat - sangat sayang pada tempat tersebut. Mungkin Warwick tidak hanya sebuah bandar yang kecil, tetapi persahabatan yang terbina sangat -sangat saya hargai dalam kehidupan saya. Mungkin saya tidak terjumpa dengan community yang terbina di Warwick ditempat lain selain di Warwick? Adakah mungkin orang - orang disekeliling saya?Ia mengurangkan rindu saya dari rumah...menyebakan saya rindu padanya kini.

Sahabat - sahabat yang sangat ramai, mungkin persahabatan yang baru terbina di Warwick menyebakan saya sangat -sangat appreciate kawan -kawan di Warwick, lebih - lebih lagi semasa di tahun kedua.Kami disayangi senior dan menyayangi junior.Senior yang telah pulang ( Akmal, Faiz ,Kak Sarah, Kak Faezah),sukar kami hendak ucapkan selamat tinggal kepada mereka.Adakah masih peluang seperti dulu? Semoga waktu dulu terlakar indah dan dikenang sehingga akhir hayat.

Hati tiba - tiba sedih entah mengapa, mungkin terasa pada pemergian senior....

Tidak sabar untuk ke Warwick semula...semoga ukhuwah terbina dahulu dikenang buat selamatnya.