Salam.
إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ وَاخْتِلاَفِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَالْفُلْكِ الَّتِي تَجْرِي فِي الْبَحْرِ بِمَا يَنفَعُ النَّاسَ وَمَا أَنزَلَ اللّهُ مِنَ السَّمَاءِ مِن مَّاء فَأَحْيَا بِهِ الأرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَا وَبَثَّ فِيهَا مِن كُلِّ دَآبَّةٍ وَتَصْرِيفِ الرِّيَاحِ وَالسَّحَابِ الْمُسَخِّرِ بَيْنَ السَّمَاء وَالأَرْضِ لآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَعْقِلُونَ
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran.
Surah Al- Baqarah, Ayat 164
Ramai manusia di dunia ini tidak mengunakan akal fikiran sebaik mungkin dalam kehidupan seharian.
Adakah kita menggunakan banyak tenaga untuk berfikir?Hanya 1/5 daripada kalori digunakan dalam berfikir,dan dalam masa satu minit,anda mengunakan lebih kurang 0.5 kalori,seminit.
Apalagi,mari kita menggunakan akal fikiran kita dalam berfikir.Fikirkan bagaimanakah penciptaan alam yang di ciptakan sebegitu cantik lebih lebih lagi amat cantik di musim bunga ini.Fikirkan bagaimana Allah mencipta anda sebagai manusia yang sangat-sangat canggih...pergerakan badan,pemfokusan mata,jauh dan dekat,fungsi bulu roma,sistem pencernaan, otak anda dan pelbagai lagi yang membuatkan anda mengkagumi Allah s.w.t.
Saya pernah terfikir,semasa saya berada di Prague,takala melihatkan Prague Castle di atas bukit di mana dihadapanya ada sungai Vtalava.Memang sangat cantik pemandangan tersebut dari pandangan mata saya sendiri.Saya mengambil gambar mengunakan kamera digital saya,dan saya tidak berpuas hati dengan kualiti gambar yang di ambil jika dibandingkan dengan mata saya.Jika saya ada SLR sekali pun,ia tidak setanding dengan penciptaan mata yang sangat canggih ini.
To love?
9 years ago
0 comments:
Post a Comment