Sebelum Terlena

|
Salam,
Lagu retro yang sering berkumandang di surau al huda,MRSM Serting,selepas subuh mahupon sebelum menjelang waktu maghrib.Lirik yang sepatutnya di hayati oleh setiap Insan yang masih hidup.....

Sebelum mata terlena 
Di buaian malam gelita 
Tafakurku di pembaringan 
Mengenangkan nasib diri 

Yang kerdil lemah yang bersalut dosa 
Mampukah ku mengharungi titian sirat nanti 
Membawa dosa yang menggunung tinggi 
Terkapai ku mencari limpahan hidayah Mu 

Agar terlerai kesangsian hati ini 
Sekadar air mata tak mampu membasuhi dosa ini 

Sebelum mata terlena 
Dengarlah rintihan hati ini 
Tuhan beratnya dosa ku 
Tak daya ku pikul sendiri 

Hanyalah rahmat dan kasih sayang Mu 
Yang dapat meringankan hulurkan maghfirah Mu 
Andainya esok bukan milik ku lagi 
Dan mata pun ku tak pasti akan terbuka lagi 

Sebnelum berangkat ke daerah sana 
Lepaskan beban ini 
Yang mencengkam jiwa dan raga ku 

Selimut diri ku 
Dengan sutra kasih sayang Mu 
Agar lena nanti ku mimpikan 
Syurga yang indah abadi 

Pabila ku terjaga 
Dapat lagi ku rasai 
Betapa harumnya 
Wangian syurga firdausi oh Ilahi 

Disepertiga malam 
Sujud ku menghambakan diri 
Akan ku teruskan pengabdian ku pada Mu

0 comments: