Sejauh langkahku

|

Salam

Esok hari Isnin, hari baru dalam Term 3.

Bermulanya term baru menadakan gendang perang sudah ditalu talu.Teringat masa nak exam,Arwah abah selalu menumpamakan aku sebagai panglima perang untuk menaikan semangat aku dari sekolah rendah sehinggalah ke Universiti.

Arwah Abah selalu berkata:
"Kalau nak pergi perang,kena siapkan semua sekali siap siap.Tentera kena latih,senjata kena asah siap, strategi kena rancang.Semua aspek sangat penting lagi waktu perang ini.Sambil itu memang kuat doa. Untuk terus hidup dalam perperangan adalah satu perjuangan"

Itulah azimat yang ditinggalkan...Arwah abah memang pemangkin semangat yang paling hebat dalam hidupku.

Jalan bukan panjang
Tidak juga tenang
Bukan sentiasa terang
Bukan selalu lapang


~Al Fatihah~

0 comments: