Lunch bersama Itik

|
Salam

وَكَأَيِّن مِن دَابَّةٍ لَا تَحْمِلُ رِزْقَهَا اللَّهُ يَرْزُقُهَا وَإِيَّاكُمْ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
Dan (ingatlah) berapa banyak binatang yang tidak membawa rezekinya bersama, Allah jualah yang memberi rezeki kepadanya dan kepada kamu; dan Dia lah jua Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
Surah Al Ankabuut ayat 60

Semasa hendak pergi kembali ke Gibbet Hill Campus,saya duduk di tepi Tocil Lake untuk menikmati lunch ala kadar sambil bertemankan angin sejuk sepoi bahasa.

Duduk je di atas bangku,tiba-tiba sekumpulan itik yang jauh dari situ datang menghampiri saya walaupun saya tidak memegang sebarang makanan.
Itik itu berbunyi(betul ke bahasa?),seolah-olah meminta makanan pada saya.

Saya terfikir,bagaimanakah itik ini mencari makanan disaat musim sejuk ini.Menyudu-yudu tanah meminta simpati untuk mendapatkan makanan.Tetapi kita lebih mudah diperolehi makanan berbanding itik yang terpaksa mencarinya sehingga dapat.Makan untuk penerusan kehidupan,rezeki perlu dicari sendiri.
Sudu pagi makan pagi,sudu petang makan petang.

Ya Allah,ada ibrah disebalik kejadianMu.

Kesiannya mereka....Marilah kita lunch bersama-sama ya Itik :)


0 comments: