Salam
Hari ini hari ke 5 dalam tahun baru.
Berada di Cardiff,jauh dari kehidupan harian di Warwick yang mencabar.
Salji-salji yang turun di Cardiff membuat aku termenung sendirian.
Kadang-kadang aku memikirkan dengan perubahan kehidupan yang aku lalui.
Tahun yang telah pergi tidak akan aku lalui lagi.
Pengalaman yang ditinggalkan bukan mudah untuk ditelan dan ditinggalkan sebegitu sahaja.
Pengalaman mengubah cara permikiran.
Kematangan dalam pemikiran?Ya!
Pengalaman melahirkan kematangan.
Kadang - kadang,persekitaran mencorak pengalaman.
Pembelajaran menzahirkan pengalaman sangat berharga.
Bersama -sama orang yang kita kagumi dan sayangi sangat memberi inspirasi...
Tahun yang mendatang perlu diuruskan dengan lebih teliti dan teratur.
Banyak perlu difikirkan demi penerusan kehidupan yang sebentar ini.
Akademik,pasangan hidup,keluarga,pembangunan diri dan mental,masyarakat sering bermain di minda yang sempit ini.
Agar selari dengan kehendak ilahi.
Bermanaafat di Dunia dan Akhirat itu tujuan kini.
Erti memberi meresapi diri.
Berubah bukan mudah
Idealistik menguasai diri
Realti perlu ditempuhi
Diri perlu kuat.
Allah pembantu kita...
To love?
9 years ago
0 comments:
Post a Comment