Balance

|
Salam

Bila pulang ke Malaysia, barulah saya terdedah kepada rupa sebenar kepada kehidupan yang bakal saya lalui tidak lama lagi. Ia tidak seindah yang digambarkan, sukar untuk dilakar dan payah untuk dipapah.

Apa yang hendak diseimbangkan

Bukanya mudah untuk menyeimbangkan antara kehendak masyarakat, keluarga dan diri sendiri serta tidak melupakan Allah S.W.T. Pelbagai resepi perlu dicuba bagi menyeimbangkan semua perkara ini.Janganlah kita mengabaikan mana - mana, ini kerana semua memerlukan kita untuk memainkan peranan yang penting dalam instiusi masing - masing.

Famili juga sebuah organisasi

Kedua - duanya adalah organisasi,baik untuk berkhidmat pada masyarakat mahupun dalam instiusi kekeluargaan. Jika dalam keluarga, kita memaikan peranan yang besar dalam menjamin kekeluargan sentiasa berada di jalan yang betul dan tidak terlencong pada mana - mana lorong yang menyesatkan. Jika dalam masyarakat, mereka memerlukan tenaga - tenaga pemikir dan penggerak bagi menyedarkan masyarakat daripada lamunan dunia yang menipu, Tampaknya, kedua -duanya  memerlukan kita.

Kita juga punya hak

Kita juga mempunyai hak tersendiri,perlu juga ditunaikan bagi memastikan kita mampu meneruskan bantuan idea, wang ringgit dan tenaga kepada dua sektor yang memerlukan. Dan jangan lupa untuk sentiasa meluruskan kembali niat dalam kita menyumbangkan tenaga.Hindarilah daripada mencari agenda - agenda yang menguntungkan diri sendiri.

Saya masa mencari apakah cara yang sesuai dalam menyeimbangkan tenaga. Semoga Allah bersama -samaku

Pengajaran daripada Kelahiran

|
Salam

Dah seminggu keluarga saya menerima ahli keluarga yang baru, Syahrul Al Nuruddin bin Syahrul Amirudin, cucu pertama buat mak saya.

Excited? Excited jugalah semasa menunggunya,walaupun saya tidak pernah memegang kanak - kanak sebelum ini. Walaupun begitu, peristiwa ini telah membuka mata saya pada beberapa perkara yang saya selalu terlepas pandang.

1. Perkahwinan bukan hanya kita berdua( Suami dan Isteri).
Haaa. Ini selalu orang muda - muda selalu terlupa.Jika berkahwin mereka menganggap bahawa kehidupan hanya berdua, setiap hari akan duduk berdua, makan sama sama dan terlupa pada satu hari mereka akan bertiga, berempat, berilma dan seterusnya. Bukan mudah banyak mulut yang terhasil.

2.Bersalin satu pengorbanan.
Susahnya untuk bersalin, bertapa besarnya pengorbanan ibu - ibu bersalin. Jika tidak boleh bersalin secara normal, pelbagai lagi cara yang menyakitkan akan memudahkan kelahiran si kecil, forcep, operation dan pelbagai lagi. Belum lagi cerita 9 bulan yang terdahulu.

3.Selepas bersalin pun perlu berkorban.
Menjaga bayi pun tidak mudah di sangka. Pelbagai ragam dan keranah yang kita tidak fahami terpaksa dilayan.Tidur malam pun tidak lena, belum lagi kepada yang berkerja. Ibu dan bapa memang harus berkerjasama seperti dalam satu team untuk menjaga anak ayang disayangi.

4.Membina keluarga bukanya mudah.
Besarkan anak? Haih bukanya mudah, buka TV hari - hari pun saya tidak sanggup untuk menontonya, apetah lagi persekitaran yang kurang mendidik jiwa ini.Perlu membina kekuatan dalam yang teguh kepada anak - anak yang dilahirkan.Perancangan bukan  dilakukan ketika anak itu berumur 10 tahun ,tetapi sejak daripada lahir lagi perlu dirancang dengan telti.

Besarnya ertimu dalam hidup Pak Su, Nuruddin!

Friends or Enemy?

|
Salam


Sahih International
O you who have believed, enter into Islam completely [and perfectly] and do not follow the footsteps of Satan. Indeed, he is to you a clear enemy.
Malay
Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Ugama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata


Al Baqarah 208.

Wow, tanpa disedari kita menjadi kawan - kawan kepada musuh kita yang nyata Syaitan.Mengapa? Banyaknya perkara tanpa kita sedari bercampur baur dengan perkara - perkara yang jahilliyah dalam kehidupan seharian. Mari kita renung kembali apakah perbuatan kita di jalan yang sebenarnya?

Being the best for Our Parents!

|
Salam 


Surah Al Isra 23 -25
Sahih International
And your Lord has decreed that you not worship except Him, and to parents, good treatment. Whether one or both of them reach old age [while] with you, say not to them [so much as], "uff," and do not repel them but speak to them a noble word.

Malay
Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)

Sahih International
And lower to them the wing of humility out of mercy and say, "My Lord, have mercy upon them as they brought me up [when I was] small."
Malay
Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."
Sahih International
Your Lord is most knowing of what is within yourselves. If you should be righteous [in intention] - then indeed He is ever, to the often returning [to Him], Forgiving.
Malay
Tuhan kamu lebih mengetahui akan apa yang ada pada hati kamu; kalaulah kamu orang-orang yang bertujuan baik mematuhi perintahNya, maka sesungguhnya dia adalah Maha Pengampun bagi orang-orang yang bertaubat


.

Finding Truth

|
Salam

Mencari kebenaran sangatlah mudah dasarwarsa ini. Ini kerana semua ada dihujung jari. Jika tidak tahu apakah itu Coelacanth, maka pergi dekat google dan terus taip perkataan itu dan akan berjumpalah maksud Coelacanth.Jika ingin jalan mudah, guna sahaja wikipedia walaupun sumbernya tidaklah begitu tepat.Pembelajaran kini lebih mudah dan tepat.

Kita boleh melihat sesuatu perkara daripada banyak perspektif,tidak bergantung pada sumber arus perdana sahaja.Saya melihat arus perdana kini, sangat kurang menekan budaya Ilmu dalam masyarakat. Hiburan kini menguasai rancangan - rancangan TV dan tidak langsung menekankan aspek pembelajaran dan pendidikan di dalam masyarakat.

Tidak kira umur atau minat, seharusnya masyarakat kini lebih kehadapan dalam menggunakan sumber - sumber yang ada. Internet misalnya, merupakan satu kunci alternatif pembacaan selain daripada buku buku yang ade dipasaran.Blog - blog ahli negarawan, ulama dan golongan professional seharusnya dilayari bagi mendapatkan pengalaman mereka bagi diaplikasikan dalam kehidupan. Semua ilmu yang didapati perlu ditafsir dan disesuaikan dengan acuan ajaran Islam dan keadilan. Bukan kepada kepentingan peribadi dan kejahilan yang melampau. Sesetengah masyarakat muda kini yang dibentuk oleh persekitaran yang sangat tidak sihat, budaya hiburan yang melampau lampau seharusnya dielakan. Kejahilan yang melampau ini terbentuk daripada budaya Hedonisme ini sangat - sangat tidak boleh dipandang enteng. Ilmu mudah dicari, pencarinya sahaja yang tiada. Masyarakat muda yang lahir bukanlah calang calang orangnya, berijazah dan berpelajaran. Tetapi kejahilan??? Seperti orang yang tidak pernah ke sekolah.

Kejahilan di tahap yang sangat membimbangkan. Budaya Ilmu perlu dipupuk bagi memastikan masyarakat yang terbentuk dimasa hadapan adalah masyarakat yang dinamik. Pencari Kebenaran, Penghalang Kebatilan.
Mengajak kepada Kebaikan dan Pencegah kepada Kemungkaran

Ilmu sudah banyak, cara sudah mudah....Maka,marilah sama sama kita berubah.

Menyemai Impian

|
Salam

Hidup? Bukan satu mimpi. Kita mampu menyemai seberapa banyak impian, tetapi berapakah yang akan tumbuh membuahkan hasil? Kadang - kadang kita menyemai pokok untuk mendapatkan hasil, tetapi yang tumbuh hanya lalang - lalang yang tinggi memanjang. Kadang - kadang kita menyemai pokok tomato tetapi yang tumbuh adalah pokok chilli. Begitulah analogi kehidupan

Kita suka merancang, tetapi semua bukan akan menjadi di masa hadapan.Maka sentiasa bersedia untuk berhadapan dengan apa yang tidak disangka sangka. Semua boleh berubah dengan sekelip mata tanpa berita.Begitulah kehidupan.

Tidak salah untuk bermimpi, tidak salah untuk menyemaikan impian, itu lebih menyemarakan semangat untuk kehadapan.Sentiasa mendekati diri dengan pencipta, bukan sekadar hanya pada kata kata, tetapi pada minda dan benak dada ini.

Semua perkara diciptakan tidak sia - sia. Maka jangan sia siakanya. Gunakanya sebaik mungkin sebagai bekalan di masa hadapan.

Indonesian Decent Dutch Footballers?

|
Salam

Kesan Imperialisme negara - negara eropah terhadap negara - negara di timur adalah dengan kebanjiran ramai rakyat - rakyat negara yang dijajah terhadap negara penjajah.Negara kita Malaysia sangat kuat ikatanya dengan United Kingdom.Begitu juga dengan negara jiran kita Indonesia, sangat kuat ikatanya dengan Belanda. Tanpa disangka, 3 pemain hebat daripada Belanda berketurunan daripada Indonesia, patut mereka berambut hitam dan mempunyai iras orang - orang di Asia.

Roy Makaay
Giovanni van Bronckhorst
Denny Landzaat


Memang salah satu kesan daripada Imperialisme adalah penghijrahan manusia secara besar - besaran.Lihat sahaja di UK, populasi masyarakat Asia Selatan sangat ramai. Ramai sahaja pemain kriket England dan Scotland berasalan daripada India, Pakistan , Bangladesh dan Sri Lanka. Penghijrahan masyarakat berbangsa Poland ke UK selepas serangan Blitzkrieg oleh Germany , mewujudkan rumpun masyarakat Poland di UK. Kita boleh lihat di UK dimana banyaknya makanan- makanan masyarkat Poland dijual di Supermarket besar di sana.

Kini,boleh saya katakan, sukarnya untuk mendefinisikan sesebuah negara melalui bangsanya,ini kerana wujudnya pencampuran masyarakat secara besar besaran. Mendefiniskan negara melalui bangsanya adalah sangat kurang tepat dan mungkin berubah. Ini berlaku di mana mana sahaja di dalam dunia.Mungkin wajah dunia akan lebih berubah pada tahun yang mendatang? 

Alhamdullilah

|
Salam

Alhamdullilah, itu mampu aku katakan...aku lakuakan yang terbaik dan aku bertawakkal kepadanya.Semoga ini mendekatkan aku kepadanya.

Sabar?

|



Kuala Sungai Baru
Salam


مَا عِندَكُمْ يَنفَدُ وَمَا عِندَ اللّهِ بَاقٍ وَلَنَجْزِيَنَّ الَّذِينَ صَبَرُواْ أَجْرَهُم بِأَحْسَنِ مَا كَانُواْ يَعْمَلُونَ
"Apa yang di sisimu akan lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah adalah kekal. Dan Kami pasti akan memberikan ganjaran kepada mereka yang bersabar, dengan ganjaran yang terbaik di atas apa yang mereka lakukan"

Surah Al Nahl 96 


Setelah saya pulang ke Malaysia, memang sangat panas. Dengan suhu yang panas inilah telah membesarkan saya selama 20 tahun.Memang terasa berbeza dengan suhu yang berlainan ini,maka saya perlu bersabar sebelum tubuh ini dapat membiasakan diri dengan suhu yang berbeza ini.

Melihat kepada keadaan lalu lintas, saya termenung sejenak dengan kesabaran rakyat Malaysia.Suka memandu laju, memotong pada garisan 'double line', lori memandu dengan had laju yang berlebihan dan sebagainya. Di manakah kesabaran masyarakat? Adakah setiap masa kita perlu tergesa - gesa? Adakah masyarakat suka mengambil risiko? Tidak berfikir jauh tentang masa depan dan hak pengguna jalan raya yang lain?

Mengapa tidak bersabar? Mengapa? dan Mengapa? Mari kita muhasabah diri....