Salam
Extremophile?
Maksudnya benda yang suka/cinta pada keadaan extreme.
MasyaAllah.Memang hebat ciptaan Allah S.W.T.Terdapat pelbagai bacteria yang mampu boleh hidup di keadaan yang extreme,seperti contoh suhu panas,suhu sejuk,radioaktif,pH yang extreme,terlalu kering,dan pelbagai lagi keaddan yang extreme.
Bacteria seperti gambar di atas Thiomargarita nambienus boleh hidup dikawasan yang mempunyai Hydrogen Sulfide yang tinggi(Hydrothermal vents) dan menjadikan Hydrogen Sulfide sebagai sumber tenaganya dan Nitrate sebagai sumber pernafasanya.Ia juga mempunyai vacuole yang sangat besar untuk menyimpan nitrate sebagai sumber udaranya.Apabila sumber nitrate habis,ia akan menggunakan nitrate dari vacuole sebagai sumber udara seperti manusia membawa tangki oxygen semasa menyelam.Ini adalah salah satu bacteria yang boleh dilihat menggunakan mata kasar tanpa menggunakan microscope.
Hebatkan?
Pengajaran:Allah maha berkuasa.Kita selalu menongkat langit dengan gah mengatakan diri kita hebat.Namun kehebatan kita tidak mampu menandingi ciptaan pencipta kita.
P.S;Ya Allah,Mudahkan pencarian maklumat untuk Essay kali ini.
0 comments:
Post a Comment