Salam
Kita umpama bunga...Kini berkembang dengan megahnya...satu hari pasti akan mati kekeringan juaKetika entri ini di tulis..lagi 1 jam 55 minit lagi bertambah lah usia ini kepada angka 21.
Sambutan Hari Lahir aku sering dikaitkan dengan perperiksaan,
Jika di sekolah dan MRSM ada ujian pertengahan semester,A-Level di sinonim dengan perperiksaan May/June 2008 dan di Warwick perperiksaan final bakal melanda lebih kurang 3 minggu lagi.Tidak boleh lari..huhu
21 tahun yang lepas,11.55 malam,
13 May 1988,(27 Ramadhan 1408)
Klinik Pakar Kanak-Kanak Dr. Zarina,Hulu Kelang ,Selangor.
Lahirlah seorang insan lemah yang tidak cukup bulan...Abah cakap masa tu umur kandungan dalam 7-8 bulan.Maka aku di masukan ke dalam inkubator untuk penjagaan rapi oleh kerana tidak cukup bulan.Mungkin aku nak keluar sangat kut sebab nak raya.Maka Abah pun membayar zakat fitrah untuk aku pada tahun itu juga..huhu
Kini
13 May 2009(18 JamadilAkhir 1430)
University of Warwick,Coventry,UK.
Terasa perjalanan ini sungguh singkat.Baru sahaja semalam aku dari pangkuan riba ibuku...terus aku melangkah -melangkah,setapak demi setapak.Begitulah kehidupan,semakin bertambah usia,semakin bertambah pengetahuannya dan semakin diri ini mencari kebenaran dan tujuan diri ini diciptakan di muka bumi ini.Pengetahuan dan pengalaman ini adalah bekalan sepanjang perjalanan diri ini menuju ke dunia yang abadi nanti.
Maka,ini adalah salah satu refleksi diri ini.Jika kita berkira-kira dengan umur ini.Adakah kite berkira dengan jangka waktu yang semakin singkat dari hari ke sehari???Adakah aku bersedia???
Selamat Mendekati Mati...
Muhammad Hafizuddin Kamarudin
PS:Terima Kasih kepada semua sahabat atas ucapan hari lahir.Semoga Mendapat Keredhaan dari Allah s.w.t.Bagi yang akan menduduki perperiksaan,semoga berjaya!!!
United Kingdom
Malaysia
Ireland
dan di mana jua anda berada.
0 comments:
Post a Comment