21:Warkah Untuk Diri

|
Salam
Kita umpama bunga...Kini berkembang dengan megahnya...satu hari pasti akan mati kekeringan jua

Ketika entri ini di tulis..lagi 1 jam 55 minit lagi bertambah lah usia ini kepada angka 21.

Sambutan Hari Lahir aku sering dikaitkan dengan perperiksaan,
Jika di sekolah dan MRSM ada ujian pertengahan semester,A-Level di sinonim dengan perperiksaan May/June 2008 dan di Warwick perperiksaan final bakal melanda lebih kurang 3 minggu lagi.Tidak boleh lari..huhu


21 tahun yang lepas,11.55 malam,
13 May 1988,(27 Ramadhan 1408)
Klinik Pakar Kanak-Kanak Dr. Zarina,Hulu Kelang ,Selangor.

Lahirlah seorang insan lemah yang tidak cukup bulan...Abah cakap masa tu umur kandungan dalam 7-8 bulan.Maka aku di masukan ke dalam inkubator untuk penjagaan rapi oleh kerana tidak cukup bulan.Mungkin aku nak keluar sangat kut sebab nak raya.Maka Abah pun membayar zakat fitrah untuk aku pada tahun itu juga..huhu

Kini
13 May 2009(18 JamadilAkhir 1430)
University of Warwick,Coventry,UK.

Terasa perjalanan ini sungguh singkat.Baru sahaja semalam aku dari pangkuan riba ibuku...terus aku melangkah -melangkah,setapak demi setapak.Begitulah kehidupan,semakin bertambah usia,semakin bertambah pengetahuannya dan semakin diri ini mencari kebenaran dan tujuan diri ini diciptakan di muka bumi ini.Pengetahuan dan pengalaman ini adalah bekalan sepanjang perjalanan diri ini menuju ke dunia yang abadi nanti.

Maka,ini adalah salah satu refleksi diri ini.Jika kita berkira-kira dengan umur ini.Adakah kite berkira dengan jangka waktu yang semakin singkat dari hari ke sehari???Adakah aku bersedia???

Selamat Mendekati Mati...
Muhammad Hafizuddin Kamarudin

PS:Terima Kasih kepada semua sahabat atas ucapan hari lahir.Semoga Mendapat Keredhaan dari Allah s.w.t.Bagi yang akan menduduki perperiksaan,semoga berjaya!!!

United Kingdom
Malaysia
Ireland
dan di mana jua anda berada.

Final Examination Arab

|
Salam.

Module

No.

Module

Name

Day

Exam Date

Exam Time

Exam

Duration

Exam

Room

LL131 Arabic 1 Wednesday 13.5.09 13:00 1 hour 45 mins F1.11

Memang jadual copy paste...tu sampai keluar dari templete
Doakan saya berjaya...

Module-module

|

Salam,

Hari ini,borang pilihan module baru keluar...

Ader lima pilihan specialisation untuk degree ader...
Manalah satu pilihan hati....

  • Biological Sciences (Molecular Genetics)
  • Biological Sciences (Cell Biology)
  • Biological Sciences (Microbiology)
  • Biological Sciences (Virology)
  • Biological Sciences (Environmental Resources)
Fikir2....

Mimpi yang Indah

|
Salam

Selepas call Malaysia,diri ini kembali bersemangat dan bangkit dari lamunan kelalaian yang palsu...
matahari bersinar kembali...
Selamat Hari Ibu Mak.......



Dunia Yang Indah - Mestica 313
Mimpi Yang Indah
Telah ku lalui jalan berduri
Sejuta harapan terus ku pertahankan
Bukan mudah menggapai bintang
Bersilih dugaan mendatang
Di sebalik kepayahan
Di situlah kekuatan
Tekad hati azimat di perjalanan
Mengejar impian
Pabila laluan seakan sukar
Bagai tak terdaya untuk terus bertahan
Namun kasihMu menyedarkan
Aku tak pernah sendirian
Di sebalik kepayahan
Di situlah kekuatan
Tekad hati azimat di perjalanan
TInggi langit mimpi ini
Tak ku ragu untuk membuktikan
Indah bintang yang terang bukan khayalan
Tetapi kenyataan
Akan kau saksikan kesulitan ini
pasti berganti kebahagiaan
Telah pun kau dengar kisahku ini
Pernahkah cuba kau mengerti

Usaha,usaha dan berusaha

|

Salam.


لاَ يُكَلِّفُ اللّهُ نَفْساً إِلاَّ وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لاَ تُؤَاخِذْنَا إِن نَّسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلاَ تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْراً كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلاَ تُحَمِّلْنَا مَا لاَ طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنتَ مَوْلاَنَا فَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".
Surah Al- Baqarah, Ayat 286

Hari ini 25 hari menuju perperiksaan...Nota masih tebal dan bertambah lagi tebal pada minggu ini.
Ayuh,berusaha lagi...

Windy Day....

|

Salam.

رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِن ذُرِّيَّتِنَا أُمَّةً مُّسْلِمَةً لَّكَ وَأَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبْ عَلَيْنَا إِنَّكَ أَنتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ
"Wahai tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani;
Surah Al- Baqarah, Ayat 128


Hari ini tiada kelas.
Duduk di bilik study sampai mengantuk...
Hari ini di Warwick sangat2 berangin...
memang sungguh nyaman dan mendinginkan.
Seperti duduk di tepi laut....
Memang hebat sungguh ciptaan Allah.

Bertapa kuat angin bertiup,kuat lagi geloranya hati ini.
Alangkah perperiksaan ini sudah mengundah gulanakan diri ini,
apatah lagi persediaan diri ini yang lemah untuk menghadap Ilahi...

Ya Allah,
Semoga hari ini lebih baik dari semalam,
Semoga hari ini lebih berkualiti dari semalam,
Dan bantulah hambaMu dalam meniti hari-hari yang sukar ini....

Tiada apa yang menarik hari ini kecuali Gram Negative dan Gram Positive,Neurobiology dan Nasi Goreng Hailam dan bantal...

Kasih Tak Bersyarat

|

Salam.

Lagu ini bermain -main di minda ketika berjalan seorang diri meredah kegelapan malam yang berangin sejuk.


Kasih Tak Bersyarat - Azahari NSH.mp3 - NowSeeHeart

Jauh telah langkahku jelajah
Dakapmu lama yang kurindu
Luas sudah kulihat dunia
Senyum mu ukiran terindah

Tiap perilaku dan budimu
Tiap airmata tumpah darah
Menjadi perlambangan sejati
Kasih tak bersyarat

Ibu redup matamu
Memayungi bahagiaku
HAnya di tapak kakimu
Terletaknya syurga buatku

10 Wasiat As Syahid Hassan al-Bana

|

Salam

1. Wahai kawanku, Segeralah tunaikan solat di awal waktu dikala mendengar azan. Usahakanlah semampu terdaya. Ini membuktikan kesungguhan anda. Di situ ada sumber kejayaan. Di situ ada sumber pertolongan. Di situ ada sumber taufiq. Perhatikanlah banyak perintah ayat al-Quran. ... dimulakan dengan menyebut solat di awalnya. Perhatikanlah Allah mensyariatkan solat... juga di medan perang. Walaupun... di saat genting dan cemas.

2. Wahai kawanku, Bacalah al-Quran dan cuba memerhati mesejnya Selalulah berzikir dan cari ilmu walaupun sedikit Kurangilah dengan masa yang tidak bertujuan Sesungguhnya al-Quran adalah sumber asli lautan ilmu Sumber hidayah kepada anda dan saya Bacalah al-Quran, kelak ia memberi syafaat. Sentiasalah membaca, menghafal dan... Cuba hayati mesej arahannya. Selalu berzikir, berzikir dan terus berzikir!!! Di sini ada ketenteraman Di sini ada kedamaian Di sini ada kesalaman Jadilah hamba yang sejahtera.

3. Wahai kawanku, Dorongkanlah diri untuk menguasai Bahasa al-Quran Mulakan dulu walaupun sepatah perkataan Sebenarnya anda telah lama bermula Iaitu sejak anda solat setiap hari Sebut dulu walaupun tak faham. Antara mala petaka pertama menimpa umat kita... Ialah kecuaian menguasai bahasa agamanya. Juga mengutamakan bahasa pasar, Ayuh !!! Apa tunggu lagi?????? Bukalah ruang walaupun seminit !!!

4. Wahai kawanku, Usahlah bertarung idea tanpa adabnya!!! Berdebatlah jika kiranya berbuahkan kebaikan Awasilah pertengkaran Kerana di sana ada unsur lain membisikkan? Syaitan namanya !!!

5. Wahai kawanku, Senyumlah selalu tapi bersederhanalah dalam ketawa ! Rasulullah s. a. w adalah yang paling banyak senyum Beliau ketawa kena pada tempatnya Tapi berpada-pada sahaja, wahai kawan! Plato juga berharap agar pementasan hiburan... Yang tidak bermutu terlalu banyak ketawa bodoh Hanyalah disaksikan oleh golongan abdi Dan orang upahan asing! Begitu juga Aristotle berpendapat supaya golongan belia ditegah daripada menyaksikan hiburan-hiburan yang membolehkan perbuatan ketawa berlebih-lebihan. supaya tidak menular. Keburukan dalam diri!!!

6. Wahai kawanku, Seriuslah selalu dan berguraulah berpatutan Tanpa serius, hilanglah kesungguhan !!! Tanpa bergurau, tawarlah kehidupan Kata seorang penyair : Berikan kerehatan pada jiwamu Yang sibuk dengan berfikir Ubati dengan bergurau Tapi, Kalau mengubatinya dengan bergurau Mestilah dalam batas Seperti kau masukkan garam ke dalam gulai.

7. Wahai kawanku, Kawallah nada suaramu Setakat yang diperlukan oleh pendengar di depanmu Janganlah jadi seperti orang bodoh. Bahkan menyakit hati orang lain pula!!! Luqman El-Hakim juga mencela orang yang tidak pandai menjaga nada suara pada tempatnya. Itulah katanya suara keldai!!! Surah al-Isra' memberi tip kepada kita... Jangan keraskan suramu dalam solat Tapi jangan pula merendahkannya Carilah jalan tengah di antara keduanya.

8. Wahai kawanku, Usahlah umpat mengumpat Usahlah merendah-rendahkan pertubuhan lain Bercakaplah jika ada unsur kebajikan Ayuh!!! Hindarilah... mengumpat! Tidak sekali mencabuli jemaah-jemaah lain!!! Perkatakanlah kebaikan demi kebajikan bersama. Sukakah anda memakan daging? pasti anda suka!! Tapi sukakah anda memakan daging kawan anda yang telah mati?? Sekali-kali tidak!!! Begitulah dosa orang yang mengumpat. Bertaubatlah jika anda mengumpat Tapi mesti minta ampun terhadap orang umpatanmu bersama!!! Boleh mengumpat... apabila ada tujuan syarie.
· untuk menuntut keadilan apabila dizalimi
· untuk menghapuskan kemungkaran
· kerana memberi amaran kepada Muslim tentang kejahatan
· kerana mengisytiharkan kefasikan dan kejahatan.

9. Wahai kawanku, Luaskanlah interaksimu dengan umat manusia Sekalipun mereka tidak diminta berbuat demikian!!! Salam kasih sayang adalah untuk semua Salam kemesraan adalah untuk sejagat. Hulurkanlah, hulurkanlah salam perkenalan...! Lihatlah pensyariatan ibadah haji. Pelbagai bangsa datang berkunjung!!! Pelbagai lapisan datang berkunjung!!! Pelbagai darjat datang berkunjung!!! Sama-sama menjunjung obor suci Tidak mengenali tapi tak sepi.
10. Wahai kawanku, Maksimumkanlah faedah waktu anda dan tolonglah orang lain supaya manfaatkan masa. Hadkanlah masa penunaiannya. Biasakan hidup berjadual di hadapan. Bijaksanakanlah menggunakan waktu anda! Bersegeralah, kerana... Sabda Nabi s. a. w bermaksud : "Bertindak segeralah melakukan amal..." (Diulang 7 kali..) Sayanglah masa saudaramu!!! Hormatilah waktu mereka!!! Usahlah berbicara meleret-leret... Tanpa haluan dan noktahnya.."

Sumber:Buku di bilik :) dan ambik dari sini

Jom Prayer Hall!

|

Salam.

Marilah kita bersama sama memakmurkan Prayer Hall,University of Warwick setiap solat setiap hari.

"Solat berjemaah itu lebih afdhal (baik) daripada solat bersendirian dengan 27 kali darjat" (HR Bukhari dan Muslim)

Symptoms and Prevention(Swine Flu)

|
Salam.

Oleh kerana Azri bertanya...maka saya mencari maklumat ini untuk panduan kita bersama -sama.Mari kita baca bersama-sama setelah lama menatap buku-buku tebal di atas meja anda.

Symptoms:Sumber:Wikipedia

Prevention

There's a simple way to remember this:

CATCH IT, BIN IT, KILL IT

To reduce the risk of catching or spreading the virus you should:

  • cover your mouth and nose when coughing and sneezing, using a tissue
  • throw the tissue away quickly and carefully
  • wash your hands regularly with soap and water
  • clean hard surfaces (like door handles and remote controls) frequently with a normal cleaning product
Preparation

You can prepare now for a possible pandemic by:

  • always carrying tissues - catching the germs in a tissue could help limit the spread of the virus
  • know your NHS number (this will be in NHS letters or prescriptions)
  • keep up to date with the latest help and advice available through radio, TV and the internet – follow the links below for more advice on Directgov
  • confirming your ‘flu friends’ - these are friends and neighbours who can help you if you become ill; they could get your medication or food for you so that you don’t have to leave the house - this will help stop the virus from spreading
  • have a two-week stock of food and other supplies in case you and your family are ill

If you have the flu

Catching swine flu will feel like seasonal flu, so:
  • stay at home and rest
  • take medicines like aspirin, ibuprofen or paracetamol (following the instructions – children under 16 should not be given aspirin or ready made flu remedies)
  • drink plenty of fluids
  • check your symptoms by following the link below to the NHS symptoms checker site

Medication

Vaccines are used to help fight seasonal flu but a vaccine for this strain of swine flu will take time to create. Antiviral drugs can help:

Antiviral drugs

Antiviral drugs work by preventing the flu virus from reproducing - to be effective you need to take them within 48 hours of the onset of symptoms. This means the illness may be shortened by a day and reduce the risk of complications. Read the section above, ‘if you have the flu’ before contacting your doctor about antiviral drugs.

Face masks

Although face masks have been given out in Mexico, there is no actual evidence that proves wearing a face mask will stop you getting the virus. It’s more effective to use tissues when sneezing and coughing and wash your hands regularly.


Pesanan masyarakat ini dipetik dari:Direct Gov(kilik untuk link)