Halal

|
Salam



Dah selamat sampai pun saya di Malaysia. Agak kepenatan, tambahan lagi dengan kekalahan England terhadap Germany.Jag lag pun masih ada lagi....

Malaysia, banyak makanan halal...ye betul...Tapi saya sangat terkejut dengan satu penemuan saya di Giant Kota Damansara petang tadi. Harian, makanan yang ada E120 dapat cop halal jakim? nak tahu apekah makan itu...crab stick yang banyak dijual dipasar malam dan digunakan di banyak restoran di Malaysia.

Ini sangat memalukan, dan adekah ini kesilapan ? Kebanayakan crab stick dimport dari Thailand.Dan saya sangat pasti crab stick ini turut di Import di UK. Di UK, memang kami tidak makan kerana ada pewarna E120, ingatkan dekat Malaysia halal sebab mereka guna perwarna merah warna lain, rupanya warna yang sama....

Perlukah kita report pada pihak yang sepatutnya? Perkara ini jangan dibuat main - main. Oh Malaysia Tanah Airku.

Colours Of Coventry and Warna Warna Warwick

|

Coventry

Salam

Post terakhir dari rumah 26
Kehidupan yang berwarna warni di Warwick dan Coventry membuat hati ini rasa sedih untuk meninggalkan buat seketika kehidupan di sini. Ukhuwwah yang terbina antara satu sama lain membuat saya merasakan saya berada dalam satu keluarga. Indahnya ukhuwah yang terbina membuatkan rasa kasih dan sayang pada semua ahli kommuniti.

Housemate seperti adik beradik,adik -adik di Liberty Park, Main Campus dan Earlsdon terasa sebagai adik sendiri.Penghuni 47 dan Akak - akak Redfern seperti abang dan kakak disini, ini membuatkan saya sangat rasa kerberadaan di dalam kommuniti.

Setiap hari di lalui penuh dengan warna dan makna. Saya berpuas hati dengan erti memberi kepada masyarakat dan terasa ingin memberi lagi. Walaupun tidak banyak, inilah yang saya termampu untuk berbakti pada kommuniti.Iluvwarwick menjadi salah satu cara saya mewarnakan kehidupan saya di sini
Warwick Fan Club yang di ketuai Rashidah dan dibantu oleh Azri mengindahkan lagi warna -warna disini

Tidak sabar rasanya untuk pulang tahun akademik yang akan datang. Tidak sabar untuk mencorakan Warna- warna Warwick dan Colours of Coventry!!!

Life is Examination

|
Salam



Emirates Stadium,London
10.30 am 23 June 2010

Hampir dua bulan sibuk dengan persiapan exam, tamatlah perperiksaan saya bagi tahun kedua. 13 Paper telah diambil dan diduduki, ada yang senang, ada yang sukar, ade boleh dijawab, ada yang boleh di'tembak', ada boleh dilayan dan pelbagai jenis paper lagi yang saya ambil.

Musim exam ini sangat - sangat bermakna dalam kehidupan kita, tanpa kita sedari. Mungkin cara perperiksaan di Warwick yang suka mengumpulkan semua mata pelajaran diakhir tahun akademik menambahkan lagi parah atau siksaan pada para pelajar. Tetapi ini lah pengajaran yang bermakna buat diri saya pada tahun ini.

13 Paper diambil

"Banyaknya subjek" aku mengeluh sendirian pada hujung April kita bermula untuk membuat ulangkaji pembelajaran. Bermacam - macam tajuk yang dicover dalam masa satu tahun. Antara subjek yang saya ambil, Subjek macam pelajar medic (Pharmacology,Molecular Endocrinology,Clinical Microbiology, Immunology, Neurobiology) subjek seperti pelajar biological science ( Molecular Biology,Cell Biology, Evolution,Plant Molecular Development) dan Subjek - subjek bacteria (Pathogen and environment,Metabolism and diversity, environmental health microbiology) Pelbagai aspek yang besar terpaksa digabungkan dalam masa ulangkaji. Kadang - kadang dalam masa satu hari, ada paper yang mengabbungkan pelbagai jenis subjek yang tidak berkaitan antara satu sama lain, memang sangat - sangat multitasking  untuk menjawab soalan perperiksaan.

Support dari keluarga dan sahabat handai

Sepanjang perperiksaan, keluarga dan rakan -rakan yang banyak membantu. Panggilan telefon dari Angah dari Dublin mengganti kehilangan yang besar saya yang sukar dicari ganti. Panggilan rakan -rakan yang sekejap bertanya khabar sangat sangat saya hargai. Saya juga tidak terlepas untuk bertanya khabar rakan - rakan semasa perperiksaan. Jika kita perlukan rakan - rakan , mereka juga perlukan  seperti kita perlukan mereka. Dengan membuat panggilan ataupun menghantar sms cukup bagi memastikan semua diantara kita rasa dihargai dan disayangi. Ini akan menaikan semangat semua dalam ulangkaji dan perperiksaan.
Tak lupa pada Hamizah dan Rashidah serta Akmal yang memasak ketika waktu kritikal kami mengambil perperiksaan.

Hubungan dengan Allah S.W.T

Sepanjang musim perperiksaan, saya terperasaan ramai mula menyedari bertapa pentingnya hubungan kita dengan pencipta kita. Status facebook, YM dan pelbagai lagi menzahirkan perasaan bertapa pentingnya Allah S.W.T dalam membantu kita untuk memudahkan dalam ulangkaji perperiksaan serta perperiksaan itu sendiri. Solat hajat dan pelbagai solat sunat lain didirikan bagi memperkukuhkan diri.Mula panjang berdoa selepas solat dan pelbagai ibadah lain yang dilakukan.Maka saya berharap kepada semua, jika bila kita rasa susah dan tertekan, kita akan mencari Allah dan jangan lupa bila habis perperiksaan untuk mengekalkan ibadah - ibadah yang kita lakukan semasa musim exam,jangan ingat nak enjoy sahaja=) Tak indahlah jika selepas exam, kita melupkan terus pada pencipta kita. Semoga musim exam menjadi salah satu turning point dalam memantapkan ibadah kita, dan diharapkan dapat diterusakn lagi ketika habis exam.

Solat vs Study?

Satu lagi yang saya terperassan kadang - kadang ketika kita dalam musim exam, yang ramai juga diantara kita menangguhkan waktu solat untuk study.Tidak manisnya jika kita melakukan perkara sedemikian.Perancangan masa study perlulah diisi dengan waktu rehat,dan selit -selitkanlah waktu solat dalam perancangan revision kita.Janganlah kerana saya tak habis baca satu bab, saya melewatkan solat saya selama 1 jam setengah...Study, study juga. Tetapi solatlah diawal waktu dan lebik cantik lagi jika berjemaah. Berjemaah dimana - mana sahaja, di prayer hall dan di rumah.

Mengisi kekosangan selepas perperiksaan.

Kelompangan dalam jadual kehidupan selapas perperiksaan haruslah dirancang dengan teliti dan kemas.Semoga ia mendatangkan manafat dan kebaikan dalam diri kita. Janganlah ada yang hendak maraton series atau drama Korea dalam masa satu hari 20 episod perlu ditonton.Bukan tidak boleh, tetapi berpada pada =) Isikan masa dengan perkara yang mendatangkan kebaikan seperti menziarah rakan -rakan, membaca buku berfaedah dan sebagainya.

Hidup satu perperiksaan

Analogi yang menarik saya dapat semasa musim exam ini adalah 'Hidup satu perperiksaan'. Saya menganalogikan kehidupan di dunia ini merupakan salah satu perperiksaan, ada pelbagai soalan yang perlu dijawab dengan teratur dan teliti dalam jangka masa yang ditetapkan. Maka di dalam dewan perperiksaanlah kita akan menjawab semua soalan dengan baik dan teliti bagi memastikan kita lulus dengan cemerlang. Begitulah kehidupan yang kita lalui sekarang ini,maka sentiasa memastikan kita hidup berlandaskan pada perkara yang betul dan baik sebelum kita dijemput untuk bertemu dengan Allah S.W.T, Mati itu sangat pasti. Isilah kehidupan dengan membawa manafaat pada diri sendiri dan dalam masa yang sama pada masyarkat yang semakin lama semakin tersasar jauh daripada landasan kehiduapn yang diredhai Allah.Lakukan sesuatu yang membawa manfaat kepada semua manusia agar kita mendapat rahmat dan kasih sayang Allah.

Tawwakal selepas exam

Saya pasti, semua diantara kita telah berusaha hingga sampai ke limit yang semaksima. Maka tibalah masanya kita patut bertawwakal pada Allah S.W.T. Berdoa setiap kali solat untuk beharap agar keputusan perperiksaan yang keluar itu terbaik buat diri kita. Jangan lupa untuk mendoaakan kejayaan rakan -rakan. Semoga Allah bersama sama kita


Waktu perperiksaan membawa makna pada kehidupan pada diri saya . Bagaimana pula dengan anda?

It's the end of the road

|

Salam

New Update : 12/13 Paper Completed

Paper tadi agak sukar, agak tertekan bila keluar exam hall, walaupun dijawab, aku masih tidak berpuas hati.

Bertawakal setelah berusaha,itu sahaja yang aku terdaya.

Ahead: 1 paper left: Molecular Endorinology

End the second year...(two days left)

Seeru A'la Barakatillah

Bergerak ke Garisan Penamat

|
Oxford, UK
Salam

Jangan malas - malas... Sedikit sahaja lagi untuk ke garisan penamat...
Triple paper ahead...

Fantastic Five

|
Sinai,Egypt

Salam

The Hope is Still on! Make duaa!

Beautiful Day

|
Salam

"We grow great by dreams. All big men are dreamers. They see things in the soft haze of a spring day or in the red fire of a long winter's evening. Some of us let these great dreams die, but others nourish and protect them; nurse them through bad days till they bring them to the sunshine and light which comes always to those who sincerely hope that their dreams will come true."

Woodrow Wilson

2nd Year Peak

|

Salam

8 Paper Minggu ini..... Make Duaa!

إِن يَنصُرۡكُمُ ٱللَّهُ فَلَا غَالِبَ لَكُمۡ‌ۖ وَإِن يَخۡذُلۡكُمۡ فَمَن ذَا ٱلَّذِى يَنصُرُكُم مِّنۢ بَعۡدِهِۦ‌ۗ وَعَلَى ٱللَّهِ فَلۡيَتَوَكَّلِ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ

If Allah should aid you, no one can overcome you; but if He should forsake you, who is there that can aid you after Him? And upon Allah let the believers rely.

Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu; dan jika Ia mengalahkan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu berserah diri.

Ali Imran 160

3rd in UK

|

Salam

"Warwick University is...unquestionably one of the most energetic universities in the United Kingdom"

Baroness Williams of Crosby


Pada beberapa hari lalu, Guardian telah mengeluarkan senarai baru ranking university pada tahun 2011. Dan Warwick dinobatkan sebagai university ketiga terbaik di UK.

P.S:Patutlah sekarang keluar soalan exam yang x boleh belah.haih

p.s 2 : Mari berkerja!



Raining

|

Salam


Hujan kembali? Hasilnya? Nota Lecture basah....
Tapi, bumi kembali segar dan sejuk.
Sesuai untuk study.

3 days for exam...Make duaa

The Wind!

|

Salam


I listen to the Wind
To the wind of my soul
Where I end up where I think
Only God really Knows

I've sat upon the setting sun
But never never never
I never wanted water once
No never never never

I listen to my words
But they fall far below
I let my music take me
Where my heart wants to go

I've swam upon the devil's lake
But never never never
I'll never make the same mistake
No never never never

Perjuanganku

|

Salam

Hari ini genap seminggu sebelum exam. Semua seperti mana yang dirancang walaupun ada yang tidak menepati 100%.Tetapi saya berpuas hati dengan diri saya.

Musim Perperiksaan satu musim yang sangat berat. Meletihkan,penuh dengan kejutan dan tangisan air mata. Makan tidak tentu hala. Kerisauan melanda - landa. Tetapi dengan perancangan dan disiplin yang kuat insyaAllah saya akan mencuba terbaik untuk diri saya.Setiap hari saya akan cuba mendisipinkan diri saya agar menepati apa yang dirancang.Kadang - kadang tergendala juga kerana saya seorang manusia biasa

Tekanan, saya perlu kawal dengan bijak. Hubungan dengan Allah perlu dipererat dan istiqamah.

Harus dingati, segala usaha dan tenaga yang dikeluarkan, jangan lupa pada Allah. Selalu kita melupainya. Setelah berusaha, semuanya perlu diserahkan kepada Allah, untuk menentu segalanya.

Masa untuk belajar hampir tamat.Kini tiba masa menghafal dan membuat soalan - soalan tahun lepas. Semoga Allah permudahkan.Make duaa !






Champion

|

Salam

What does it take to be a champion? Desire, dedication, determination, concentration and the will to win.

Patty Berg

Sepotong Qunut Nazilah

|
Salam





اللهمَّ إناَّ نجعَلُكَ فِى نُحُورِ أعدَاءِناَ وَ نَعُوذُ بِكَ مِن شُرُورِهِم اللهم بَدِّد شَملَهُم و فَرِّق جَمعَهُم وَ شَتِّت كَلِمَتَهُم وَزَلزِل أَقدَامَهُم وَ سَلِّط عَلَيهِم كَلباًَ مِن كِلاَبِكَ يا قَهاَّر يا جَباَّر يا مُنتَقِم يا الله يا الله يا الله

اللهم يا مُنزِلَ الكِتاَبِ ويا مُجرِيَ السَّحاَبِ ويا هاَزِمَ الأَحزَابِ إِهزِمهُم إِهزِمهُم إِهزِمهُم وَانصُرناَ عَلَيهِم

Ya Allah,

Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami,

Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka,

Ya Allah,

Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka,

Pecah-belahkanlah dan kacau-bilaukanlah persatuan mereka,

Goncangkan pendirian mereka,

Dan hantarkanlah anjing-anjing Kamu kepada mereka

Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa,

Wahai Tuhan Yang Maha Menghukum,

Wahai Tuhan Yang bersifat Murka,

Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah,

Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,

Wahai Tuhan yang mengarakkan awan,

Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab,

Kalahkan mereka,

Kalahkan mereka,

Kalahkan mereka,

Dan menangkan kami ke atas mereka.

Amin…!