Pengajaran dari Kesejukan

|

Salam

Cuaca yang teruk melanda UK dan Ireland sangat membimbangkan.Keadaan licin dan berais,membuat kehidupan sedikit sukar.
Semasa saya pulang dari Cardiff pun,pergerakan saya terbatas.Kereta abang ipar saya tersekat dengan snow yang tebal.Tren dari Birmingham ke Coventry dibatalkan dan perjalanan saya tertunda selama sejam.

Esok,semester baru akan bermula.Rehat sudah cukup.Bersedia untuk meneruskan kehidupan sebagai seorang student.Tetapi harus dingat keselamatan diri harus dijaga.Semasa berjalan hendaklah berhati-hati lebih-lebih lagi di kawasan yang licin.
Jika kita merasa sejuk dan tidak tahan pada kesejukan.Ingatlah kepada yang lain di luar sana.Di Poland seramai 122 orang menjadi korban dan hampir kesemuanya homeless.Di UK seramai 22 orang mati kesejukan.

Firdaus Rahim dalam blognya mengatakan perihal Kashmir.Maka bertapa pentingnya kepada kita menghulurkan bantuan kepada mereka melalui NGO kemanusian seperti Islamic Relief dan sebagainya.Sumbangan kita dapat membantu mereka yang memerlukan.

Sebagai penutup,jika kita mengunakan alasan sejuk untuk tidak ke kelas,alangkah malangnya kita kerana,kita ada jaket tebal,kasut yang elok,glove kulit yang memanaskan tangan,snow cap yang melindungi kepala,naik bus yang berheater panas dan apalagi?Apa yang kita tiada?

Kekuatan diri...

Maka marilah kita berdoa kepada Allah,agar kita bersama sama diberikan kekuatan untuk ke kelas pada musim sejuk ini.




0 comments: