22: Satu Angka

|



Salam

Tidak terbalas semua ucapan Selamat Hari Lahir serta doanya, baik di Facebook, Twitter, dan sebagainya. Nak reply pun tidak termampu, sangat - sangat ramai. Yang mampu dilakukan dengan ucapan Terima Kasih atas ucapan yang diberikan ikhlas dari hati ini.


Pesan buat diri:

Menaiki satu angka,
pelbagai rancangan telah dirangka,
untuk masa depan yang ceria,
untuk memastikan diri ini berjaya.

Namun tidak ku sedari,
begitu cepat masa ini berlari,
meninggalkan detik yang berlalu pergi,
berkali kali matahari meninggi
sang rembulan tua tidak menjadi

Yang pergi tetap pergi
yang tinggal mengisi kini
yang pasti tetap pasti
yang pasti bertemu Ilahi

Kini bertambah satu angka
Kadang membuat aku terlupa
Pada maha pencipta kita
Bergelumang dengan dunia kita

Kini yang pasti tidak ku nafi.
Masaku kini pasti
Semakin berkurang jarak perjalanan ini.
Yang pasti aku mendekati mati.

Selamat Hari Jadi
Selamat Mendekati Mati...

Meraikan Demokrasi!

|

Salam

Semasa saya membuat laporan makmal semalam, kira - kira jam 7.30 malam, saya dikejutkan dengan berita perletakan jawatan MP Gordon Brown dari jawatan Perdana Menteri Britain yang dipengangnya daripada tahun 2007.

Beliau merupakan salah satu Perdana Menteri yang bertanggungjawab dengan pelbagai isu yang melanda negara ini. Beberapa bulan setelah beliau memegang tampuk pemerintahan, Uk dikejutkan dengan serangan 7/7, penyakit tangan kaki dan mulut serta banjir yang berlaku di kepulauan UK. Namun beliau merupakan Perdana Menteri yang tabah dan berjaya membawa negara ini masih dalam keadaan stabil walaupun pelbagai dugaan yang melanda. Isu - isu beberapa masalah Menteri kanan beliau salah satu sebab rakyat menafikan kemenangan Labour Party pada GE kali ini.


Britain sudah menarik nafas baru, bagi memastikan negara ini 'survive' dalam masalah yang ekonomi yang melanda kepada mereka. Wajah baru - baru ini mendapat kepercayaan , walaupun mereka terpaksa bergabung untuk membuat pakatan. Conservative dengan teman barunya, Lib Dem membuat pakatan dengan bergabung ,bagi memastikan mereka boleh memerintah Britain buat penggal yang akan datang. David Cameron dan Nick Clegg bekas pelajar dari Oxford dan Cambridge , menggalas tugas yang berat bagi memastikan UK kembali kepada keaddan yang stabil. Mereka sanggup duduk bersama, berpakat dan berbincang untuk memastikan keaddan negara ini stabil.

Rakyat menggunakan kuasa yang ada untuk menggubah kerajaan memerintah.UK merupakan sebuah negara yang kerap mengubah kuasa dalam sejarah demokrasi.

Margaret Thatcher(Conservative) pernah merampas tampuk pemerintahan dari Labour pada tahun 1979
Tony Blair(Labour) merampas pemerintahan daripada Conservative pada 1997

UK juga pernah membuat kerajaan campuran atau coalition semasa Perang Dunia Kedua bagi memastikan UK survive dalam perperangan tersebut.

Perubahan kuasa semalam (11 May 2010) merupakan salah satu perubahan kuasa yang paling lancar,tersusun, aman dan dramatic. Yang tidak dapat majoriti (Mr Brown), diraikan seperti Wira dan turun secara terhormat, manakala yang menggantikan beliau terus melakuan perubahan seperti yang dijanjikan. Alangkah indahnya jika negara Islam yang wujud dengan demokrasi meraikan demokrasi sebegini!

Jika melihat kepada mana negara Islam yang mememgang prinsip demokrasi dalam negara mereka, demokrasi tidak diraikan, yang berkuasa tamak haloba, tidak mahu turun daripada kuasa bila tidak mendapat kuasa dari rakyat, merampas kuasa melalui kuasa tentera, menipu dan memanipulasi hak rakyat dan sebagainya. Alangkah terkutuknya perbuatan mereka itu.

Rakyat Britain telah memilih untuk melakukan perubahan serta memberikan kuasa kepada golongan yang mereka rasakan layak dengan cara meraikan demokrasi. Bagaimana dengan kita?

P.S ~Saya sangat terharu~

Courage

|
Suez,Egypt

Salam

Courage charms us, because it indicates that a man loves an idea better than all things in the world, that he is thinking neither of his bed, nor his dinner, nor his money, but will venture all to put in act the invisible thought of his mind.

Emerson

Righteousness

|
Muhammad Ali Mosque, Cairo
Salam


لَّيۡسَ ٱلۡبِرَّ أَن تُوَلُّواْ وُجُوهَكُمۡ قِبَلَ ٱلۡمَشۡرِقِ وَٱلۡمَغۡرِبِ وَلَـٰكِنَّ ٱلۡبِرَّ مَنۡ ءَامَنَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأَخِرِ وَٱلۡمَلَـٰٓٮِٕڪَةِ وَٱلۡكِتَـٰبِ وَٱلنَّبِيِّـۧنَ وَءَاتَى ٱلۡمَالَ عَلَىٰ حُبِّهِۦ ذَوِى ٱلۡقُرۡبَىٰ وَٱلۡيَتَـٰمَىٰ وَٱلۡمَسَـٰكِينَ وَٱبۡنَ ٱلسَّبِيلِ وَٱلسَّآٮِٕلِينَ وَفِى ٱلرِّقَابِ وَأَقَامَ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتَى ٱلزَّڪَوٰةَ وَٱلۡمُوفُونَ بِعَهۡدِهِمۡ إِذَا عَـٰهَدُواْ‌ۖ وَٱلصَّـٰبِرِينَ فِى ٱلۡبَأۡسَآءِ وَٱلضَّرَّآءِ وَحِينَ ٱلۡبَأۡسِ‌ۗ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ ٱلَّذِينَ صَدَقُواْ‌ۖ وَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡمُتَّقُونَ
Righteousness is not that you turn your faces toward the east or the west, but [true] righteousness is [in] one who believes in Allah , the Last Day, the angels, the Book, and the prophets and gives wealth, in spite of love for it, to relatives, orphans, the needy, the traveler, those who ask [for help], and for freeing slaves; [and who] establishes prayer and gives zakah; [those who] fulfill their promise when they promise; and [those who] are patient in poverty and hardship and during battle. Those are the ones who have been true, and it is those who are the righteous.

Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah dan hari akhirat dan segala malaikat dan segala Kitab dan sekalian Nabi dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang dia menyayanginya, kepada kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan dan kepada orang-orang yang meminta dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan dan dalam masa kesakitan dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil. (Orang-orang yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan) dan mereka itulah juga orang-orang yang bertakwa.

Al Baqarah 177

Study in Sunny

|
Al-Azhar Mosque,Egypt
Salam


A pessimist sees the difficulty in every opportunity; an optimist sees the opportunity in every difficulty

Winston Churchill

Think to Win?

|
Nick Clegg
Gordon Brown
David Cameron

Salam

Walaupun sudah agak lama,tetapi historical debate itu memang sangat bersejarah dalam demokrasi diseluruh dunia.Ini adalah perkataan - perkataan yang digunakan semasa mereka berdebat kali pertama di Manchester.

THINK???






Dreams and Diamonds

|

Salam

Our dreams are our precious diamonds; without them, we are endlessly poor. Let us perpetually dream to be overly wealthy!

Mehmet Ildan






First Time in My life

|
Tower Bridge, London

Salam

6 May 2010, pertama kali saya akan mengundi, bukan di Pilihanraya Umum di Malaysia, tetapi di Britain!

Tiada poster merata -rata,yang hanya ada adalah peperangan media dan kajian perangkaan populariti. Ternyata berbeza dari tanah air sendiri. Serangan peribadi bukanlah senjata sesebuah parti, tetapi lebih kepada bagaimana untuk mentadbir negara mengikut perspektif masing - masing.

Perdebatan melalui TV diperkenalkan kembali menambah kehangatan pilihanraya kali ini. Lebih progresif dan kreatif, lebih matang dan professional menambah kesegaran dalam Demokrasi.

Pengundian bermula esok, lepas kuliyyah 'evolution' mungkin pergi mengundi.Doakan kemenangan sesiapapun, yang membela nasib Islam dan mentadbir dengan adil dan saksama.

~Tiada Mood, baru pulih migraine~

Be mindful of Allah

|

Salam





On the authority of Abdullah bin Abbas, who said : One day I was behind the prophet and he said to me: "Young man, I shall teach you some words [of advice] : Be mindful of Allah, and Allah will protect you. Be mindful of Allah, and you will find Him in front of you. If you ask, ask of Allah; if you seek help, seek help of Allah. Know that if the Nation were to gather together to benefit you with anything, it would benefit you only with something that Allah had already prescribed for you, and that if they gather together to harm you with anything, they would harm you only with something Allah had already prescribed for you. The pens have been lifted and the pages have dried."

p narrated by Termithi, who said it is true and fine hadith

In a version other than that of Tirmithi it reads:

p "..Be mindful of Allah, you will find Him before you. Get to know Allah in prosperity and He will know you in adversity. Know that what has passed you by was not going to befall you; and that what has befallen you was not going to pass you by. And know that victory comes with patience, relief with affliction, and ease with hardship."

Harga sebuah pengalaman

|

Salam

Post panjang.

Bila membuka post - post blog terdahulu, membuatkan saya berfikir semula tentang diriku. Kadang - kadang tergelak.Kadang - kadang tersenyum kucing, dan kadang - kadang malu. Bagaimanakah pemikiran saya ketika itu.

Cuba lihat pada gambar - gambar kita dalam masa 4-5 tahun terdahulu. Itupun kadang - kadang kita dah malu nak tengok semula gambar itu. Pelik, hairan dan tak percaya. Adakah saya sebegitu ketika itu.

Benarlah...pemikiran itu berubah mengikut pengalaman dan pemikiran.

Saya teringat status Facebook Akmal yang berbunyi:

Tahukah anda, Hypo Hafizuddin tidak pernah menonton atau membaca Dragon Ball sepanjang kehidupan beliau? Dan pada hujung minggu ini, Kursus Pra-Perkahwinan: Warwick 2010 akan diadakan; anda semua dijemput hadir!


Memang sangat ramai yang meng"comment" status tersebut.Terkejut!(Jangan risau Akmal dan kawan -kawan,saya tidak ambil hati =)) Benar,saya tidak pandai untuk membaca komik atau manga. Adakah saya tidak terpengaruh dengan rakan - rakan sebaya yang menggilakan komik sedemikian?Semasa di MRSM Serting, rakan - rakan akan mengurumuni Dewan Selera jam 9.30 jika tidak silap saya dan ia ditayangkan setiap hari Sabtu dan Ahad di TV2 yang ditaja oleh Syarikat Apollo. Saya tidak berminat untuk menonton siaran tersebut, entah mengapa saya tidak pasti. Pengaruh rakan sudah cukup kuat tetapi mungkin pengaruh diri sendiri lebih kuat.

Hidup kanak -kanak saya penuh berwarna mungkin bagi saya.Kehidupan saya seperti orang lain pada awalnya dan berakhir agak berbeza dengan orang lain. Saya pernah hidup dengan senang dan mewah. Saya juga pernah hidup susah dan sukar. Ini semua dilalui pada zaman kanak - kanak saya yang penuh kenangan itu.

Saya bermula seperti kanak - kanak lain. Saya menonton cartoon di Cartoon Network sebelum ASTRO wujud di Malaysia,Scobby Doo, Centurion , Dr Dexter dan sebut apa lagi. Saya bermain Lego,kereta kawalan jauh serta kereta kecil jenama Matchbox dan Hot Wheels. Tetapi pada pertengahan 1997, ketika crisis kegawatan ekonomi berlaku di Malaysia ketika itu, kehidupan saya berubah 180 darjah daripada apa yang saya lalui sebelum itu.

Syarikat Kejuruteraan arwah abah saya terpaksa ditutup kerana ketiadaan tender menyebabkan beliau kerugian beratus ribu ringgit.Seingat saya, arwah bapa saya pergi temuduga di beberapa syarikat besar untuk mendapatkan perkerjaan...Perkerjaan diperoleh, gajinya lumayan, tetapi tempatnya, sangat jauh seperti di Bengkahulu dan Ambon. Arwah bapa saya bertanya kepada kami adik beradik, adakah kami sanggup berjauhan daripadanya. Dan memang jawapan kami sudah jelas tidak sanggup menyebabkan Arwah abah rela untuk melepaskan jawatan tersebut.

Kami terpaksa berpindah dari KL ke Melaka. Rumah di KL dijual dan kami berpindah di rumah pusaka tinggalan datuk. Arwah abah merancang untuk bertani secara komersial di sebidang tanah milik arwah datuk di belakang rumah. Kami membantu Arwah Abah untuk membangunkan kebun tersebut.Kehidupan saya berubah serta merta .Setiap waktu hujung minggu dan cuti sekolah saya akan ke kebun. Jika dahulu saya berkulit putih, selepas itu menjadi gelap kerana berhujan dan berpanas. Mengisi plastic polybag dengan tanah serta campuran tahi ayam kering kerja permulaan saya.Jika tidak, saya membantu kakak saya (yang Dr itu) untuk bertanyakan beliau soalan -soalan Geografi,Sains,Pendidikan Islam serta Sejarah, tatkala kakak saya sedang sibuk mengulangkaji perperiksaan PMR. Ketika kakak saya mengisi tanah kedalam bag, saya bertanyakan soalan kepada beliau untuk membantu beliau mengulangkaji.

Selain itu , saya membantu untuk membaja pokok - pokok cili, mencabut rumput, berlari lari dalam pancutan air 'sprinkler' untuk mencari mana - mana paip -paip yang tersumbat dan membetulkanya,memetik sayur -sayuran dan pelbagai lagi.Jika waktu petang selepas sekolah, kanak - kanak lain bermain bola di padang, saya membantu arwah abah di kebunya.Pada waktu malam,arwah abah akan mengajar grammar dan menyiapkan kerja sekolah.

Setiap hujung minggu, arwah abah akan membawa sayuran ke Pasar Jualan Terus anjuran Jabatan Pertanian Negeri Melaka dan Pasar Tani Kem Terendak.Pada petang sebelum hari jualan,sayur sayuran akan dikutip , dibasuh dan dibungkus sehingga tengah malam.Pada awal pagi, arwah abah akan mengejutkan saya untuk menemankan beliau untuk berjual.Saya dilatih untuk berniaga, bermulut manis bagi menarik hati pelanggan, membuka payung pasar tani dan pelbagai lagi.

Saya turut berjual sayur disekolah.Setiap hari saya akan mengambil 'order' dari cikgu -cikgu sekolah saya. Kemudian saya akan membawa sayur mayur yang dipesan pada keesokan hari.Saya memikul bag sekolah sambil tangan membawa plastik2 penuh dengan sayur sayuran kiri dan kanan tangan.Saya sangat faham erti duit,saya tidak akan membazir tidak tentu hala dengan tanpa sebarang alasan yang kukuh.Kerana saya mengerti, duit itu sukar diperoleh, dan prosesnya sangatlah panjang dan meletihkan.Mungkin itu menyebabkan saya tidak ada minat untuk membeli komik yang terkenal ketika itu.

Inilah zaman kanak - kanak saya penuh bermakna dan berwarna, banyak yang membentuk diri saya kini. Pengalaman itu sangat berharga dan saya sangat hargai.Arwah Abah seperti seorang sahabat baik dan juga seorang ayah menyebabkan saya tidak ramai rakan disekeliling rumah...

Mungkin saya seorang makhluk pelik yang tidak membaca 'Dragon Ball' tetapi saya membayar pengalaman itu dengan sebuah harga yang sangat mahal, dan saya tidak menyesal jika saya tidak mempunyai pengalaman seperti insan -insan sebaya saya ada.


P.S:Perkongsian pengalaman sahaja, dan saya tidak marah dengan status FB tersebut...chill semua