2:152

|
Salam

فَٱذۡكُرُونِىٓ أَذۡكُرۡكُمۡ وَٱشۡڪُرُواْ لِى وَلَا تَكۡفُرُونِ (١٥٢
Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu). Al-Baqarah(152)

Terima Kasih

|
Salam.

Terima kasih pada Allah,tuan punya dunia ini yang memberikan kekuatan untuk menempuhi minggu crucial ini

Terima kasih pada abang lab yang sangat macho membantu aku dengan Milo dalam menyelesaikan masalah kira-kira,yang kalo buat sorang sorang buleh memeningkan diri sendiri.( x pening mana pon)

Terima kasih pada Milo yang buat experiment sorang sorang ketika aku melarikan diri ke University of Warwick untuk bersolat jumaat daripada University of Gibbet Hill.

Terima Kasih kepada Kak Farah yang sempat mengetag saya.

Layan jer lah

1.Link to the person that tagged you.
2.Post the rules in your blog.
3.Share 6 important things/habits/quirks about yourself.
4.Tag 6 random people at the end of your post by linking to their blogs.
5.Let each person know they have been tagged by leaving a comment on their website.
6.Reply to me when you’re finish.

answers:

1.Kalo baca buku,tengok movie ker atau dengar lagu yang baru,saya akan bukak dari part tengah2.Contoh:Kalo buku Brock,Biology of Microorganism,saya bukak bab yang ada banyak gambar dulu.Kalau movie,tengok dari tengah2 dulu.Kalau lagu,bukak part corus.

2.Mempunyai koleksi unread message yang banyak.Daripada form 4(2004),sebanyak 6024 e-mel disimpan dan 2235 daripada e mel tersebut tidak pernah dibuka dan di mark as unread.Mempunyai lebih dari 2000 SMS di simpan di dalam Nokia 6600 saya yang tidak pernah dibuang kecuali SMS hotlink dan SMS iklan.Dismpan sejak July 2006-September 2009.(Nampak sangat saya masih single.Kalau tidak berjuta SMS akan disimpan)

3.Oleh kerana tiada adik.Saya menanggap semua Kucing2 di rumah sebagai kawan baik atau adik sendiri.Semua kucing kat rumah mmg sangat kenal dengan saya.

4.Die hard fan dengan Kain Pelikat.Kain pelikat adalah pakaian rasmi saya.

5.Kasut yang paling lama tahan dengan saya adalah 6 bulan.Contohnya,kasut yang baru di beli oktober lepas,sudah bocor dibahagian jari dan terpaksa digantikan dengan kasut baru.

6.Berminat dengan Sejarah dan Politik antarabangsa.Patut hari itu ambil course Political Studies ataupun History...haha

Orang yang kena tag:

1.
2.
3.
4.
5.
6.

Sape yang gatal tangan nak buat silakan....

Bola Kertas...

|

Salam.

Hayyo(bak kata hazim)...
Kira-kira jam 11 malam,aku baru nak dinner,dalam kepala otak,roti pita,baked bean dengan sosej dua ketul ok untuk malam ini.Baru jer aku nak panggang sosej aku tu,aku membuka pintu dan terkejut dapur diubah menjadi gelanggang bola kertas...

Aku dijemput untuk masuk team budak perempuan(girls club tocil 21)yang nak kalah,nak lari x buleh...Maddy,Amreet dengan Serena dah merayu rayu....
ikutkan hati,x nak jer ak layan budak2 nie,tapi aperkan daya aku x mampu....
jiwa di dalam meronta ronta dan perut aku menyanyi menyanyi lagu keroncong.
main jer lah....
lawan dengan tiga budak lelaki flat aku,Duncan,Francis dengan Rahul...

layan jerlah....sekali group aku menang,sekali group budak lelaki menang...

huaaa.....baru nak stat dinner.Tengok jam pukul berapa.....12am....
terasa kebudak budakan malam ini.

Luahan hati seorang perantau

|
Salam,

Hampir 4 bulan aku berada di UK.Tiba - tiba terasa rindu pula pada kampung halaman apabila mengenangkan Abang Aidil dan Kak Angah yang lama berkelana di bumi UK dan Eire hampir 2 tahun pulang ke kampung halaman selama 2 minggu menjenguk Abah dan Mak,sanak saudara dan kampung halaman

Aku baru jer 4 bulan dah nak balik.Terasa lama pulak berada di UK ini.Agaknya dengan bebanan kerja yang menimbun -nimbun membuatkan aku terasa sibuk sekali di sini.Tak mengapalah,mungkin sebagai pejuang dan perantau di bumi asing.Mungkin ini ujian?

Aku tersedar dari lamunan aku...Lab report ada separuh lagi....siapkan.Menggatal betul tangan mengupdate blog....hehe

Perantau musafir perjuangan
Tabahkanlah hatimu
Berjuang di rantau orang
Sedih pilu hanya engaku yang tahu

Ingatlah anak dan isteri
(part ini sila tukar kepada Ibubapa yer)
Janganlah menghriris hatimu
Kerinduan desan nan permai
Janganlah melemahkan semangat juangmu

Di waktu ujian badai terus melanda
engkau tetap gigih berjuang
membenarkan sabda junjungan
Terus memburu menuntut janji
Pastilah Islam gemilang lagi

Tapi pejuang kembara perjuangan
Ujian bukan batu penghalang
Kerana itulah syarat dalam berjuang

Oh pejuang
Di manapun ada ketenangan
Di manapun ada kebahagiaan
Bila insan kenal pada Tuhan
Kasih sayhang dan pembelaan-Nya
bagi insan yang menyerahkan
Jiwa dan raga, anak dan isteri
Kepada Allah

Phagocytes

|
Salam.

Mari jadi macam phagocytes...kita makan buku dengan lecture notes nie kasi kenyang.
Beras pulak dah habis...
dinner malam nie makan kertas lecture immunology dengan epidemiology buat sup..
okay

Ya Allah.
berilah kekuatan dan kesabaran
untuk test pada petang ini

27 January 2009
3-4pm:AID test
Gud luck...(Milo,Najib,Naz,Fiyyah,Helwa)

Sedikit Crucial

|
Salam.
رَبِّنَا لَمَّا جَآءَتۡنَا‌ۚ رَبَّنَآ أَفۡرِغۡ عَلَيۡنَا صَبۡرً۬ا وَتَوَفَّنَا مُسۡلِمِينَ
Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami dan matikanlah kami dalam keadaan Islam (berserah bulat-bulat kepadaMu)
Minggu ini sibuk.

2 test
1 lab report
1 essay 1000 word(baru dapat pagi tadi)
1 lab preparation

Macam nak bercuti menulis blog.

Tetapi kalo nak cari punching bag,boleh lepaskan kat blog nie.

Ayuh berusaha!!!

Cahaya Hati

|
Salam

test agak dekat.tapi apesalah ak tak bersungguh sangat.....hayyio...
immunology baru baca sampai 33%....lab report baru 5%...tutorial 96%dan epidemilogy 0%..
Jom berusaha dengan lebih keras
kurang tido,kurang main internet dan kurang berpoya2...
lebih study.....


Cahaya Hati
Album : Cahaya Hati
Munsyid : Opick
http://liriknasyid.com


Allah Engkau Dekat
Penuh Kasih Sayang
Takkan Pernah Engkau Biarkan
HambaMU Menangis

Karna KemurahanMU
Karena Kasih SayangMu

Hanya Bila DiriMu
Ingin Nyatakan Cinta
Pada Jiwa-jiwa
Yang Rela Dia Kekasihmu

Kau yang Selalu Terjaga
yang Memberi segala

Allah Rahman, Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qalbi
Allah Rahman, Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qalbi

Disetiap Nafas Disegala Waktu
Semua Bersujud Memuji Memuja AsmaMu

Kau yang selalu Terjaga
Yang Memberi Segala...

Allah Rahman, Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qalbi
Allah Rahman, Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qalbi

Setiap Makhluk Bergantung PadaMu
dan Bersujud Semesta UntukMu
Setiap Wajah Mendamba CintaMu Cahyamu

Allah Rahman, Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qalbi
Allah Rahman, Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qalbi

Ya Allah Ya Rahman Ya Allah 3x

Selamat Hari Jadi Uda

|
Salam.

Selamat hari jadi kepada Kak Uda yang ke 25.

Semoga dipanjangkan umur daN di murahkan rezeki.

Hagfish

|
Salam.

Badanya buleh menghasikan slime yang banyak...
20 liter slime buleh dihasilkan dalam masa seminit...
Maha Suci Allah...Ciptaan Allah.

Nak baca selanjutnya

Klik sini

Lihat video ini,slime yang dihasilkan...
Terima Kasih Dr Moffat.


Minggu depan minggu double

|
Salam.

Minggu depan...

Ader 2 test
1 hari selasa=Agents of infection dieseases
Immunology dengan Epidemiology

1 hari jumaat =Metabolism
M3 and M4

test lagi...

inilah dikatakan assessment yang berterusan.

Marilah kita sama2 menuju kejayaan.