Salam
Oleh kerana debu gunung berapi di Iceland yang terletak utara dari UK, habis semua penerbangan seluruh Eropah barat terpaksa dihentikan hampir seminggu.
Ia menganggu,merencatkan perjalanan ribuan penumpang kapal terbang seluruh dunia baik di timur dan di barat yang melibatkan kerugian berbelas million sehari.
Ada pelajar Warwick yang bercuti di Spain terpaksa balik menaiki bas yang melibatkan perjalanan hampir satu hari. Lecturer saya terpaksa membatalkan percutian ke Greece dan menyebabkan beliau emotional satu hari.
Pengebumian Presiden Poland tidak dapat dihadiri oleh figure -figure besar dunia seperti Barrack Obama, Nickolas Sarcozy dan Stephen Harper.
Untuk mengetahui 'aftermath' disebabkan oleh debu tersebut sila kilik pada link disediakan.
Sekecil - kecil debu boleh mengganggu kehidupan manusia.Teringat saya pada kisah Raja Namrud yang bongkak dalam al Quran:
أَلَمۡ تَرَ إِلَى ٱلَّذِى حَآجَّ إِبۡرَٲهِـۧمَ فِى رَبِّهِۦۤ أَنۡ ءَاتَٮٰهُ ٱللَّهُ ٱلۡمُلۡكَ إِذۡ قَالَ إِبۡرَٲهِـۧمُ رَبِّىَ ٱلَّذِى يُحۡىِۦ وَيُمِيتُ قَالَ أَنَا۟ أُحۡىِۦ وَأُمِيتُۖ قَالَ إِبۡرَٲهِـۧمُ فَإِنَّ ٱللَّهَ يَأۡتِى بِٱلشَّمۡسِ مِنَ ٱلۡمَشۡرِقِ فَأۡتِ بِہَا مِنَ ٱلۡمَغۡرِبِ فَبُهِتَ ٱلَّذِى كَفَرَۗ وَٱللَّهُ لَا يَہۡدِى ٱلۡقَوۡمَ ٱلظَّـٰلِمِينَ
Have you not considered the one who argued with Abraham about his Lord [merely] because Allah had given him kingship? When Abraham said, "My Lord is the one who gives life and causes death," he said, "I give life and cause death." Abraham said, "Indeed, Allah brings up the sun from the east, so bring it up from the west." So the disbeliever was overwhelmed [by astonishment], and Allah does not guide the wrongdoing people.
Tidakkah engkau (pelik) memikirkan (wahai Muhammad) tentang orang yang berhujah membantah Nabi Ibrahim (dengan sombongnya) mengenai Tuhannya, kerana Allah memberikan orang itu kuasa pemerintahan? Ketika Nabi Ibrahim berkata: "Tuhanku ialah Yang menghidupkan dan Yang mematikan". Ia menjawab: "Aku juga boleh menghidupkan dan mematikan". Nabi Ibrahim berkata lagi: "Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, oleh itu terbitkanlah dia dari barat?" Maka tercenganglah orang yang kafir itu (lalu diam membisu). Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberikan petunjuk kepada kaum yang zalim.
Al Baqarah 158
Maka beliau dihancurkan dengan oleh nyamuk yang kecil seperti disebutkan di dalam Al -Bidayah wa an Nihayah tulisan Ibnu Katsir.Seorang raja Babilon yang hebat dan kuat hancur dengan mudahnya dengan serangga yang kecil.
Maka apakah kita tidak berfikir tentang kekuasaanya??? Benda yang kecil mempunyai impak yang hebat dalam kehidupan kita ini seperti kesan debu dari gunung berapi dalam kehidupan manusia hari ini.
Allahu'alam
0 comments:
Post a Comment