Luahan hati seorang perantau

|
Salam,

Hampir 4 bulan aku berada di UK.Tiba - tiba terasa rindu pula pada kampung halaman apabila mengenangkan Abang Aidil dan Kak Angah yang lama berkelana di bumi UK dan Eire hampir 2 tahun pulang ke kampung halaman selama 2 minggu menjenguk Abah dan Mak,sanak saudara dan kampung halaman

Aku baru jer 4 bulan dah nak balik.Terasa lama pulak berada di UK ini.Agaknya dengan bebanan kerja yang menimbun -nimbun membuatkan aku terasa sibuk sekali di sini.Tak mengapalah,mungkin sebagai pejuang dan perantau di bumi asing.Mungkin ini ujian?

Aku tersedar dari lamunan aku...Lab report ada separuh lagi....siapkan.Menggatal betul tangan mengupdate blog....hehe

Perantau musafir perjuangan
Tabahkanlah hatimu
Berjuang di rantau orang
Sedih pilu hanya engaku yang tahu

Ingatlah anak dan isteri
(part ini sila tukar kepada Ibubapa yer)
Janganlah menghriris hatimu
Kerinduan desan nan permai
Janganlah melemahkan semangat juangmu

Di waktu ujian badai terus melanda
engkau tetap gigih berjuang
membenarkan sabda junjungan
Terus memburu menuntut janji
Pastilah Islam gemilang lagi

Tapi pejuang kembara perjuangan
Ujian bukan batu penghalang
Kerana itulah syarat dalam berjuang

Oh pejuang
Di manapun ada ketenangan
Di manapun ada kebahagiaan
Bila insan kenal pada Tuhan
Kasih sayhang dan pembelaan-Nya
bagi insan yang menyerahkan
Jiwa dan raga, anak dan isteri
Kepada Allah

0 comments: