Surah A-li 'Imraan, Ayat 2
Ketika melangkahkan kaki ke Gibbet Hill keseorangan.Aku terkenang kisah silamku.Melihatkan pokok-pokok kering yang kehilangan daun ketika musim sejuk,daun kering melitupi tanah menghiasi sisa-sisa salji yang semakin mencair.
Setiap apa yang aku lakukan,kenangan bersama Arwah abah sentiasa menari-nari di dalam benak pemikiranku.Aku anak bongsu,dan aku antara yang manja denganya.Tahun lepas,ketika aku tahun pertama,setiap minggu paling kurang aku menelefon Malaysia adalah tiga kali seminggu,dan setiap kali panggilan, paling minima adalah sejam.Jika aku tidak menghubungi Malaysia dalam kadar yang lama,arwah abah akan menghantar SMS kepadaku menayakan khabar.Setiap kali panggilan,ada saja idea abah untuk menceritakan keadaan di Malaysia,pasal kucing,pasal rumah,politik,berkongsi pandangan dan pelbagai lagi.Arwah abah menanamkan cita-citanya kepada aku."Belajar rajin rajin sehingga dapat pHd",sering diulang-ulang.Kini?
Bila aku rasa"down",kata-kata ini sering diulang-ulang"You are the best" untuk mententeramkan jiwa aku.Arwah Abah selalu mentanyakan pendapat aku dalam satu satu perkara.Arwah abah umpama sahabat,rasa selesa berbual denganya walaupun berlainan jangka umur.Itu resepi arwah abah dalam mendidik anak-anaknya,"Buat seperti rakan"
Masa aku di MRSM Serting,aku seorang "homesick'.Tiga bulan pertama aku menyusahkan kedua ibu bapa aku untuk datang ke Serting tiap-tiap minggu.Aku sering menangis untuk pulang ke rumah.Aku satu-satunya dalam adik beradik,masuk ke asrama penuh ketika form 1.Modal itu aku gunakan untuk kembali duduk dirumah untuk bersekolah di rumah.Tetapi arwah abah tegas mempertahankan keputusanya untuk aku bersekolah di MRSM Serting.Hampir tiap-tiap minggu mak dan arwah abah datang,ambil baju kotor untuk di basuh di rumah,sehingga aku pandai basuh baju sendiri ketika pertengahan tahun.Perjalanan dari Serting ke Melaka mengambil masa dua jam satu perjalanan.Pergi balik,4 jam.MasyaAllah,bertama sabarnya hati mereka dengan kerenah aku ketika itu.Namun,ketika aku di KYUEM,arwah abah pernah berkata kepada aku setelah aku tersedar sendiri tentang kesilapan aku ketika dahulu di Serting,"Abah dah cakap,siapa yang senang sekarang,engkau ke abah?"
Di MRSM Jasin,arwah abah sering memberikan semangat kepada aku untuk belajar.Abah pernah berkongsi idea dengan aku,bagaimana untuk study dengan efektif.Walaupun ketika itu kehidupan aku agak susah,tetapi itu tidak menjadi penghalang kepada aku untuk berjaya dengan dorongan abah.Walaupun susah,abah tidak pernah mengabaikan pelajaran aku.Semua buku buku rujukan abah belikan untuk aku berjaya.
Semasa menunggu keputusan SPM,abah dimasukan ke hospital,kerana disyaki menghadapi degupan jantung laju.Semasa abah keluar dari bilik doktor,abah kata dia perlu naik ambulan ke hospital.Aku ingat abah membuat lawak,namun ternyata ianya benar.Aku ingat satu lawak abah ketika sampai di Hospital Melaka ketika berjumpa doktor."Doktor,tadi tekanan darah saya rendah,bila naik ambulan blood pressure terus naik mendadak,dieorang bawak ambulan macam kereta lumba"Abah tetap cool semasa di wad.Aku dan emak menemani abah ketika di hospital.Di hospitalah aku mengisi borang-borang permohonan biasiswa.Aku menulis karangan untuk memnita biasiswa di hospital juga.Tetapi abah tetap menyuruh aku bersabar atas dugaan yang menimpa.Akhirnya aku berjaya mendapat biasiswa KPM ini semasa aku berada di Matrikulasi Londang.
Abah menangis ketika memberitahu tentang keputusan biasiswa aku itu.Dia selalu bercakap,bahawa aku beruntung.Arwah abah pernah mendapat biasiswa di University of Perdue,di US dalam bidang agriculture engineering rasanya.Tetapi arwah abah terpaksa menolak biasiswa itu atas masalah keluarganya yang susah.Abah kata jangan sia-sia peluang ini.Abah selalu memberi inspirasi kepada aku ketika itu.
Semasa aku pulang dari Malaysia ketika summer lepas,aku hadiahkan sehelai sweater dan baju t tercatat nama university aku kepada arwah abah. Arwah abah memakai sewater itu sekali,tanpa membuka tag baju(ie tanda jenama)semasa kami pergi ke Port Dickson untuk mengambil akak aku.Abah cakap,sweater ini berharga,so jangan buka tag dulu.Baju t berwarna hijau itu arwah abah memakainya hanya sekali ketika hendak menggunting rambut,hampir 2-3 minggu sebelum abah meninggalkan aku buat selamanya.
Pemergianya tidak lagi kembali.Coretan ini hanya sedikit dari beribu-ribu kenangan bersama.Hati ini sayu.Rindukah?Hampir 6 bulan abah meninggal,Hanya doa dapat aku kirimkan.Namun aku seorang insan,seorang yang lemah.Tipulah jika aku kata tidak sedih.Aku tidak mampu menipu diri aku sendiri.
Ya Allah,bantulah hambaMu ini,Aku sedar bahawa ini ujian.Hanya kepada engkau aku berserah,dan kepada engkau tempat aku kembali.Tenteramkan hati ini,Ya Allah.