Kehidupan harus diteruskan

|
Salamيَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ اسْتَعِينُواْ بِالصَّبْرِ وَالصَّلاَةِ إِنَّ اللّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ
Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar
Surah Al- Baqarah, Ayat 153



Baru hari pertama,terasa besok semua perkara perlu disiapkan.Kesibukan tidak terkata sekarang ini.Soalan essay kedua masih dalam peringkat pencarian maklumat,sebulan lagi tarikh untuk menghantarnya.
Soalan essay ketiga akan keluar pada minggu ini.Tarikh hantarnya dijangka sebelum cuti Easter nanti.Tajuknya pasti mencabar minda.

Minggu ini sudah bermula Microbiology Lab.Walaupun seronok,banyak perkara perlu dilaksanakan sebelum masuk ke dalam lab.Lab sangat panjang dan memenatkan.

Di Warwick tiada perperiksaan pembukaan term.Peperiksaanya akan di kumpulkan pada hujung tahun pembelajaran nanti ie bulan July ini.Harus untuk aku study sebaik mungkin bermula dari sekarang.

Muhasabah diri bagi bahagian akademik untuk hari ini.


0 comments: