Dari sebiji choclairs.

|

Salam.

Masa ; 2.00am
Tempat: Meja study,bilik P30C,KYUEM Lembah Beringin, Selangor ,Malaysia

ak mengeluarkan sebiji choclairs dari laci meja belajar,untuk menghilangkan mengantuk.
Choclairs yang rapping nyer 2 kaler ungu,biru metallic(perisa blueberry) dan kuning keemasaan ku buang untuk mendaptkan isi nye .Sebiji gula2 yang mempunyai lapisan caramel keras lagi liat membalut isi cokelat cadbury perisa blueberry pasti menawan hati si pemakanya.

cokelat cadbury itu mula terhakis sedikit demi sedikit oleh kerana tidak balas amylase kt mulut ak yang luas lagi lebar itu.glucose yang disintesiskan itu ,akan digunakan dalam proses glycolysis , link reaction , dan terus ke kitaran kreb untuk menghasilkan ATP yang sangat -sangat diperlukan oleh badan yang comel lagi tembam untuk menggerakanya dan untuk mencerahkan matanya agar segar bugar untuk meneruskan study.

Itu merupakan sebahagian nikmat yang ade dalam kehidupan aku.tidak kah ape sedari apekah nikmat Allah sediakan bagi setiap manusia.Mengapakah manusia sering tidak bersyukur atas nikmat yang Allah berikan


فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَان
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Surah ar-Rahman , 23


ِMengapalah manusia tidak memikirkan apekah kejadian yang berlaku disekeliling kite sendiri.
Ape yang kite lakukan,ape yang kite lalui dan ape yang kiter lihat.

Perkara pekara yang simple yang kiter buat sebagai contoh,bayang kan kalau kite tidak boleh menunaikan "pelaburan".Ape itu pelaburan?

Alaa yang korang buat pagi -pagi itu.........mmm buat bila sakit perut,hasilnya ialah dalam bahasa inggeris tahap tinggi sikit(kalo masuk kn dalam esei ielts buleh dapat band 7) faeces.

bayangkan kalo tak buleh berlabur satu hari......
mesti payah giler hidup kiter....

maka bersyukur lah dengan rahmat Allah s.w.t yang di berikan

Get this widget | Track details | eSnips Social DNA


Erti Syukur
Album : Satu Tekad
Munsyid : Unic
http://liriknasyid.com


Lafazkan kalimah syukur
Lafazkan kalimah itu
Alhamdulillah...

Segalanya yang ku kecapi
Adalah milikMu Ilahi -Tuhan Maha Pemurah-
Tak kan terbalas walaupun sebesar zarah

Kenikmatan yang bertandang
Terkadang tidak dihiraukan - Lepas dari pandangan -
Dan bila hilang barulah dikesalkan

Adakalanya aku hanyut
Adakalanya aku lupa
Adakala aku leka
Ampunilah...
Kerana ku manusia
Lemah dan tidak berdaya di sisiMu
Seringkali terlupa nikmatMu
Datang tiada jemu
Bila terhimpit mulalah
Mencari dan menyebut namaMu
Barulah merasai makna sebenar erti syukur
Syukur atas rahmatMu

Adakala ku hanyut
Adakala ku lupa
Adakala ku leka dan adakala ku alpa
Kerana ku manusia
Lemah dan tak berdaya
Seringkali terlupa nikmat yang Kau kurnia
Ku bersyukur ya Tuhan
Segala pemberian
Walau luas lautan
Bukanlah perbandingan
Ku tingkat keimanan
Ku gilap ketaqwaan
Sebagai perlambangan
Terima kasih ku Tuhan

Onak duri kehidupan
Jatuh bangun sendirian
Ada hikmah yang tersimpan
Yang menguji iman

Bersyukurlah selalu
Sentiasalah redha dan menerima
Tiap ujian tiba bukan diminta
Sebaliknya Allah Maha Mengetahui

Kan ku bertasbih selalu
Bertahmid berzikir padaMu
Sebagai tanda ku nilai
RahmatMu Tuhan

Aku bersyukur Ya Allah
Segala pemberianMu pada ku
Seluas lautan pun bukanlah jadi ukurannya
Memang tiada bandingan
Segalanya yang ku kecapi
Adalah milikMu Ilahi -Tuhan Maha Permurah-
Bukan miliku pinjaman sementara
Syukur Alhamdulillah

Sesungguhnya solatku,
Amalku, hidupku, matiku
Kerna Allah yang satu
Kuserahkan segala harta jiwa dan raga
Sebagai tanda cinta
KepadaMu Yang Esa

0 comments: