يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ كُلُواْ مِن طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ وَاشْكُرُواْ لِلّهِ إِن كُنتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadanya.
Surah Al- Baqarah, Ayat 172
Genomic chimerism..apekah itu...Tak mengapalah...dah bosan cari isi untuk essay.Kali ini kita mencari perkara yang lebih menarik.
Jiwa kacau dua tiga hari ini,mengenangkan essay yang tak juga siap siap,perperiksaan yang datang tidak lama lagi dan pelbagai lagi rencah kehidupan sebagai seorang pelajar universiti.
Kesabaran dan keazaman serta istiqamah dan bijak mengunakan kesempatan itu merupakan resepi dalam mengatasi masalah ini.Kalau diikutkan hati memang tidaklah diri ini duduk menghabiskan masa di hadapan laptop berjam jam dengan mencari maklumat-maklumat di dalam journal -journal penulisan Sains serta menyusun ayam yang persis serta tepat.Rasa hanya hendak lemparkan sahaja buku-buku tebal ini ketepi.
Jika ini ujian aku terasa besar...apatah lagi saudara-saudara aku yang berada dalam kesusahan di merata rata tempatdalam mengenangkan survival kehidupan ini.Pada orang orang yang homeless,di manakah ia mahu tidur pada malam ini,apakah yang hendak dimakan pada hari ini.
Saudara-saudara di Palestin,dan di mana mana lagi.Perperangan sering menghantui mereka.Penyakit,kekurangan makanan,kerenah kapitalis dan pelbagai lagi.
Aku hanya duduk di dalam bilik yang sangat selesa,ditemani kipas yang berhembus hembus,katil yang dikira empuk.Makanan yang cukup,sumber ilmu yang lengkap.Apa lagi...perlukah aku merungut???Tidakkah aku bersyukur?
Jangan mengaku kalah...teruskan essaymu sehingga siap....
0 comments:
Post a Comment