Syahadah

|
Plag penghargaan bagi Prayer Hall University of Warwick
Salam.

أُولَـئِكَ عَلَيْهِمْ صَلَوَاتٌ مِّن رَّبِّهِمْ وَرَحْمَةٌ وَأُولَـئِكَ هُمُ الْمُهْتَدُونَ 
Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya. 

Syahadah,bukan lah satu jenama ayam halal yang glamor yang buleh didapati di tesco cannon park ,tapi satu ucapan kalimah pengkuan bagi setiap muslim.

Tanpa disangka,pada hari isnin yang lepas,saya,khairul,akmal dan dzull antara orang yang bernasib baik dapat menyaksikan pengconvertan seorang wanita dari agama asalnya kepada Islam.

Selepas marriage talk by ustaz Ajmal,berasal dari Bangladesh yang kini menetap di UK.Sila lihat blog khairul anwar bagi mendapatkan 10 perkara yang perlu dilteliti sebelum berkahwin.Kami,aku khairul dan dzull mendapat perkhabaran dari Chapliancy Islam ,Mr Dawud bahawa ader org hendak mengucapkan syahadah selepas talk itu di prayer hall,So dgn excited nye kami bertiga bergegas ke prayer hall dari bangunan humanities.

Di depan pintu prayer hall,kami terjumper seorang wanita berumur lingkungan 30 an,sedang menunggu sesuatu.Di tepinya mempunyai bakul yang berisi buah buahan dan makanan kot..Kami pon menjemput nye untuk masuk ke dalam prayer hall,sbb suhu diluar agak sejuk.Die agak ragu2 pon bertanya"Can I came in?'.Kami menjawab,'Sure,you can...'Ialah,Prayer Hall di Warwick bebas dimasuki oleh sesiapa pon tanpa mengira agama,bangsa atau pon warna kulit...

Tanpa kami sangka,beliaulah merupakan wanita yang mengcapkan kalimah syahadah pada malam yang bertuah itu,selepas menyedari beliau memasuki pejabat Mr Dawud.

Semasa upacara mengucapkan kalimah syahdah itu berlangsung,saya terasa sebak dan berfikir seketika,bahawa bertapa bertuahnya sesorang itu apabila mendapat hidayah dari Allah S.W.T.Kiter yang sedia dalam agamanya patut lah bersyukur atas limpah kurnianya kerana di beri hidayah sejak awal lagi kiter di lahirkan.Alhamdullilah....Sebak rasanye hati ketika wanita itu mengucapkan kalimah syahdah itu dgn tenang dan lancar.Ini lah pengalaman syahadah pertama saya sepanjang kehidupan ku


Suara Hidayah
Album : 
Munsyid : Nazrey Johani Duet Bersama Akhil Hayy
http://liriknasyid.com


Suara ku dengar menyeru kepadaNya,
Suara bergema memuji kebesaranNya,
Suara memujuk kita mendekatiNya,
Suara hidayah mengajak mentaatiNya..

Itulah suara yang ku rindui,
Itulah suara yang ku nantikan,
Itulah suara membawa kebenaran,
Itulah suara datangnya dari Tuhan..

Sambut ia, terimalah, bila datang,
Pada kita, kerna ia, hanya datang,
Pada hamba, yang terpilih,
Tidak akan, kau temui,
Untuk kali, keduanya, takkan dapat,
Engkau cari, bila ia, telah pergi..

Syukurilah dan amalkan,
Sampaikanlah pada siapa pun,
Perjuangan dalam hidupmu,
Moga rahmat Allah bersamamu..

4 comments:

Rashidah A Hamid said...

prayer hall korg besar.. best2

Hafizuddin @ Hypo said...

Tengkayu2,bukan aku yang bukak tapi ak bangga haha...(jgn marah)

Hafizuddin @ Hypo said...

terima kasih kerana sudi datang warwick,
kalau buleh jemput lah lagi ke sini

Rashidah A Hamid said...

mahal la, pg warwick = )

korg la plak dtg lawat aku = )