Meraikan Demokrasi!

|

Salam

Semasa saya membuat laporan makmal semalam, kira - kira jam 7.30 malam, saya dikejutkan dengan berita perletakan jawatan MP Gordon Brown dari jawatan Perdana Menteri Britain yang dipengangnya daripada tahun 2007.

Beliau merupakan salah satu Perdana Menteri yang bertanggungjawab dengan pelbagai isu yang melanda negara ini. Beberapa bulan setelah beliau memegang tampuk pemerintahan, Uk dikejutkan dengan serangan 7/7, penyakit tangan kaki dan mulut serta banjir yang berlaku di kepulauan UK. Namun beliau merupakan Perdana Menteri yang tabah dan berjaya membawa negara ini masih dalam keadaan stabil walaupun pelbagai dugaan yang melanda. Isu - isu beberapa masalah Menteri kanan beliau salah satu sebab rakyat menafikan kemenangan Labour Party pada GE kali ini.


Britain sudah menarik nafas baru, bagi memastikan negara ini 'survive' dalam masalah yang ekonomi yang melanda kepada mereka. Wajah baru - baru ini mendapat kepercayaan , walaupun mereka terpaksa bergabung untuk membuat pakatan. Conservative dengan teman barunya, Lib Dem membuat pakatan dengan bergabung ,bagi memastikan mereka boleh memerintah Britain buat penggal yang akan datang. David Cameron dan Nick Clegg bekas pelajar dari Oxford dan Cambridge , menggalas tugas yang berat bagi memastikan UK kembali kepada keaddan yang stabil. Mereka sanggup duduk bersama, berpakat dan berbincang untuk memastikan keaddan negara ini stabil.

Rakyat menggunakan kuasa yang ada untuk menggubah kerajaan memerintah.UK merupakan sebuah negara yang kerap mengubah kuasa dalam sejarah demokrasi.

Margaret Thatcher(Conservative) pernah merampas tampuk pemerintahan dari Labour pada tahun 1979
Tony Blair(Labour) merampas pemerintahan daripada Conservative pada 1997

UK juga pernah membuat kerajaan campuran atau coalition semasa Perang Dunia Kedua bagi memastikan UK survive dalam perperangan tersebut.

Perubahan kuasa semalam (11 May 2010) merupakan salah satu perubahan kuasa yang paling lancar,tersusun, aman dan dramatic. Yang tidak dapat majoriti (Mr Brown), diraikan seperti Wira dan turun secara terhormat, manakala yang menggantikan beliau terus melakuan perubahan seperti yang dijanjikan. Alangkah indahnya jika negara Islam yang wujud dengan demokrasi meraikan demokrasi sebegini!

Jika melihat kepada mana negara Islam yang mememgang prinsip demokrasi dalam negara mereka, demokrasi tidak diraikan, yang berkuasa tamak haloba, tidak mahu turun daripada kuasa bila tidak mendapat kuasa dari rakyat, merampas kuasa melalui kuasa tentera, menipu dan memanipulasi hak rakyat dan sebagainya. Alangkah terkutuknya perbuatan mereka itu.

Rakyat Britain telah memilih untuk melakukan perubahan serta memberikan kuasa kepada golongan yang mereka rasakan layak dengan cara meraikan demokrasi. Bagaimana dengan kita?

P.S ~Saya sangat terharu~

0 comments: