Al-Azhar University, Cairo
SalamHari - hari yang dilalui disibukan untuk mengulangkaji pelajaran kerana perperiksaan yang bakal menjelma tidak lama lagi. Melihatkan ada dikalangan di antara kita bakal pulang ke Malaysia dalam masa terdekat, ramai yang mula sibuk untuk membelikan barang dari UK untuk orang - orang yang tersayang, teutama sekali ibu dan bapa.
Namun begitu, saya tidak dapat merasakan keseronokan total bagi perkara itu lagi, mungkin setahun yang lepas hanya tinggal kenangan yang tidak dapat saya ulang kembali. Warna - warna semalam yang indah diwarnai semakin pudar dan pudar. Hari berganti hari ,bulan berganti bulan, memori silam telah dilupai dan hampir luput dari ingatan.
Tiada lagi senyuman indah, tiada lagi kucupan kasih seorang bapa, tiada lagi nasihat azimat buat diriku. Walaupun dunia kini berbeza, aku cuba mengirim setakat yang termampu. Semoga Allah bersama samaku.
~ Al Fatihah~
1 comments:
salam po..
kena kuat tau! jangan lupa kirimkan doa sebagai hadiah untuk arwah di alam sana! dunia bukan tempat penyatuan tetapi hanyalah tempat persinggahan sementara. semoga kita semua disatukan di syurga nanti. ameen.
cheers!
Post a Comment