Salam
Post panjang.
Bila membuka post - post blog terdahulu, membuatkan saya berfikir semula tentang diriku. Kadang - kadang tergelak.Kadang - kadang tersenyum kucing, dan kadang - kadang malu. Bagaimanakah pemikiran saya ketika itu.
Cuba lihat pada gambar - gambar kita dalam masa 4-5 tahun terdahulu. Itupun kadang - kadang kita dah malu nak tengok semula gambar itu. Pelik, hairan dan tak percaya. Adakah saya sebegitu ketika itu.
Benarlah...pemikiran itu berubah mengikut pengalaman dan pemikiran.
Saya teringat status Facebook Akmal yang berbunyi:
Tahukah anda, Hypo Hafizuddin tidak pernah menonton atau membaca Dragon Ball sepanjang kehidupan beliau? Dan pada hujung minggu ini, Kursus Pra-Perkahwinan: Warwick 2010 akan diadakan; anda semua dijemput hadir!
Memang sangat ramai yang meng"comment" status tersebut.Terkejut!(Jangan risau Akmal dan kawan -kawan,saya tidak ambil hati =)) Benar,saya tidak pandai untuk membaca komik atau manga. Adakah saya tidak terpengaruh dengan rakan - rakan sebaya yang menggilakan komik sedemikian?Semasa di MRSM Serting, rakan - rakan akan mengurumuni Dewan Selera jam 9.30 jika tidak silap saya dan ia ditayangkan setiap hari Sabtu dan Ahad di TV2 yang ditaja oleh Syarikat Apollo. Saya tidak berminat untuk menonton siaran tersebut, entah mengapa saya tidak pasti. Pengaruh rakan sudah cukup kuat tetapi mungkin pengaruh diri sendiri lebih kuat.
Hidup kanak -kanak saya penuh berwarna mungkin bagi saya.Kehidupan saya seperti orang lain pada awalnya dan berakhir agak berbeza dengan orang lain. Saya pernah hidup dengan senang dan mewah. Saya juga pernah hidup susah dan sukar. Ini semua dilalui pada zaman kanak - kanak saya yang penuh kenangan itu.
Saya bermula seperti kanak - kanak lain. Saya menonton cartoon di Cartoon Network sebelum ASTRO wujud di Malaysia,Scobby Doo, Centurion , Dr Dexter dan sebut apa lagi. Saya bermain Lego,kereta kawalan jauh serta kereta kecil jenama Matchbox dan Hot Wheels. Tetapi pada pertengahan 1997, ketika crisis kegawatan ekonomi berlaku di Malaysia ketika itu, kehidupan saya berubah 180 darjah daripada apa yang saya lalui sebelum itu.
Syarikat Kejuruteraan arwah abah saya terpaksa ditutup kerana ketiadaan tender menyebabkan beliau kerugian beratus ribu ringgit.Seingat saya, arwah bapa saya pergi temuduga di beberapa syarikat besar untuk mendapatkan perkerjaan...Perkerjaan diperoleh, gajinya lumayan, tetapi tempatnya, sangat jauh seperti di Bengkahulu dan Ambon. Arwah bapa saya bertanya kepada kami adik beradik, adakah kami sanggup berjauhan daripadanya. Dan memang jawapan kami sudah jelas tidak sanggup menyebabkan Arwah abah rela untuk melepaskan jawatan tersebut.
Kami terpaksa berpindah dari KL ke Melaka. Rumah di KL dijual dan kami berpindah di rumah pusaka tinggalan datuk. Arwah abah merancang untuk bertani secara komersial di sebidang tanah milik arwah datuk di belakang rumah. Kami membantu Arwah Abah untuk membangunkan kebun tersebut.Kehidupan saya berubah serta merta .Setiap waktu hujung minggu dan cuti sekolah saya akan ke kebun. Jika dahulu saya berkulit putih, selepas itu menjadi gelap kerana berhujan dan berpanas. Mengisi plastic polybag dengan tanah serta campuran tahi ayam kering kerja permulaan saya.Jika tidak, saya membantu kakak saya (yang Dr itu) untuk bertanyakan beliau soalan -soalan Geografi,Sains,Pendidikan Islam serta Sejarah, tatkala kakak saya sedang sibuk mengulangkaji perperiksaan PMR. Ketika kakak saya mengisi tanah kedalam bag, saya bertanyakan soalan kepada beliau untuk membantu beliau mengulangkaji.
Selain itu , saya membantu untuk membaja pokok - pokok cili, mencabut rumput, berlari lari dalam pancutan air 'sprinkler' untuk mencari mana - mana paip -paip yang tersumbat dan membetulkanya,memetik sayur -sayuran dan pelbagai lagi.Jika waktu petang selepas sekolah, kanak - kanak lain bermain bola di padang, saya membantu arwah abah di kebunya.Pada waktu malam,arwah abah akan mengajar grammar dan menyiapkan kerja sekolah.
Setiap hujung minggu, arwah abah akan membawa sayuran ke Pasar Jualan Terus anjuran Jabatan Pertanian Negeri Melaka dan Pasar Tani Kem Terendak.Pada petang sebelum hari jualan,sayur sayuran akan dikutip , dibasuh dan dibungkus sehingga tengah malam.Pada awal pagi, arwah abah akan mengejutkan saya untuk menemankan beliau untuk berjual.Saya dilatih untuk berniaga, bermulut manis bagi menarik hati pelanggan, membuka payung pasar tani dan pelbagai lagi.
Saya turut berjual sayur disekolah.Setiap hari saya akan mengambil 'order' dari cikgu -cikgu sekolah saya. Kemudian saya akan membawa sayur mayur yang dipesan pada keesokan hari.Saya memikul bag sekolah sambil tangan membawa plastik2 penuh dengan sayur sayuran kiri dan kanan tangan.Saya sangat faham erti duit,saya tidak akan membazir tidak tentu hala dengan tanpa sebarang alasan yang kukuh.Kerana saya mengerti, duit itu sukar diperoleh, dan prosesnya sangatlah panjang dan meletihkan.Mungkin itu menyebabkan saya tidak ada minat untuk membeli komik yang terkenal ketika itu.
Inilah zaman kanak - kanak saya penuh bermakna dan berwarna, banyak yang membentuk diri saya kini. Pengalaman itu sangat berharga dan saya sangat hargai.Arwah Abah seperti seorang sahabat baik dan juga seorang ayah menyebabkan saya tidak ramai rakan disekeliling rumah...
Mungkin saya seorang makhluk pelik yang tidak membaca 'Dragon Ball' tetapi saya membayar pengalaman itu dengan sebuah harga yang sangat mahal, dan saya tidak menyesal jika saya tidak mempunyai pengalaman seperti insan -insan sebaya saya ada.
P.S:Perkongsian pengalaman sahaja, dan saya tidak marah dengan status FB tersebut...chill semua
3 comments:
=)
bagus po..teruskan enrty sebegini..orang2 cam ko n shazli kena cerita benda berharga y org lain xde..tapi shazli mat giler komik..hehe
salam Po
masa aik2 Tesl hantar ak balik kt train St td,diorg buka cite ni..so,ak balik Notts dan baca entry ko ni (semangat tak?) =)
pertama,ak minta maaf sangat2 kalau2 masa ko "hilang" ketika kita sume duk sibuk buat SOP dulu,adalah sebab famili. maaf sebab kalo masa tu ak marah2(wpun ak x bgtau).. kalo ke"hilang'an ko pd masa tu adalah sebab ni,ak minta maaf sebab x jd partner yg supportive. maaf ye Po.
kedua, skrg baru faham, nape ko sgt2 pentingkan studi. bila ko ckp tak kan buat kursus kahwin kt warwick sbb musim exam dh nk bermula, ak agak kecewa n kata "po mmg pntgkan studi..susah la nk buat kursus kawin ni"..sebab tu ak minta akmal ckp ng ko. harap2 ko lembut hati..heheh..
ak harap,ko terus berusaha dan dapat bantu naikkan balik keluarga ko.
Ak minta maaf sgt2 kalo ade ko terasa hati ng ak selama uruskan SOP.
Selmat ye Po..
dan,selamat mencari "adik" >> teringat status twitter ko..heheh
Post a Comment