2:152

|
Salam

فَٱذۡكُرُونِىٓ أَذۡكُرۡكُمۡ وَٱشۡڪُرُواْ لِى وَلَا تَكۡفُرُونِ (١٥٢
Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu). Al-Baqarah(152)

Terima Kasih

|
Salam.

Terima kasih pada Allah,tuan punya dunia ini yang memberikan kekuatan untuk menempuhi minggu crucial ini

Terima kasih pada abang lab yang sangat macho membantu aku dengan Milo dalam menyelesaikan masalah kira-kira,yang kalo buat sorang sorang buleh memeningkan diri sendiri.( x pening mana pon)

Terima kasih pada Milo yang buat experiment sorang sorang ketika aku melarikan diri ke University of Warwick untuk bersolat jumaat daripada University of Gibbet Hill.

Terima Kasih kepada Kak Farah yang sempat mengetag saya.

Layan jer lah

1.Link to the person that tagged you.
2.Post the rules in your blog.
3.Share 6 important things/habits/quirks about yourself.
4.Tag 6 random people at the end of your post by linking to their blogs.
5.Let each person know they have been tagged by leaving a comment on their website.
6.Reply to me when you’re finish.

answers:

1.Kalo baca buku,tengok movie ker atau dengar lagu yang baru,saya akan bukak dari part tengah2.Contoh:Kalo buku Brock,Biology of Microorganism,saya bukak bab yang ada banyak gambar dulu.Kalau movie,tengok dari tengah2 dulu.Kalau lagu,bukak part corus.

2.Mempunyai koleksi unread message yang banyak.Daripada form 4(2004),sebanyak 6024 e-mel disimpan dan 2235 daripada e mel tersebut tidak pernah dibuka dan di mark as unread.Mempunyai lebih dari 2000 SMS di simpan di dalam Nokia 6600 saya yang tidak pernah dibuang kecuali SMS hotlink dan SMS iklan.Dismpan sejak July 2006-September 2009.(Nampak sangat saya masih single.Kalau tidak berjuta SMS akan disimpan)

3.Oleh kerana tiada adik.Saya menanggap semua Kucing2 di rumah sebagai kawan baik atau adik sendiri.Semua kucing kat rumah mmg sangat kenal dengan saya.

4.Die hard fan dengan Kain Pelikat.Kain pelikat adalah pakaian rasmi saya.

5.Kasut yang paling lama tahan dengan saya adalah 6 bulan.Contohnya,kasut yang baru di beli oktober lepas,sudah bocor dibahagian jari dan terpaksa digantikan dengan kasut baru.

6.Berminat dengan Sejarah dan Politik antarabangsa.Patut hari itu ambil course Political Studies ataupun History...haha

Orang yang kena tag:

1.
2.
3.
4.
5.
6.

Sape yang gatal tangan nak buat silakan....

Bola Kertas...

|

Salam.

Hayyo(bak kata hazim)...
Kira-kira jam 11 malam,aku baru nak dinner,dalam kepala otak,roti pita,baked bean dengan sosej dua ketul ok untuk malam ini.Baru jer aku nak panggang sosej aku tu,aku membuka pintu dan terkejut dapur diubah menjadi gelanggang bola kertas...

Aku dijemput untuk masuk team budak perempuan(girls club tocil 21)yang nak kalah,nak lari x buleh...Maddy,Amreet dengan Serena dah merayu rayu....
ikutkan hati,x nak jer ak layan budak2 nie,tapi aperkan daya aku x mampu....
jiwa di dalam meronta ronta dan perut aku menyanyi menyanyi lagu keroncong.
main jer lah....
lawan dengan tiga budak lelaki flat aku,Duncan,Francis dengan Rahul...

layan jerlah....sekali group aku menang,sekali group budak lelaki menang...

huaaa.....baru nak stat dinner.Tengok jam pukul berapa.....12am....
terasa kebudak budakan malam ini.

Luahan hati seorang perantau

|
Salam,

Hampir 4 bulan aku berada di UK.Tiba - tiba terasa rindu pula pada kampung halaman apabila mengenangkan Abang Aidil dan Kak Angah yang lama berkelana di bumi UK dan Eire hampir 2 tahun pulang ke kampung halaman selama 2 minggu menjenguk Abah dan Mak,sanak saudara dan kampung halaman

Aku baru jer 4 bulan dah nak balik.Terasa lama pulak berada di UK ini.Agaknya dengan bebanan kerja yang menimbun -nimbun membuatkan aku terasa sibuk sekali di sini.Tak mengapalah,mungkin sebagai pejuang dan perantau di bumi asing.Mungkin ini ujian?

Aku tersedar dari lamunan aku...Lab report ada separuh lagi....siapkan.Menggatal betul tangan mengupdate blog....hehe

Perantau musafir perjuangan
Tabahkanlah hatimu
Berjuang di rantau orang
Sedih pilu hanya engaku yang tahu

Ingatlah anak dan isteri
(part ini sila tukar kepada Ibubapa yer)
Janganlah menghriris hatimu
Kerinduan desan nan permai
Janganlah melemahkan semangat juangmu

Di waktu ujian badai terus melanda
engkau tetap gigih berjuang
membenarkan sabda junjungan
Terus memburu menuntut janji
Pastilah Islam gemilang lagi

Tapi pejuang kembara perjuangan
Ujian bukan batu penghalang
Kerana itulah syarat dalam berjuang

Oh pejuang
Di manapun ada ketenangan
Di manapun ada kebahagiaan
Bila insan kenal pada Tuhan
Kasih sayhang dan pembelaan-Nya
bagi insan yang menyerahkan
Jiwa dan raga, anak dan isteri
Kepada Allah

Phagocytes

|
Salam.

Mari jadi macam phagocytes...kita makan buku dengan lecture notes nie kasi kenyang.
Beras pulak dah habis...
dinner malam nie makan kertas lecture immunology dengan epidemiology buat sup..
okay

Ya Allah.
berilah kekuatan dan kesabaran
untuk test pada petang ini

27 January 2009
3-4pm:AID test
Gud luck...(Milo,Najib,Naz,Fiyyah,Helwa)

Sedikit Crucial

|
Salam.
رَبِّنَا لَمَّا جَآءَتۡنَا‌ۚ رَبَّنَآ أَفۡرِغۡ عَلَيۡنَا صَبۡرً۬ا وَتَوَفَّنَا مُسۡلِمِينَ
Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami dan matikanlah kami dalam keadaan Islam (berserah bulat-bulat kepadaMu)
Minggu ini sibuk.

2 test
1 lab report
1 essay 1000 word(baru dapat pagi tadi)
1 lab preparation

Macam nak bercuti menulis blog.

Tetapi kalo nak cari punching bag,boleh lepaskan kat blog nie.

Ayuh berusaha!!!

Cahaya Hati

|
Salam

test agak dekat.tapi apesalah ak tak bersungguh sangat.....hayyio...
immunology baru baca sampai 33%....lab report baru 5%...tutorial 96%dan epidemilogy 0%..
Jom berusaha dengan lebih keras
kurang tido,kurang main internet dan kurang berpoya2...
lebih study.....


Cahaya Hati
Album : Cahaya Hati
Munsyid : Opick
http://liriknasyid.com


Allah Engkau Dekat
Penuh Kasih Sayang
Takkan Pernah Engkau Biarkan
HambaMU Menangis

Karna KemurahanMU
Karena Kasih SayangMu

Hanya Bila DiriMu
Ingin Nyatakan Cinta
Pada Jiwa-jiwa
Yang Rela Dia Kekasihmu

Kau yang Selalu Terjaga
yang Memberi segala

Allah Rahman, Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qalbi
Allah Rahman, Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qalbi

Disetiap Nafas Disegala Waktu
Semua Bersujud Memuji Memuja AsmaMu

Kau yang selalu Terjaga
Yang Memberi Segala...

Allah Rahman, Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qalbi
Allah Rahman, Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qalbi

Setiap Makhluk Bergantung PadaMu
dan Bersujud Semesta UntukMu
Setiap Wajah Mendamba CintaMu Cahyamu

Allah Rahman, Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qalbi
Allah Rahman, Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qalbi

Ya Allah Ya Rahman Ya Allah 3x

Selamat Hari Jadi Uda

|
Salam.

Selamat hari jadi kepada Kak Uda yang ke 25.

Semoga dipanjangkan umur daN di murahkan rezeki.

Hagfish

|
Salam.

Badanya buleh menghasikan slime yang banyak...
20 liter slime buleh dihasilkan dalam masa seminit...
Maha Suci Allah...Ciptaan Allah.

Nak baca selanjutnya

Klik sini

Lihat video ini,slime yang dihasilkan...
Terima Kasih Dr Moffat.


Minggu depan minggu double

|
Salam.

Minggu depan...

Ader 2 test
1 hari selasa=Agents of infection dieseases
Immunology dengan Epidemiology

1 hari jumaat =Metabolism
M3 and M4

test lagi...

inilah dikatakan assessment yang berterusan.

Marilah kita sama2 menuju kejayaan.


Muhasabah Cinta

|
Salam.

Semalam banyak cabaran yang aku lalui...membuatkan aku termenung seketika.Ujian fizikal ternyata tidak setanding dengan ujian emosi...

Ya Allah dengan ujian yang sekecil ini aku merasakan terlalu lemah,
belum lagi ujian yang besar lagi berat.

Hari ini lagu ini asyik diulang2 sejak petang tadi,dari aku memasak sehinggalah waktu aku buat lab report.Cuba hayati lirik tersebut.


Muhasabah Cinta
Album :
Munsyid : EdCoustic
http://liriknasyid.com


Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

Kifarah Dosa

|
Salam.


Ya Allah,andai ujian ini menjadi kifarah dosaku,
Aku redha kepadamu Ya Allah.

Ya Allah,andai ujian ini menguji keimananku
Aku redha kepadamu Ya Allah.

Ya Allah,andai ujian ini rahmatmu.
Aku redha kepadamu Ya Allah.

Berilah aku kekuatan dan kuatkanlah keimanan kepadaMu
Hanya kepadaMu aku berserah dan hanya kepadaMu aku memohon pertolongan.

p.s=Sabar,sabar,dan sabar.

Salamun Salam

|
Salam

Lagu menarik yang keluar pada Maulidurasul tahun lepas.
Marilah sama kita berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W


Salamun Salam
Album : Salamun Salam
Munsyid : Inteam,Fareast,Akhil Hayy,Nazrey Johari
http://liriknasyid.com


Salamun salamun kamiskil hitam,
Alal Anbiya'il Izamil Kiram,
Salamun salamun kamiskil hitam,
Alal Anbiya'il Izamil Kiram,

Selawat dan salam doa dan pujian
Keatas junjungan Nabi yang Mulia,
Selawat dan salam doa dan pujian
Keatas junjungan Nabi yang Mulia,
Keatas junjungan Nabi yang Mulia.

Engkau Matahari dikala siang,
Engkau Rembulan di waktu malam
Seisi dunia menatang cahaya,
Seluruh buana meyambut gembira,
Penyelamat ummat hidup sejahtera.

Ulang Rangkap 1 2X
You are the Sunshine brigthens the Day,
You are the Moonlight guiding our way,
You with the light to the entire worid,
You with the light to the entire worid,
Peace Be Upon You Massenger of Allah,
Peace Be Upon You Massenger of Allah.

Ulang rangkap 1 2X

Sakantum fu'adi waRabbil ibad,
Wa antumara'i wa aqsal murad,
Fahal tusduni bisaf wil widad,
Fahal tusduni bisa wil widad,
Wahal tamnahuni syarifal maqam,
Wahal tamnahuni syarifal maqam.

Salamun salamu kamiskil hitam,
Alal Anbiya'il Izamil Kiram,
Selawat dan salam doa dan pujian
Keatas junjungan Nabi yang Mulia,
Alal Anbiya'il Izamil Kiram,
You Rasullulah The Messenger of Allah.

Harapkan peti sejuk,Mat saleh minum susu aku...

|

Salam.
Costcutter University of Warwick

Susu mmg sedap jika dibancuh dengan serbuk milkshake.Lebih lagi waktu sarapan.Segelas mlikshake mampu membekal tenaga maxima untuk ak memanjat bukit dua kali sehari(Gibbet hill)

Semalam,ak baru membuka susu satu liter lebih yang di beli dari Costcutter universiti.Oleh kerana cuaca semalam agak panas(7 degree)ak x lah berani nak letak tepi tingkap,yang menjadi peti sejuk(tingkap) ak selama ini.Tulis nama kat botol,pas tu pergi dapur,isi kat dalam peti sejuk yang betul.

Balik jer dari Coventry semalam,ak nak pekna segelas mlikshake,aper yang mengejutkan,sebotol susu aku hanya tinggal botol.Susu nya mana???Huwaaa...dah baru bukak,stok seminggu pulak tuh..

Ya Allah,saper lah yang minum susu aku...???Rase nak gigit jer sorang sorang kat suma budak dalam flat nie.

Kena ak beli sebotol lagi...serik letak kat dapur...

Pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu (P36)

|
Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh
Jumlah Undi: 30,252
Mohd Abdul Wahid Endut
Jumlah Undi: 32,883
Azharudin Mamat
Jumlah Undi: 193
Info:
Majoriti:2,631
Undi Rosak:665
Pemilih berdaftar:80,229
Keluar Mengundi:63,993
% Keluar Mengundi:79.9%

FAKTA: P36 Kuala Terengganu
  • 80,229 pengundi - 88% Melayu, 11% Cina, 0.7% India, 0.3% lain-lain
  • 4 Dewan Undangan Negeri (DUN):
    • Wakaf Mempelam (Pas) 20,629 pengundi
    • Bandar (BN-MCA) 18,833 pengundi
    • Ladang (Pas) 16,780 pengundi
    • Batu Buruk (Pas) 23,987 pengundi
  • Keputusan Pilihan Raya Umum ke-12:
    • 1. Datuk Razali Ismail (BN-Umno) 32,562 undi
    • 2. Mohamad Sabu (Pas) - 31,934
    • 3. Maimum Yusof (Bebas) - 685 Majoriti - 628
    • Peratusan mengundi - 82.45%
    • Undi rosak - 931
    • Jumlah keluar mengundi - 66,231
Sumber:http://www.bharian.com.my/klikkhas/kterengganu

We Will Never Submit

|
Salam,

Ader test hari ini.Doakan aku berjaya,Sahabat2.

Hayati lagu dari Sami Yusuf




Lan nakhdha’
Lan narhal
Lan naskut
Lan nansa
We will never submit
We will never leave
We will never be silenced
We will never forget

Menyibukan Diri

|

Salam.
Sekadar gambar hiasan
Demonstrasi Free Palastine jalanan di Coventry,
Tapi sape yang ambik gambar?

16 January 2009
Hari Duo

Satu:

Test Physiology & Metabolism
(Enzymes degan sedikt Metabolism muke surat yang depan2 (Bioenergetics))
MCQ 30 Soalan
Jumaat Jam 9.00 pagi

Dua

Lab:Properties of enzymes and kinetics of enzyme action
Ade quiz sebelum lab bermula
Jam 11.00 sehingga 5.00 petang(Lagi cepat siap cepat boleh balik awal)

Ayuh...Gagahkan diri.

Az-Zariyats

|


Salam.
Az-Zariyats(angin yang menderu),satu kumpulan nasyid MRSM Jasin yang mempunyai banyak generasi bagi setiap batch.Ak batch ke lima yang bertindak selaku Harmony second voice.
Kumpulan in diasaskan oleh saudara Jenal yang mencipta kebanyakan lagu dan menulis lirik lagu yang dinyayikan oleh kami sendiri.

Saya duduk memakai baju kaler kuning(muka lain mase tu)
Bersama senior yang datang dari pelbagai generasi
Kehadiran kami setiasa dituggu tunggu oleh kebanyakan penghuni maktab di dalam pelbagai majlis rasmi maktab.Boleh dikatakan,memang tidak lengkap satu acara di maktab tanpa kehadiran suara kami di dalam Dewan Bendahara yang berbentuk Heksagonal itu.Berdiri di atas pentas sambil menyanyi dihadapan hampir satu ribu pelajar bukan satu perkara yang mudah.Namun itu menjadi rencah harian bagi sebuah kumpulan nasyid.
Vokalis campuran generasi kumpulan az-zariyats bersama pengasas kumpulan Jenal.
Saya dibelakang budak yang berkain pelikat

Aku pernah mewakili maktab dalam dua acara nasyid,satu di dalam pertandingan Nasyid peringkat Jasin,dan mewakili maktab dalam Nadwah Islamiyah peringkat Kebangsaan di MRSM Kuantan dengan kolabarsi dengan pemain perkusi dari kumpulan nasyid wanita maktab Suraya ad-dausi.
Sebagai harmony semasa Nadwah Islamiyah Peringkat Kebangsaan 2005 di MRSM Kuantan
Memasuki ke peringkat akhir bagi Nadawah Islamiyah tersebut.
Bersama Jenal dan Bapa Homeroom,Ustaz Acap.

Merindukan team yang selalu kita berjamming bersama di Music Room:
Perkusi;Kamil,Idan,Alip om.
Bass:Syahir,Acap,Safwan.
Harmony:Hilmi,Razi,dan Po
Backup solo:Mokhsin,Muhsin,Alif.
Solo:Haleem,Along BWP dan Uzair.
Saper ak tak ingat,janganlah marah...


Salah satu yang sangat dingati oleh kebanyakan Pelajar MRSM Jasin.Masih ingatkah kalian dengan terhadap peluru berdarah?Untuk mengenang nasib Umat Islam di Gaza sekarang ini.Bait lirik lagu dan muzik masih tersemat kukuh di dalam hati ini.

:::::Peluru Berdarah:::::

Dentuman di angkasa

Angin melintang hala

Dunia rabak sengsara

Zikir terbit di dada

Senapang tingkah meriam

Darah tidak tertatang

Denai saraf penuh tenggelam

Ayuh abang berjuang!

Peluru berdarah Mengejar nyawa

Darah hilang di urat

Pucat tanah kuburan….ohhh~~~

……..Termakan racun tidak mati

Imam di masjid berdoa

Tuhan berilah jalan

Umat makin sengsara

Wahyu tak kesampaian

Bilal meraung di kubah

Azan sayup terdengar

Masa berganti darah

Sengsara dahaga lapar!

……Termakan racun tidak mati


nukilan memori silam:

Muhammad Hafizuddin Kamarudin

Biological Sciences,

University of Warwick

United Kingdom


Hujan tapi Bersinar.

|
Salam

Hari hujan melanda kawasan coventry.Daripada subuh hinggalah sekarang ini.Tapi rasa seronok pulak hari ini,sbb essay tentang citric acid cycle Dr Ferggio dah siap tanda.Tutor pon kasi kertas essay kepada aku.Dengan cuaknya ak membuka kertas untuk melihat markah.

Hasilnya,dapat FIRST CLASS...tapi lower first class(jadilah)hehe.Alhamdullilah,Rasa gembira yang teramat.Rasa nak bergulling turun dari Gibbet Hill turun ke main campus.....seronok sebab hasil usaha selama ini membuahkan hasil...

So keep the energy...Ader lab report kena hantar hari rabu dengan test pada hari Jumaat.

Mari kita berkenalan dengan si penceroboh

|
Salam.

Sudah 2 minggu Israel menceroboh dan menghentam bumi Gaza.Semua orang kenal dengan Israel.Mari kita kenal dengan si penceroboh dengan lebih lanjut.
Saya x tulis,korang boleh baca,korang baca lah sendiri.

Klik sini

Ini adalah lagu kebangsaan Israel

Hatikvah atau dalam bahasa inggerisnya The Hope,lihat lirik ini betul2 dan itulah matlamat mereka.


Hebrew Transliteration English translation
כֹּל עוֹד בַּלֵּבָב פְּנִימָה Kol ‘od balleivav penimah As long as in the heart, within,
נֶפֶשׁ יְהוּדִי הוֹמִיָּה, Nefesh yehudi homiyah, A Jewish soul still yearns,
וּלְפַאֲתֵי מִזְרָח, קָדִימָה, Ul(e)fa’atei mizrach kadimah, And onward, towards the ends of the east,
עַיִן לְצִיּוֹן צוֹפִיָּה; ‘Ayin letziyon tzofiyah; An eye still gazes toward Zion;
עוֹד לֹא אָבְדָה תִּקְוָתֵנוּ, ‘Od lo avdah tikvateinu, Our hope is not yet lost,
הַתִּקְוָה בַּת שְׁנוֹת אַלְפַּיִם, Hatikvah bat shnot alpayim, The hope of two thousand years,
לִהְיוֹת עַם חָפְשִׁי בְּאַרְצֵנוּ, Lihyot ‘am chofshi be’artzeinu, To be a free people in our land,
אֶרֶץ צִיּוֹן וִירוּשָׁלַיִם. Eretz-tziyon vy(e)rushalayim. The land of Zion and Jerusalem.
Ya Allah,
lindungilah Gaza dari malapetaka dan ancaman musuhnya.
Selamatkanlah Ya Allah,
Selamatkanlah Ya Allah,

Selamatkan Ya Allah.

Lagu dan Irama

|
Salam.

Setiap bulan,mesti ader lagu yang bakal saya postkan di dalam post blog saya.Mesti orang tertanya tanya,mengapa saya harus berbuat demikian.Saya memilih lagu yang saya rasakan membawa maksud yang baik dan membuat saya merenung seketika.

Dengan zaman yang serba modern ini,mendengar lagu amatlah mudah sekarang.Keluarnya i-Pod touch,i-pod nano,MP3 player,MP4,handphone yang canggih mangih dan pelbagai lagi.Hari-hari,kita ditemani oleh lagu,sewaktu kita berjalan ke dewan kuliyyah,tunggu bas,study,membasuh baju,memasak,dan pelbagai lagi.

Dan dunia hari ini di sajikan dengan pelbagai hiburan,tapi berapa ramaikah yang memikirkan hiburan yang betul betul dapat membentuk jiwa mereka,mengisi kekosongan di dalam hati mereka atau sebagai doa bagi kita.

Hari ini kita sering disajikan dengan hiburan yang menjual cinta -cinta murahan,mengidolkan atau membandingkan kekasih dalam keadaan metafora,perbandingan melampau lampau membandingkan cinta sebagai cinta yang paling agung,mengambarkan kehidupan yang perlu di enjoy setiap masa pelbagai lagi.Bukan semua,tetapi sesetengah yang menjadi pujaan ramai ketika ini.

Tak naklah perkara yang kebanyakan orang buat setiap hari iaitu mendengar lagu dicemari oleh lirik yang tidak mengagungkan Allah dan membuat kita terlalai dari tujuan hidup kita yang sebenar.

Tetapi ada juga yang suka mendengar lagu mengikut rentak dan irama.Walaupun lirik lagu itu pelik,tetapi kita juga suka mendengarkanya kerana best.Maka di sini kiter perlu mencari hiburan alternatif.

Tetapi perubahan drastik bukannya mudah.Bukan senang hendak berubah planet bak kata Ustaz Akil Hayy.Bukan senang untuk meninggalkan perkara yang sangat kita suka.Maka berubahlah kepada lagu yang memberi manafaat kepada kita.Jom Ubah...

Biarlah sedikit tapi berpanjangan,bukannya banyak tetapi terhenti ditengah jalan.

Ini sekadar pendapat peribadi tapi fikirkanlah....

Semoga bermanafaat.

So saya mengpost satu lagu yang sangat menarik.Di dendangkan oleh Nazrey Johani:


Harapan Padami Subur Kembali - Nazrey Johani

Wahai Tuhan ku Yang Esa
Bila kenangkan Qahar-Mu
Rasa gerun di hatiku
Kerana takutkan seksa-Mu

Hamba-Mu rasa berputus asa
Siapakah dapat bersihkan diri
Dari segala dosa yang memburu
Setiap hari setiap ketika

Tika mengenang Ghafar-Mu
Putus asa tiada lagi
Semangatku pulih semula
Harapanku subur kembali

Ujian menimpa menekan di jiwa
Tak sanggup meneruskan perjuanganku
Mehnah-Mu itu penghapus dosaku
Mengganti hukuman-Mu di akhirat

Di waktu mengenang rahma-tMu
Terasa diri kurang bersyukur
Pada-Mu harusku memohon
Moga syukurku bertambah

Alangkah susahnya
Mendidik nafsuku
Yang tidak mengenal kebenaran-Mu
Ya Allah Tuhanku
Bantulah hamba-Mu
Dalam mendidik jiwaku ini

Wahai Tuhan ku Yang Esa
Bila kenangkan Qahar-Mu
Rasa gerun di hatiku
Kerana takutkan seksa-Mu

Sejuk@Cold

|
Salam,
semakin hari semakin sejuk.Camera handphone menjadi saksi kesejukan ini.


Siapakah itu

Tasik membeku.

Padang tenis yang diselaputi salji semalam.

Tasik membeku.

Salji sangatlah nipis

Ok,nak pergi kelas arab.....

Media bias about the Israeli - Palestine conflict

|
Salam

Media di barat di kawal oleh Yahudi


Doa Munajat

|
Salam.

Permulaan Sem dengan topik yang sangat best....semuga energy skarang ini berkekalan sampai ke third year!!!!!

Satu sem meninggalkan pergi,
Lapan sem menanti nanti,
Semakin cepat masa pergi,
Semakin dekat mendekati mati.
Cukupkah amal dibawa pergi,
Dengan dosa dipikul sekali.

Hayati Doa Munajat

Welcome to Diamond House cawangan Warwick

|
Salam,
Bukan rasist house.
Tapi ini adalah kenyataan.

Lima jejaka yang berasal dari house diamond di KYUEM yang kini belajar di University of Warwick,bersepakat untuk tinggal bersama dalam satu rumah tahun hadapan.Jadi ini adalah rumah Diamond house cawangan Warwick.

Semoga mendapat rahmat dari Allah swt

Siapakah mereka?
Lihat siapa yang dikotakan....

Life under bombardment

|
Salam

Lihat keadaan di Gaza Sekarang nie....

Qunut Nazilah

|
Salam

اللهمَّ إناَّ نجعَلُكَ فِى نُحُورِ أعدَاءِناَ وَ نَعُوذُ بِكَ مِن شُرُورِهِم اللهم بَدِّد شَملَهُم و فَرِّق جَمعَهُم وَ شَتِّت كَلِمَتَهُم وَزَلزِل أَقدَامَهُم وَ سَلِّط عَلَيهِم كَلباًَ مِن كِلاَبِكَ يا قَهاَّر يا جَباَّر يا مُنتَقِم يا الله يا الله يا الله

اللهم يا مُنزِلَ الكِتاَبِ ويا مُجرِيَ السَّحاَبِ ويا هاَزِمَ الأَحزَابِ إِهزِمهُم إِهزِمهُم إِهزِمهُم وَانصُرناَ عَلَيهِم

Ya Allah,

Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami,

Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka,

Ya Allah,

Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka,

Pecah-belahkanlah dan kacau-bilaukanlah persatuan mereka,

Goncangkan pendirian mereka,

Dan hantarkanlah anjing-anjing Kamu kepada mereka

Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa,

Wahai Tuhan Yang Maha Menghukum,

Wahai Tuhan Yang bersifat Murka,

Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah,

Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,

Wahai Tuhan yang mengarakkan awan,

Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab,

Kalahkan mereka,

Kalahkan mereka,

Kalahkan mereka,

Dan menangkan kami ke atas mereka.

Amin…!

Secawan lagi kopi

|

Salam.

Secawan lagi kopi,
menemani ak di dinihari,
dikala kesejukan mengamit tubuh,
jari jemari berlari - lari di atas papan kekunci,
mencari cari huruf huruf diatur rapi,
bagi menyiapkan tugasan
amanah universiti
amanah rakyat
amanah Allah.

Berusaha!!!!

PS:Berdoalah untuk Umat Islam Palestin.Saper yang stay up 2,buatlah Solat Hajat untuk saudara kiter di sana.

Untuk saudaraku

|
Salam.
Mereka tidak berhenti lagi........




Ya Allah,bantulah kami.

Bila kerja menimbun nimbun

|

Salam

Hari ini rasenye sangat kurang aktiviti luar.Menyiapkan tugasan yang menimbun nimbun ini tidak membenarkan aku membuat sedemikian.

Ya Allah,tabahkan hati hamba mu ini menyiapkan tugasan masa cuti ini.

Israel masih rakus menyerang Gaza,kenapa ramai membisu tanpa bicara???Manakah suara2 lantang sebagai pejuang keadilan???

Ya Allah,tabahkan hati mereka di Palastin.

Palestine

|

Salam,

Ya Allah,
Kami meminta kepadamu,
hanya kepada kami meminta,
dan hanya kepada kami berserah,

Protest yang batal kat university of Warwick,Duta besar Israel ke Uk dartang ker Warwick untuk persidangan aper tah....protest dibatalkan atas sebab sekuriti..ramai secret services mengawal Warwick,kiterorg nak pergi mesin ATM pon kena mintak University card.

So ader beberapa link yang dapat membantu....ini yang termampu.aper lagi???
Bangkitlah Umat Islam,Bersatu.


Muslim Hands
Islamic Relief