East in West

|

Salam

Post Panjang

Hari ini saya berkelana dari Coventry ke London. Hasrat di hati ingin bertemu dengan Huzaifah, yang sibuk dengan examnya yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Bertolak dari Coventry lebih kurang jam 1.15 petang.Tetapi saya sampai di Pool Meadow Bus Station lebih kurang jam 1 petang bagi memastikan saya tidak ketinggalan bas. Pada jam 1.15 petang tibalah bas 460 yang bakal membawa saya ke London. Bas kali ini tidak berwarna putih tetapi bus berwarna merah tua yang tertulis Dhillon of London.

Terus terlintas dalam pemikiran saya bahawa bus ini dimiliki oleh seorang yang berketurunan India. Pemikiran saya terus teringat bagaimana orang - orang British menawan India dan menjadikanya sebagai tanah jajahan. Dan kini mereka membina empayar perniagan mereka di kota London!

Tetapi, saya agak tidak berpuas hati dengan servis yang diberikan. Jika pemandu National Express, mereka akan melihat tiket kita ,dan menyusun bag kita di tempat bagasi. Ini dapat membantu warga tua yang tidak berdaya untuk menaiki bus. Tetapi pemandu yang berketurunan dari Asia Selatan hanya membiarkan semua penumpang menyusun bag mereka di temapat bagasi. Beliau hanya melihat tiket sahaja...terpaksa makcik - makcik tua menyusun dan menolak bag mereka di tempat bagasi.

Satu lagi peristiwa yang sangat saya tidak berpuas hati semasa saya menaiki bus.Seorang makcik tua berada dihadapan saya dan ingin duduk di tempat prioriti.Ada seorang wanita muda yang berasal dari kawasan Asia duduk di tempat tersebut. Beliau tidak ingin memberikan tempat tersebut walaupun melihatkan keadaan wanita tua yang tidak berapa gagah dan membuat "argument" dengan makcik tersebut sebelum beliau memberikan tempat tersebut.

Saya termenung sendirian, fikiran berputar putar. Dari buku "Religion in Rise" karangan Dr Murad Hoffman, ada menyebutkan bahawa East dan West saling melengkapi. Masalah yang berlaku di barat mempunyai ubatnya di Timur dan ubat kepada masalah yang berada di Timur berada di Barat.

Perubahan sukar di lakukan,tetapi ia perlu ke arah pembentukan masyarakat yang berwibawa!



0 comments: