Al Fatihah

|
Salam,
الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُواْ إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ 
[156] (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."
Al Baqarah ayat 156

Al -Fatihah
Buat arwah bapa saudara saya
Ramly bin Hj Md Ghaus
yang kembali ke ramahtullah
pada hari ini 11 mlm waktu tempatan
Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang yang soleh
Al Fatihah

JZKK

Sakit Mata

|
Salam.

Sejak semalam mata rase nk tekeluar,pas 2 berair2 dan ber taik mata.Saya dah merasakan bahawa saya dijangkiti oleh sakit mata(aper tah name die dalam bahasa inggeris).Pagi tadi masa bangun ia dah makin membengkak.

Huwaaaa,saya nak balik Malaysia.Sabar2 ,setiap ujian pasti adeer hikmah nyer.Skang nie cool la dulu.esk baru NHS bukak dan buat la perjanjian dgn doctor kat c 2.Akak ak ckp da name ubat 2...tapi nk kn gaks g jumper dr kasi cn untuk pastikan.....

So,life must be go on,Teruskan berusaha....minggu last nie....Ayuh....

Thin Layer Chromatography (TLC) , Fire Drill and .....

|
Salam,























Sekadar gambar hiasan,tapi nie mmg betul TLC tapi lain jer solvent.
Hari ini adalah lab terakhir bagi Term Autumn....
Experiment tentang nk bezakan unknown solution,satu ade RNA dan satu lagi ader DNA.
Mmg cool giler experiment ini....
dan rase mmg sangat bersyukur sbb hari in ak dapat g solat jumaat sbb ade 2 jam masa tunggu isopropanol solvent bergerak dalam TLC tuh...

Selepas dah keringkan kan TLC kat dalam oven, kena pergi dark room.Masa nak tunggu masuk dalam dark room untuk guna UV light bagi nak cari spot of the bases ,tiba tiba alarm kebakaran berbunyi...Ya Allah, dah lah pakai lab coat,bukanyer tebal sangat past baju kat dalam pulak jersi england,mmg sungguh nipis...Kat luar suhu dalam 4 -5,dalam lebih kurang jam kul 4.00 petang.
Sejuk giler.....Dr Stott,Mak Cik Annora, Abg James,Abg Olie dan lain juga merase kesejukan yang sama..haha

Mmg kejam lah siapa yang buat fire drill mase musim sejuk nie,rase macam nk fire jer balik kat org 2,dah lah kacau masa lab,pas lambat lak kasi kebenaran masuk balik dalam lab....

Pas habis jer Fire drill ak dapat menyepotkan beberapa base atas TLC guna UV light...mmg serious cool..Haha

Rase lege dah abis lab minggu nie,Terima kasih kat Najib kerana sudi jadik lab partner minggu nie...hehe

Reciter.org

|
Salam.
Semalam brother muthananaa telah mengesyorkan kami untuk membuka laman web ini


Satu laman web yang sangat2 membantu dalam bacaan al -quran.
Penggunaanye sangatlah mudah dan membantu

Terdapat berberapa qari yang akan membaca.Terdapat juga tafsir dan terjemahan dalam banyak bahasa termasuk bahasa melayu...
Teks Resam Uthmani yang selalu kiter guna dijadikan teks bacaan dalam laman web ini.
Boleh print mana page yang kite hendak.

So ape lagi kawan2.Manfaatkanlah laman web ini.


Apabila perut berbunyi

|
Salam,

Perut mula membuat konsert secara besar besaran pada malam ini.Adeh...malas betul la nk masak,penat lepas g klas arab untuk test selama 2 jam setengah,klas tajwid dan sirah selama 2 jam dan usrah bersama ustaz wan hassan selama 1jam lebih......
Maka terliur la melihat masakan ku yang hanya dalam bentuk gambar......(sedih)


Malunyer...

|





























Salam.
Pengalaman yang sangat memalukan.hehe
Semalam ader perjumpaan poster group aku dekat Biomed Grid.Perjumpaan kali pertama,mmg ak x kenal pon semua orang dalam poster group aku...ak bergegas ker Biomed Grid lepas kuliyyah biostat...

Dalam BioMed Grid banyak lah group yang membuat discussion,aku pon mencari2 manakah group aku..Ak terlihat satu group yang komposisi ahli kumpulan itu serupa dengan ak,3 wanita dan dua lelaki,maksudnya itu kumpulan aku la kot fikir dalam hati....

Dengan selambanya ak duduk dalam kumpulan itu dan mendengar aper yang mereka fikir kan untuk pembentangan poster kumpulan mereka....Pas 2 ak merasakan bahawa ader yang x kena dalam group itu yang mana merka membincangkan tajuk lain dari tajuk group ak...maka baru lah ak bertanya kepada ketua kumpulan,
"Are you Lucy which had msg me for the meeting in here?"

die pon menjawab 
"nope,I think you were not in this group"

Ya Allah,malunya aku,dah lah duduk kat c 2 nk dekat lima minit.......Mana buku Biochemistry yang tebal 2 ,nak nk tutup muka aku.

Akhirnya ak berjumpa dgn ahli group ak dekat satu sudut yang lain,Finally......

Sebelum Terlena

|
Salam,
Lagu retro yang sering berkumandang di surau al huda,MRSM Serting,selepas subuh mahupon sebelum menjelang waktu maghrib.Lirik yang sepatutnya di hayati oleh setiap Insan yang masih hidup.....

Sebelum mata terlena 
Di buaian malam gelita 
Tafakurku di pembaringan 
Mengenangkan nasib diri 

Yang kerdil lemah yang bersalut dosa 
Mampukah ku mengharungi titian sirat nanti 
Membawa dosa yang menggunung tinggi 
Terkapai ku mencari limpahan hidayah Mu 

Agar terlerai kesangsian hati ini 
Sekadar air mata tak mampu membasuhi dosa ini 

Sebelum mata terlena 
Dengarlah rintihan hati ini 
Tuhan beratnya dosa ku 
Tak daya ku pikul sendiri 

Hanyalah rahmat dan kasih sayang Mu 
Yang dapat meringankan hulurkan maghfirah Mu 
Andainya esok bukan milik ku lagi 
Dan mata pun ku tak pasti akan terbuka lagi 

Sebnelum berangkat ke daerah sana 
Lepaskan beban ini 
Yang mencengkam jiwa dan raga ku 

Selimut diri ku 
Dengan sutra kasih sayang Mu 
Agar lena nanti ku mimpikan 
Syurga yang indah abadi 

Pabila ku terjaga 
Dapat lagi ku rasai 
Betapa harumnya 
Wangian syurga firdausi oh Ilahi 

Disepertiga malam 
Sujud ku menghambakan diri 
Akan ku teruskan pengabdian ku pada Mu

Help the Palestine

|
Salam,

Di bawah disertakan link untuk petition Interpal.  Sila ambil tindakan segera untuk membantu Interpal dengan menandatangani petition tersebut.


Terima kasih.


Interested?

|
Salam,
Masa pergi prayer hall waktu maghrib tadi.Terkejut dengan satu kenyataan dekat depan pintu pejabat bilik Mr Dawud.Sila lihat diatas.

Interested???
Bebudak Warwick buleh la try....hehe
Mana tahau buleh dapat orang jauh....hehe

Coventry in the night

|





Sir Frank Whittle bersama dengan Prof Dr Muhammad Hafizuddin Kamarudin(Insyallah)


Salam,
Semalam azri,muiz dan syahrul datang Warwick.Muiz dgn Syahrul ikut Iwan ke Heronbank manakala azri ikut ak dgn khairul.Sbb malas nak masakan untuk Azri,kami pergi Coventry untuk makan Kebab:)
Coventry Transport Museum
World GMT line arca
Kasut di Kuala Lumpur
Coventry mengira usia bandarnya
Sebahagian bekas2 penduduk Kg Diamond.


Tagged

|
Salam

Aper kah itu tag?
Ak pon tak tau tapi banyak member ak dah kn....so ak maybe x prnh kn lagi....so inilah hari pertama ak kene tagged dgn hafiyyah,member klas bio ak dari Brunei....hehe

Rules:
1. Take a pic of urself now (dont change anything.. take terus) or your latest pic (:p)
2. Post it.
3. Tag 5 other people.

1.Gambar aku
Muka macam nak makan orang jer

2.Post gambar itu
Ak dah post dah

3.Tagged beberape member(sbb x nk susahkan korang ak tag dieorg nie)
  1. Doraemon
  2. Mak Cik yang kemaskan hall aku
  3. Abang Costcutter ruper macam bill gate
  4. Dr.Ken Flint (moderator first year biological sciences warwick)
  5. Encik Brock (penulis buku Microbiology)

Aku immune test

|
Salam.
Study memerlukan tumpuan dan konsentrasi yang tinggi bersama konsisten
Mampukah aku?

Setiap minggu,memang ader test.Sudah terang lagi bersuluh,dah siap kasi jadual test bagi satu tahun.Mmg rase nak berpiket jer ramai ramai  kat depan faculty untuk memansuhkan sistem test yang membebankan pelajar yang sedia terbeban dengan pelbagai tugasan dan tanggungjawab,Lab preparation,Lab Report yang panjang berjela dan soalan tutorial yang tak faham aper kebendenye 2.
Sempatker aku membuka buku 2 tebal ini?
Tanya diri sendiri

Dan kalo dilihat dari sudut yang positif dan lebih jelas,Test ini membantu kami pelajar2 first year untuk study dan revise balik aper yang kiter faham dari setiap satu topik.Cuba bayangkan jika x der test,mesti budak2 enjoy jer masa first year,faham ker x faham ker lantak lah dan yang penting skali enjoy.....Bile akhir sem taun depan baru lah nak study sungguh 2 tetapi mase itu sudah terlambat.....

So , tak kira lah berapa banyak test,kehidupan mesti dilalui.So bagi hari2 yang mendatang,bersedialah lebih awal bagi menghadapi test.....Ak immune dengan test..

Teringat lagu Segalanya Pasti yang dinyayikan oleh Saudara Azhan Atan dimana salah satu liriknye ialah

Peperangan duniawi mampuku hadapi,
Peperangan hakiki amatku takuti,

Jadi dalam persediaan test2 biological sciences department atau pon tak kira lah test aper,jangan lupa pada persediaan kita untuk menghadapi alam yang abadi.

Talib al Habib- Knowledge is light

|
Salam,

Nasihat Imam Waqi kepada Imam Syafie


English
The great Imam ash-Shafi',
he went to his teacher Waki` 
Complaining about the weakness of his memory. 
He told him, 'abandon rebellion, 
for knowledge is a light 
And the light of Allah is not bestowed upon a rebel.'
The light of Allah
knowledge is light


Malay and Arabic
Imam Syafi’e suatu hari mengadu kepada gurunya Imam Waqi’
Tentang buruknya hafalan beliau,
Nasihat Imam Waqi’ kepadanya:

ََشكَوْتُ إِلَى وَقِعٍ سُوْءَ حِفْظى 
فَأَرْشَـدَنِي إلى تَرْكِ المَعاصِي
وَأَخْـبَرَني بِـأَن العِلمَ نُـورٌ
ونُـورُ اللهِ لا يُهدَي للعَاصى
Maksud syair:
Aku(Imam Syafiee) telah mengadu kepada guruku Waqi’ tentang buruknya hafalanku,
Beliau menasihatkanku supaya meninggalkan maksiat,
Beliau memberitahuku sesungguhnya ilmu itu adalah cahaya,
Dan sesungguhnya cahaya Allah itu tidak akan dianugerahkan kepada mereka yang melakukan maksiat



Cardiff Revisited

|
Salam,

Cardiff dah rase macam kampung ak kat uk,almaklumlah abang ipar ak keje kat c2,akak ak selalu jugak turun kat cardiff dari Dublin mase cuti2.Cardiff terletak di centre between Warwick dan Dublin.

So baru balik kelas,juz some picture.

Cardiff for 1st Time

First time in Cardiff
Bersama orang kuat Cardiff

Merenung masa depan
Cardiff for 2nd time
Di depan Cathedral
Bendera Malaysia di samping bendera negara Komanwel
Di depan Cardiff Castle
Menara Cardiff castle

Di Stadium tak tau aper name

The Eye of Cardiff(Ak kasi name sendiri)



Cardiff City Hall
Bersama The Eye of Cardiff











Caerdydd

|
Salam.

Hari ini sangat penat dan amat meletihkan.Almaklumla,baru pulang dari Cardiff.Perjalanan mengambil masa yang agak panjang kerana ramai orang.

Jarum jam yang panjang hampir mencecah ke nombor 12 dan jarum pendek yang lambat bergerak itu mula tersenyum kerana mula berjumpa dengan nombor 3 yang lama tidak ditemuinya.Sang computer merasa bangga setelah tuan yer mengunakan dirinya sejak sekian lama dari pukul 11 akhirnya siap jua kerja tutorialnya itu dan sang printer kagum dan terharu mencetak hasil kerja tuan nye dgn rase penuh takzim dan hormat.

So....zzzzzzzzzz

Sibuk

|
Salam,

Memang benar sekarang ini kesibukan melanda diri yang teramat.Kerja universiti yang sangat berlambak2 dan pelbagai tuntutan tanggungjawab terhadap kommuniti.Ditambah dengan cuaca yang tidak menentu membuatkan diri ini rase macam nk demam,batuk2 dan sebagainya.Ujian melanda satu persatu umpama ombak di lautan yang tidak henti henti menghempas pantai.

الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُواْ إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." 
Surah Al- Baqarah, Ayat 156 

Ayuh, berusaha rakan.Tabah,cekal dan berusaha bersungguh menghadapi ujian dan kesusahan tersebut.Jangan mudah berputus asa.

Post ini sebenarnya untuk budak Biological Sciences ,Milo,Najib dan aku akan menghadapi test Protein , gene and genetics dan seluruh pelajar yang menghadapi ujian hari ini.hehe

Berbahasa Melayu di Kelas Arab?

|
Salam.

Klas Arab ader la antara klas yang agak menarik dalam klas dalam satu minggu,ialah,hari2 kelas belajar pasal protein structure,structure of virus,bacteria dan pelbagai lagi di dalam klas Biological Sciences.

Semalam adalah satu kejadian yang mungkin ak x dapat luperkan.Klas bahasa arab including aku,izzat hanafi dgn kak faizah.Kejadian itu berlaku di akhir akhir klas bahasa arab,semasa Mr Dayoub bertanyakan maksud2 perkataan di dalam bahasa arab.Mat 2 saleh dgn minah saleh pon menjawab dengan yakin dan bersungguh sungguh,berlumbe lumbe menjawab maksud perkataan arab yang di sebutkan oleh Mr Dayoub.

Tiba2 Mr Dayoub bertanyakan "Saatun ?"

Izzat dengan yakinye menjawab dengan kuat ketika mat2 saleh dgn 2 minah2 saleh membisu x tahu maksud perkataan itu

pendek jer "JAM"

mat2 saleh dgn minah2 saleh turut kehairanan,apekah itu Jam???

izzat tertunduk malu dgn cover muka nya yang agak hensem(haha) dan ak cover balik Izzat dgn mengatakan "Clock"...Ish mmg betul2 melayu sungguh.

Pengajaran:Berhatilah ketika berkata kata...haha


3000

|
Salam

Tanpa disangka2,pengunjung blog ini menlangkaui angka 3000.
Terima kasih atas sokongan bersama anda.

Syahadah

|
Plag penghargaan bagi Prayer Hall University of Warwick
Salam.

أُولَـئِكَ عَلَيْهِمْ صَلَوَاتٌ مِّن رَّبِّهِمْ وَرَحْمَةٌ وَأُولَـئِكَ هُمُ الْمُهْتَدُونَ 
Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya. 

Syahadah,bukan lah satu jenama ayam halal yang glamor yang buleh didapati di tesco cannon park ,tapi satu ucapan kalimah pengkuan bagi setiap muslim.

Tanpa disangka,pada hari isnin yang lepas,saya,khairul,akmal dan dzull antara orang yang bernasib baik dapat menyaksikan pengconvertan seorang wanita dari agama asalnya kepada Islam.

Selepas marriage talk by ustaz Ajmal,berasal dari Bangladesh yang kini menetap di UK.Sila lihat blog khairul anwar bagi mendapatkan 10 perkara yang perlu dilteliti sebelum berkahwin.Kami,aku khairul dan dzull mendapat perkhabaran dari Chapliancy Islam ,Mr Dawud bahawa ader org hendak mengucapkan syahadah selepas talk itu di prayer hall,So dgn excited nye kami bertiga bergegas ke prayer hall dari bangunan humanities.

Di depan pintu prayer hall,kami terjumper seorang wanita berumur lingkungan 30 an,sedang menunggu sesuatu.Di tepinya mempunyai bakul yang berisi buah buahan dan makanan kot..Kami pon menjemput nye untuk masuk ke dalam prayer hall,sbb suhu diluar agak sejuk.Die agak ragu2 pon bertanya"Can I came in?'.Kami menjawab,'Sure,you can...'Ialah,Prayer Hall di Warwick bebas dimasuki oleh sesiapa pon tanpa mengira agama,bangsa atau pon warna kulit...

Tanpa kami sangka,beliaulah merupakan wanita yang mengcapkan kalimah syahadah pada malam yang bertuah itu,selepas menyedari beliau memasuki pejabat Mr Dawud.

Semasa upacara mengucapkan kalimah syahdah itu berlangsung,saya terasa sebak dan berfikir seketika,bahawa bertapa bertuahnya sesorang itu apabila mendapat hidayah dari Allah S.W.T.Kiter yang sedia dalam agamanya patut lah bersyukur atas limpah kurnianya kerana di beri hidayah sejak awal lagi kiter di lahirkan.Alhamdullilah....Sebak rasanye hati ketika wanita itu mengucapkan kalimah syahdah itu dgn tenang dan lancar.Ini lah pengalaman syahadah pertama saya sepanjang kehidupan ku


Suara Hidayah
Album : 
Munsyid : Nazrey Johani Duet Bersama Akhil Hayy
http://liriknasyid.com


Suara ku dengar menyeru kepadaNya,
Suara bergema memuji kebesaranNya,
Suara memujuk kita mendekatiNya,
Suara hidayah mengajak mentaatiNya..

Itulah suara yang ku rindui,
Itulah suara yang ku nantikan,
Itulah suara membawa kebenaran,
Itulah suara datangnya dari Tuhan..

Sambut ia, terimalah, bila datang,
Pada kita, kerna ia, hanya datang,
Pada hamba, yang terpilih,
Tidak akan, kau temui,
Untuk kali, keduanya, takkan dapat,
Engkau cari, bila ia, telah pergi..

Syukurilah dan amalkan,
Sampaikanlah pada siapa pun,
Perjuangan dalam hidupmu,
Moga rahmat Allah bersamamu..

Terima Kasih Akhi wa Ukti

|
Salam.

Banyak dalam facebook dan blog2 sahabat saya meletakkan gambar2 tentang pemergian mereka ke notts games.Saya ini mengucapkan tahniah kepada pihak penganjur kejohanan sukan tersebut sehingga menganjurkan kejohanan tersebut dengan jayanye.Maaflah kerana saya tidak hadir kerana saya mempunyai agenda yang lebih besar.

Terima kasih yang teramat amat kepada abang iparku, abang Aidil ,yang jauh2 turun dari cardiff semata mata nak melawat adik iparnya di University of Warwick.Tidak lupe juge kepada kakaku,kak angah, yang jauh2menyebrang selat irish juge nk menziarahi adik die nie..haha

Abang Aidil bersama Kak Ngah
Nasi Goreng jauh dari Cardiff
 Makan di Restoran kat forehill

Navigatorku,baruku tahu kamu sangat berguna...haha







Pewaris Syurga

|
Salam.
Hari abang ipar dan kakak aku turun jauh dari Cardiff untuk saje 2 melawat ak.So byk la aktivti dilakukan bersama mereka mengantikan lawatan ak ke nottingham pada minggu ini.Tadi penin2 siap kan tutorial,so maleh lak nk tulis citer panjang2.

Hayati lagu yang dinanyikan oleh opick yang di adaptasi dari surah al Mukminun ayat 1-11




Surah Al-Mu'minun

قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ 
[1] Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,

الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ 
[2] Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;

وَالَّذِينَ هُمْ عَنِ اللَّغْوِ مُعْرِضُونَ 
[3] Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;

وَالَّذِينَ هُمْ لِلزَّكَاةِ فَاعِلُونَ 
[4] Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu);

وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ 
[5] Dan mereka yang menjaga kehormatannya, -

إِلَّا عَلَى أَزْوَاجِهِمْ أوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ 
[6] Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela: -

فَمَنِ ابْتَغَى وَرَاء ذَلِكَ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الْعَادُونَ 
[7] Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;

وَالَّذِينَ هُمْ لِأَمَانَاتِهِمْ وَعَهْدِهِمْ رَاعُونَ 
[8] Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya;

وَالَّذِينَ هُمْ عَلَى صَلَوَاتِهِمْ يُحَافِظُونَ 
[9] Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya;

أُوْلَئِكَ هُمُ الْوَارِثُونَ 
[10] Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi -

الَّذِينَ يَرِثُونَ الْفِرْدَوْسَ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ 
[11] Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.

Opick - Pewaris Surga

mereka adalah pewaris surga
manusia yang disayangi Allah
alangkah indah bila hati mengenangnya
tanda-tanda ada tujuh di hidupnya

yang pertama orang yang beriman kepada Allah
iman di hati mulut dan langkahnya
yang kedua orang yang menjauh dari segala
perkara-perkara yang tiada guna
yang ketiga orang yang menunaikan zakatnya
yang keempat yang menjaga kemaluannya
yang kelima orang yang memelihara amanat
yang keenam orang yang penuhi janjinya
yang ketujuh orang-orang yang selalu menjaga
waktu dan khusyu setiap sholatnya

mereka adalah orang yang dirindu surga
surga firdauslah tempat kembali mereka

Mari datang Warwick....

|
Salam.

Kerana Ilmu bukan mudah untuk di dapati,jadi kena lah merantau jauh untuk mencari ilmu,,so ader dua program menarik yang buleh anda hadiri bagi mengisi ruang hati yang dahaga kan ilmu....So marilah datang ker Warwick bagi sesiape yang ader kelapangan waktu......

Monday,10 Nov 2008
Marriage in Islam, by Ajmal Masroor
6.30pm
L4 (Science Concourse) 

Monday, 10th of November 
Tuesday,11 Nov 2008

'Israel and Palestine: Roots of Conflict, Prospects of Peace'. 
Dr. Norman G. Finklestein
Tuesday, 11th of November, in Gibbet Hill LT1 at 16:00.

Nak hadir bulehla contact bebudak warwick yang ramai nie...Insyallah kami sudi membantu:)

Sehinge menjilat finger

|
Salam
Makan,penting gak dalam kehidupan...sebab 2 ak suka makan...Tapi jangan berlebihan..membawa mudarat pada diri...



يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ كُلُواْ مِن طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ وَاشْكُرُواْ لِلّهِ إِن كُنتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadanya.
Surah al -Baqarah ayat 172.

So tadi ak memasak la lauk untuk brunch,sbb hari ini kelas ak sampai kul 11,so ak memasak la lauk yg sedap sikit untuk diri sendiri.

Lauk Hari ini 
Ayam dan Kentang Tanddori
Mixed Salad with Special Dressing(wat sendiri nie)

Nasi Ayam Mayonis Berlada hitam

Satu makanan yang seiembang dari segi dietnye....hehe :)
Satu kejayaan bagi diri sendiri

nak tau pasal resepi ,maleh lak nak tulis panjang2..x per lah nnt ak tulis kan kat bog cook a rama...
okay sume,jaga iman dan hati anda dan sentiasa lah meningati mati.....

tidur....zzzzzz




Vodafone

|
Salam.

Rasenye dah nk dekat 3 minggu ak pakai no baru ak.
Tapi lupe lah pulak memberitahu sahabat sekalian bahawa ak sudah menukar no.So, sila lah simpan no ini dalam phonebook masing2.Insyallah berguna jika anda bermasaalah dengan saya,hehe

+447780833896

Hp murah jer,bukan ambik hp mahal,
hp lama ak pon dh nazak.

Obama 'Pintu ke dasar keterbukaan Amerika'

|
Salam.

Post kali ini berkaitan sedikit dgn sejarah,hari2 asik baca bio jer,sokali in ak nk buka minda ak dgn menulis sdeikit mengenai sejarah perjuangan bangsa kulit hitam di amerika,semperna kemenangan Sen Barrack Obama,sebagai persident amerika ke 44.
Tahniah Obama

Barrack Obama
Hari ini merupakan hari bersejarah buat rakyat afro amerika,setalah calon president bagi parti demokrat,Barrack Hussien Obama telah memenagi pilihanraya president amerika.

Ape yang menariknya,Obama merupakan president amerika pertama yang berkulit hitam.Ini merupakan satu kejayaan yang tidak dapat dilupakan oleh rakyat afro amerika apabila pertama
 kali sejarah dalam amerika mereka berjaya mencipta kejayaan.

Sebelum ini,pemilihan persident Amerika sangat di hantui dgn beberapa faktor utama untuk memboleh kan seorang itu menjadi seorang president.WASP
W-White
P-Proteston

Wallahualam x tau betul ker tidak singkatan digunakan sejak sekian lama oleh rakyat amerika.So ini just ak terbaca dalan satu artikel mn tah,tapi xingt.

Perjuangan Afro di Amerika .

Perhambaan

Semasa perhambaan bermula pada tahun abad ke 15,bangsa kulit hitam dimport daripada negara tanah air mereka iaitu benua Afirka untuk dijadiakan hamba.Bangsa kulit putih ketika itu menjadikan perhambaan sebagai satu perniagaan yang sangat menguntungkan.Cube korang pikir,just pegi negara orang ,tangkap suka hati je saper yang die nak kat dalam kampung 2,pas 2 bwk dalam satu kapal sepenuhnya macam sardin,kasi makan pon sikit jer,pas 2 jual kat dekat pasar hamba.Mana x untung...Laki berpisah dgn bini,anak berpisah dgn parent, saudara
 berpisah dgn mara.Pas 2 tenaga kerja dieorg diperah abis2 abisan sehingga ramai yang mati
 ,sakit dan sebagainya.

Perang saudara amerika

1861-1865.pertelingkahan antara negeri2 union(kawasan2 utara) dan negeri conferderate(negeri2 kawasan selatan),yang menyaksikan ramai org terkorban dalam peperangan 4 tahun itu.Sebab utama dalam peperangan ini adalah mengenai perhambaan,di
 mana negeri union mengharamkan perhambaan,manakala negeri conferderate pulak x suka..(ak citer just briefly,nk cari la sendiri).So peperangan di menagi oleh union iaitu United State of America yang kekal sehingga hari ini.

Ketidaksamaan di dalam satu negara.

Dr.Martin Luther King
Selepas perang saudara tamat,rakyat afrika amerika mendapat kerakyatan yang sama ,tetapi menjadi isu pula apabila diskiminasi berlaku.Kedai kopi,bar,sekolah,zoo,kubur atau manalah bangunan awam mesti di asingkan antara white dgn black.So terpaksa lah golongan afro amerika berjuang untuk mendapat hak yang sama di bumi amerika.Antara tokoh yang terkenal dalam Malcom X,Dr.Martin Luther King dan sebagainya.

Dasar keterbukaan Amerika.
Tuskegee Airmen bersama pesawat tercangih ketika itu P 51 Mustang

Semasa perang dunia pertama dan kedua meletus,banyak anak muda kulit putih terlibat dalam peperangan,sehingga mereka memberi peluang kepada bangsa afro amerika untuk berjuang didalam perang dunia pertama,dan perang dunia kedua.Antara yang terkenal ialah squadron Tuskegee Airmen,dan Buffalo Soldier.Antara mereka turut mendapat pingat Medal of Honor,anugrah paling tertinggi dalam pingat Amerika. 

Kini mereka berjaya

Antara orang2 afro amerika yang berjaya kini menempa nama di Amerika di antaranya ialah, Collin Powell,Condolzzeza Rice,Ronald Mc Nair dan yang terbaru skali Barrack Obama.

k ak nk masak,ader klas bhs arab petang nie, c ya





Detik Kematian

|
Salam.
Kesibukan di Warwick hampir menengelamkan ak dalam kesibukan dunia yang tak berkesudahan....So just a reminder for me....tentang kematian

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ اتَّقُواْ اللّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوتُنَّ إِلاَّ وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Surah A-li 'Imraan, Ayat 102



Detik Kematian
Album : Nur Insani
Munsyid : Inteam
http://liriknasyid.com


Tertulis kematian
Pada suratan kehidupan
Namun hanya ALLAH yang tahu
Bilakah ajal bakal bertamu

Detiknya menghampiri
Tanpa petanda yang menanti
Bila tiba saatnya nanti
Tak siapa dapat melarikan diri

[C/O]
Itu hakikat dan kepastian
Hadirnya tidak pernah kita alukan
Tua dan muda, miskin dan kaya
Semua insan pasti melaluinya

Sakit dirasa tidak terkata
Tika dipisahkan jiwa dari jasadnya
Hanya amalan bisa redakan
Bebanan derita di ambang kematian

Denyutan nadi akhirnya terhenti
Bersama nafas yang tak terhela lagi
Kerana jiwa meninggalkan pergi
Pulang kembali untuk menghadap Ilahi

Dari ALLAH kita datang,
KepadaNya kita pasti pulang

Detiknya pasti tiba
Adakah kita bersedia?

Isnin

|
Salam.

sang itik mencari rezeki,
sambil menemani ak 
yang tgh study AID.
Hari Isnin yang padat dgn jadual.Sibuk sesangat.Semalam persediaan untuk ujian AID membuatkan ak teperuk di dalam hall selama satu hari kecuali ker prayer hall masa maghrib dgn isyak.Study la....Hari sabtu yang lalu,kerusi study ak patah dua(bkn ak berat tapi kerusi 2 mmg faulty,kenapa dieorg tak check kerusi nie  dh rosak...issh)...Tensi sungguh.

Kerusi patah bahagian atas
Kerusi patah bahagian bawah
Hari dimulakan dgn bangun subuh dan mkan brunch(breakfast + lunch).Jam 9 pagi terpacak kat bangunan lab dan mengira jumlah s.combe kat piring petri yg kaya dgn nutrien malt.Jam 10 ak duduk tepi tasik dgn baca note AID sambil menghirup udara segar dan ditemani dgn itik sekor...

Jam 11 test AID yg agak buleh buat disamping beberape soalan terkantoi dijawab dgn hati yg senang.Tawakal jer la,bkn tak usaha,dh berusaha :)Jam 12 kuliyyah biostat yg paling ramai diponteng mengenai poisson dist...layan jer...hehe

Jam 1 berlari dari university turun ker main campus untuk tunai solat..Jam 2 kuliyyah AID mengenai virus...Yang menarik nyer malaysia turut terbabit dalam kuliyyah ini aperbila virus nipah @ JE diperkenalkan...ader lah gambar org  dierorg tgh bunuh baby2 yg kaler pink kat msia.aper buleh buat layan jerlah...

Jam 3,sume org da balik ak kn g tutorial.Ak kn wat presentation psl Semi conservative replication DNA,dan ak dpt excellent for the presentation itu.Allhamdullilah,mat saleh dgn minah saleh 2 kagum jugak...humm pelik sbb BI x der la fasih mn pon.Hasilnyer ak di paksa untuk menyampaikan presentation lagi skali pasal DNA Transcription minggu depan:( hehe.

So jam 4 ak menunaikan solat asar di prayer hall.So pas magrib kira 2 jam 5.30 pg tesco membeli barang...banyak barang dh abis...

Pukul 7 ak memasak bersama dua lagi penghuni tocil yang dulunyer duduk dalam kg diamond masa di KYUEM,Ak, najib dan dzull.Ak masak main course ,masak sambal sardin,najib goreng ayam dan dzull masak nasi dan lain kerja.Kerja masak dgn makan tamat kul 815mlm.

Skang nie ak nk rehat...al maklumla hari in hari yg agak menguji ketabahan ak sebagai seorg pelajar.. sabor jer la....kerusi pon dah diganti..terima kasih pacik kerana mengganti kerusi study saya:)

Paling penting,Warwick university kiasu....2 la pasal ak sayang kat u nie(betul ker???)haha


Pilihanraya Amerika - Satu Promosi

|
Salam...

Satu video yang menarik untuk ditonton mempromotekan pilihanraya Amerika yang akan berlangsung 4 Nov ini.Iklan ini membabitkan ramai artis ternama(mcm ak kn jer...hehe).Memupuk satu kesedaran kepada sume org bahawa kiter rakyat berkuasa menetukan pemimpin bukan pemimpin berkuasa mengontrol rakyat,hehe.So nnt pilihanraya ke 13,undi saya pertama buat negara jangan disia siakan....terima kasih kepada kak maisarah(mentee merangkap pet sis baru) atas link tersebut.


satu lagi...doakan saya berjaya dalam test AID(agent of infectious diesease )besok jam 11am waktu tempatan.K nk tido...

My Theme Music

|
Salam.
Oleh kerana En Busan telah menasihatkan saya untuk menutup music itu,saya telah disablekan bunyi tersebut dan ia tidak lagi auto play.Kepada sesiapa yang ingin mendengarnya sila roll kan mouse anda hingga bawah sekali sampai jumpa imeem player dan kilk pada button play.

Maaf skali lagi kepada EN Busan.

Semuga kiter sama 2 dirahmati oleh Allah.

Laptop battery care

|
Salam.

Hari ini ak nk share pasal laptop... kalo korang pakai laptop dgn menyambung plug,ini harus dilakukan,baca artikel dibawah

korang syang laptop korang,aku pon sayang juga....hehe