Emirates Stadium,London
10.30 am 23 June 2010Hampir dua bulan sibuk dengan persiapan exam, tamatlah perperiksaan saya bagi tahun kedua. 13 Paper telah diambil dan diduduki, ada yang senang, ada yang sukar, ade boleh dijawab, ada yang boleh di'tembak', ada boleh dilayan dan pelbagai jenis paper lagi yang saya ambil.
Musim exam ini sangat - sangat bermakna dalam kehidupan kita, tanpa kita sedari. Mungkin cara perperiksaan di Warwick yang suka mengumpulkan semua mata pelajaran diakhir tahun akademik menambahkan lagi parah atau siksaan pada para pelajar. Tetapi ini lah pengajaran yang bermakna buat diri saya pada tahun ini.
13 Paper diambil
"Banyaknya subjek" aku mengeluh sendirian pada hujung April kita bermula untuk membuat ulangkaji pembelajaran. Bermacam - macam tajuk yang dicover dalam masa satu tahun. Antara subjek yang saya ambil, Subjek macam pelajar medic (Pharmacology,Molecular Endocrinology,Clinical Microbiology, Immunology, Neurobiology) subjek seperti pelajar biological science ( Molecular Biology,Cell Biology, Evolution,Plant Molecular Development) dan Subjek - subjek bacteria (Pathogen and environment,Metabolism and diversity, environmental health microbiology) Pelbagai aspek yang besar terpaksa digabungkan dalam masa ulangkaji. Kadang - kadang dalam masa satu hari, ada paper yang mengabbungkan pelbagai jenis subjek yang tidak berkaitan antara satu sama lain, memang sangat - sangat multitasking untuk menjawab soalan perperiksaan.
Support dari keluarga dan sahabat handai
Sepanjang perperiksaan, keluarga dan rakan -rakan yang banyak membantu. Panggilan telefon dari Angah dari Dublin mengganti kehilangan yang besar saya yang sukar dicari ganti. Panggilan rakan -rakan yang sekejap bertanya khabar sangat sangat saya hargai. Saya juga tidak terlepas untuk bertanya khabar rakan - rakan semasa perperiksaan. Jika kita perlukan rakan - rakan , mereka juga perlukan seperti kita perlukan mereka. Dengan membuat panggilan ataupun menghantar sms cukup bagi memastikan semua diantara kita rasa dihargai dan disayangi. Ini akan menaikan semangat semua dalam ulangkaji dan perperiksaan.
Tak lupa pada Hamizah dan Rashidah serta Akmal yang memasak ketika waktu kritikal kami mengambil perperiksaan.
Hubungan dengan Allah S.W.T
Sepanjang musim perperiksaan, saya terperasaan ramai mula menyedari bertapa pentingnya hubungan kita dengan pencipta kita. Status facebook, YM dan pelbagai lagi menzahirkan perasaan bertapa pentingnya Allah S.W.T dalam membantu kita untuk memudahkan dalam ulangkaji perperiksaan serta perperiksaan itu sendiri. Solat hajat dan pelbagai solat sunat lain didirikan bagi memperkukuhkan diri.Mula panjang berdoa selepas solat dan pelbagai ibadah lain yang dilakukan.Maka saya berharap kepada semua, jika bila kita rasa susah dan tertekan, kita akan mencari Allah dan jangan lupa bila habis perperiksaan untuk mengekalkan ibadah - ibadah yang kita lakukan semasa musim exam,jangan ingat nak enjoy sahaja=) Tak indahlah jika selepas exam, kita melupkan terus pada pencipta kita. Semoga musim exam menjadi salah satu turning point dalam memantapkan ibadah kita, dan diharapkan dapat diterusakn lagi ketika habis exam.
Solat vs Study?
Satu lagi yang saya terperassan kadang - kadang ketika kita dalam musim exam, yang ramai juga diantara kita menangguhkan waktu solat untuk study.Tidak manisnya jika kita melakukan perkara sedemikian.Perancangan masa study perlulah diisi dengan waktu rehat,dan selit -selitkanlah waktu solat dalam perancangan revision kita.Janganlah kerana saya tak habis baca satu bab, saya melewatkan solat saya selama 1 jam setengah...Study, study juga. Tetapi solatlah diawal waktu dan lebik cantik lagi jika berjemaah. Berjemaah dimana - mana sahaja, di prayer hall dan di rumah.
Mengisi kekosangan selepas perperiksaan.
Kelompangan dalam jadual kehidupan selapas perperiksaan haruslah dirancang dengan teliti dan kemas.Semoga ia mendatangkan manafat dan kebaikan dalam diri kita. Janganlah ada yang hendak maraton series atau drama Korea dalam masa satu hari 20 episod perlu ditonton.Bukan tidak boleh, tetapi berpada pada =) Isikan masa dengan perkara yang mendatangkan kebaikan seperti menziarah rakan -rakan, membaca buku berfaedah dan sebagainya.
Hidup satu perperiksaan
Analogi yang menarik saya dapat semasa musim exam ini adalah 'Hidup satu perperiksaan'. Saya menganalogikan kehidupan di dunia ini merupakan salah satu perperiksaan, ada pelbagai soalan yang perlu dijawab dengan teratur dan teliti dalam jangka masa yang ditetapkan. Maka di dalam dewan perperiksaanlah kita akan menjawab semua soalan dengan baik dan teliti bagi memastikan kita lulus dengan cemerlang. Begitulah kehidupan yang kita lalui sekarang ini,maka sentiasa memastikan kita hidup berlandaskan pada perkara yang betul dan baik sebelum kita dijemput untuk bertemu dengan Allah S.W.T, Mati itu sangat pasti. Isilah kehidupan dengan membawa manafaat pada diri sendiri dan dalam masa yang sama pada masyarkat yang semakin lama semakin tersasar jauh daripada landasan kehiduapn yang diredhai Allah.Lakukan sesuatu yang membawa manfaat kepada semua manusia agar kita mendapat rahmat dan kasih sayang Allah.
Tawwakal selepas exam
Saya pasti, semua diantara kita telah berusaha hingga sampai ke limit yang semaksima. Maka tibalah masanya kita patut bertawwakal pada Allah S.W.T. Berdoa setiap kali solat untuk beharap agar keputusan perperiksaan yang keluar itu terbaik buat diri kita. Jangan lupa untuk mendoaakan kejayaan rakan -rakan. Semoga Allah bersama sama kita
Waktu perperiksaan membawa makna pada kehidupan pada diri saya . Bagaimana pula dengan anda?
0 comments:
Post a Comment