Setiap bulan,mesti ader lagu yang bakal saya postkan di dalam post blog saya.Mesti orang tertanya tanya,mengapa saya harus berbuat demikian.Saya memilih lagu yang saya rasakan membawa maksud yang baik dan membuat saya merenung seketika.
Dengan zaman yang serba modern ini,mendengar lagu amatlah mudah sekarang.Keluarnya i-Pod touch,i-pod nano,MP3 player,MP4,handphone yang canggih mangih dan pelbagai lagi.Hari-hari,kita ditemani oleh lagu,sewaktu kita berjalan ke dewan kuliyyah,tunggu bas,study,membasuh baju,memasak,dan pelbagai lagi.
Dan dunia hari ini di sajikan dengan pelbagai hiburan,tapi berapa ramaikah yang memikirkan hiburan yang betul betul dapat membentuk jiwa mereka,mengisi kekosongan di dalam hati mereka atau sebagai doa bagi kita.
Hari ini kita sering disajikan dengan hiburan yang menjual cinta -cinta murahan,mengidolkan atau membandingkan kekasih dalam keadaan metafora,perbandingan melampau lampau membandingkan cinta sebagai cinta yang paling agung,mengambarkan kehidupan yang perlu di enjoy setiap masa pelbagai lagi.Bukan semua,tetapi sesetengah yang menjadi pujaan ramai ketika ini.
Tak naklah perkara yang kebanyakan orang buat setiap hari iaitu mendengar lagu dicemari oleh lirik yang tidak mengagungkan Allah dan membuat kita terlalai dari tujuan hidup kita yang sebenar.
Tetapi ada juga yang suka mendengar lagu mengikut rentak dan irama.Walaupun lirik lagu itu pelik,tetapi kita juga suka mendengarkanya kerana best.Maka di sini kiter perlu mencari hiburan alternatif.
Tetapi perubahan drastik bukannya mudah.Bukan senang hendak berubah planet bak kata Ustaz Akil Hayy.Bukan senang untuk meninggalkan perkara yang sangat kita suka.Maka berubahlah kepada lagu yang memberi manafaat kepada kita.Jom Ubah...
Biarlah sedikit tapi berpanjangan,bukannya banyak tetapi terhenti ditengah jalan.
Ini sekadar pendapat peribadi tapi fikirkanlah....
Semoga bermanafaat.
So saya mengpost satu lagu yang sangat menarik.Di dendangkan oleh Nazrey Johani:
Harapan Padami Subur Kembali - Nazrey Johani
Wahai Tuhan ku Yang Esa
Bila kenangkan Qahar-Mu
Rasa gerun di hatiku
Kerana takutkan seksa-Mu
Hamba-Mu rasa berputus asa
Siapakah dapat bersihkan diri
Dari segala dosa yang memburu
Setiap hari setiap ketika
Tika mengenang Ghafar-Mu
Putus asa tiada lagi
Semangatku pulih semula
Harapanku subur kembali
Ujian menimpa menekan di jiwa
Tak sanggup meneruskan perjuanganku
Mehnah-Mu itu penghapus dosaku
Mengganti hukuman-Mu di akhirat
Di waktu mengenang rahma-tMu
Terasa diri kurang bersyukur
Pada-Mu harusku memohon
Moga syukurku bertambah
Alangkah susahnya
Mendidik nafsuku
Yang tidak mengenal kebenaran-Mu
Ya Allah Tuhanku
Bantulah hamba-Mu
Dalam mendidik jiwaku ini
Wahai Tuhan ku Yang Esa
Bila kenangkan Qahar-Mu
Rasa gerun di hatiku
Kerana takutkan seksa-Mu
Bila kenangkan Qahar-Mu
Rasa gerun di hatiku
Kerana takutkan seksa-Mu
Hamba-Mu rasa berputus asa
Siapakah dapat bersihkan diri
Dari segala dosa yang memburu
Setiap hari setiap ketika
Tika mengenang Ghafar-Mu
Putus asa tiada lagi
Semangatku pulih semula
Harapanku subur kembali
Ujian menimpa menekan di jiwa
Tak sanggup meneruskan perjuanganku
Mehnah-Mu itu penghapus dosaku
Mengganti hukuman-Mu di akhirat
Di waktu mengenang rahma-tMu
Terasa diri kurang bersyukur
Pada-Mu harusku memohon
Moga syukurku bertambah
Alangkah susahnya
Mendidik nafsuku
Yang tidak mengenal kebenaran-Mu
Ya Allah Tuhanku
Bantulah hamba-Mu
Dalam mendidik jiwaku ini
Wahai Tuhan ku Yang Esa
Bila kenangkan Qahar-Mu
Rasa gerun di hatiku
Kerana takutkan seksa-Mu
0 comments:
Post a Comment