Perjuanganku

|

Salam

Hari ini genap seminggu sebelum exam. Semua seperti mana yang dirancang walaupun ada yang tidak menepati 100%.Tetapi saya berpuas hati dengan diri saya.

Musim Perperiksaan satu musim yang sangat berat. Meletihkan,penuh dengan kejutan dan tangisan air mata. Makan tidak tentu hala. Kerisauan melanda - landa. Tetapi dengan perancangan dan disiplin yang kuat insyaAllah saya akan mencuba terbaik untuk diri saya.Setiap hari saya akan cuba mendisipinkan diri saya agar menepati apa yang dirancang.Kadang - kadang tergendala juga kerana saya seorang manusia biasa

Tekanan, saya perlu kawal dengan bijak. Hubungan dengan Allah perlu dipererat dan istiqamah.

Harus dingati, segala usaha dan tenaga yang dikeluarkan, jangan lupa pada Allah. Selalu kita melupainya. Setelah berusaha, semuanya perlu diserahkan kepada Allah, untuk menentu segalanya.

Masa untuk belajar hampir tamat.Kini tiba masa menghafal dan membuat soalan - soalan tahun lepas. Semoga Allah permudahkan.Make duaa !






0 comments: