Alhamdullilah

|
Salam.
Sekadar gambar hiasan



Essay kali ini mengambil masa yang sangat lama.Semalam,adalah hari yang agak pening jugak sebab,aku mengambil masa yang sangat lama untuk mencari segala kesalahan 'grammar',dan 'plagiarism'untuk diperbaiki dan dibetulkan.

Lepas hantar essay,hati merasa lega dan bertawakal agar segala apa yang dibuat tepat dan mendapat markah yang selayaknya.Insyaallah.

Mari fokus untuk FINAL!....

Selesma Khinzir

|
Salam.

Selesema Khinzir telah bermula di Mexico pada March 2009,tetapi semakin rancak dan hebat jangkitanya keseluruh dunia pada 24 April 2009.

Hari ini 29 April 2009.WHO telah mengumumkan bahawa jangkitan ini telah sampai kepada Stage 5,seperti gambar di bawahhttp://news.bbc.co.uk/1/hi/world/americas/8025931.stm

Maka,langkah berjaga-jaga perlu diambil buat masa kini.Insyaallah,kita doakan seluruh sahabat di seluruh UK selamat.Selalu update maklumat daripada media masa untuk mendapat gambaran sepenuhnya.

Gamba-Gambi

|
Salam

Random pic...



Rumput beralun

Kerusi depan prayer hall

Emirates Stadium

Manchester

Seorang Lelaki dengan cawan kopi

Mentari dicelah celah awan

Praha

Muadz-Tautan Agung

|
Salam




أحب الكلام الى الله سبحان الله وبحمده"”

Halus direnung
Tautan hati pada yang Agung
Menanggung rindu pada yang Disanjung
Kasih yang menggunung

Muslimun Mukminun
Cinta yang Diingini
AlBaaqiy

Dibuka pintu hati pada Yang Esa
Menangis dalam munajat
Mensyukuri dipenuhi hajat

Chorus
Rindu rinduan melahirkan rasa cinta
Hingga menitis mengalirkan air mata
Kasih tak terpisah ianya kan bersama
Di dalam jiwa

Fikir...Fikir

|
Salam.

إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ وَاخْتِلاَفِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَالْفُلْكِ الَّتِي تَجْرِي فِي الْبَحْرِ بِمَا يَنفَعُ النَّاسَ وَمَا أَنزَلَ اللّهُ مِنَ السَّمَاءِ مِن مَّاء فَأَحْيَا بِهِ الأرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَا وَبَثَّ فِيهَا مِن كُلِّ دَآبَّةٍ وَتَصْرِيفِ الرِّيَاحِ وَالسَّحَابِ الْمُسَخِّرِ بَيْنَ السَّمَاء وَالأَرْضِ لآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَعْقِلُونَ
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran.
Surah Al- Baqarah, Ayat 164

Ramai manusia di dunia ini tidak mengunakan akal fikiran sebaik mungkin dalam kehidupan seharian.

Adakah kita menggunakan banyak tenaga untuk berfikir?Hanya 1/5 daripada kalori digunakan dalam berfikir,dan dalam masa satu minit,anda mengunakan lebih kurang 0.5 kalori,seminit.

Apalagi,mari kita menggunakan akal fikiran kita dalam berfikir.Fikirkan bagaimanakah penciptaan alam yang di ciptakan sebegitu cantik lebih lebih lagi amat cantik di musim bunga ini.Fikirkan bagaimana Allah mencipta anda sebagai manusia yang sangat-sangat canggih...pergerakan badan,pemfokusan mata,jauh dan dekat,fungsi bulu roma,sistem pencernaan, otak anda dan pelbagai lagi yang membuatkan anda mengkagumi Allah s.w.t.

Saya pernah terfikir,semasa saya berada di Prague,takala melihatkan Prague Castle di atas bukit di mana dihadapanya ada sungai Vtalava.Memang sangat cantik pemandangan tersebut dari pandangan mata saya sendiri.Saya mengambil gambar mengunakan kamera digital saya,dan saya tidak berpuas hati dengan kualiti gambar yang di ambil jika dibandingkan dengan mata saya.Jika saya ada SLR sekali pun,ia tidak setanding dengan penciptaan mata yang sangat canggih ini.

Ucapan Ahmadinejad yang mengkrtik Barat

|
Salam

Ucapan Presiden Iran,Mahmoud Ahmadinejad di Geneva,Switzerland.(20 April 2009)





Baru mula berkata kata,diserang oleh badut badut zionist.

Kata-katanya yang pedas dan benar mengritik barat dan israel,akhirnya hampir 40 para perutusan eropah termasuk UK dan France akhirnya meninggalkan tempat persidangan.
Adakah tidak dapat menerima kenyataan sendiri??

Perlukah aku merungut?

|
Salam.


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ كُلُواْ مِن طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ وَاشْكُرُواْ لِلّهِ إِن كُنتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadanya.
Surah Al- Baqarah, Ayat 172



Genomic chimerism..apekah itu...Tak mengapalah...dah bosan cari isi untuk essay.Kali ini kita mencari perkara yang lebih menarik.

Jiwa kacau dua tiga hari ini,mengenangkan essay yang tak juga siap siap,perperiksaan yang datang tidak lama lagi dan pelbagai lagi rencah kehidupan sebagai seorang pelajar universiti.

Kesabaran dan keazaman serta istiqamah dan bijak mengunakan kesempatan itu merupakan resepi dalam mengatasi masalah ini.Kalau diikutkan hati memang tidaklah diri ini duduk menghabiskan masa di hadapan laptop berjam jam dengan mencari maklumat-maklumat di dalam journal -journal penulisan Sains serta menyusun ayam yang persis serta tepat.Rasa hanya hendak lemparkan sahaja buku-buku tebal ini ketepi.

Jika ini ujian aku terasa besar...apatah lagi saudara-saudara aku yang berada dalam kesusahan di merata rata tempatdalam mengenangkan survival kehidupan ini.Pada orang orang yang homeless,di manakah ia mahu tidur pada malam ini,apakah yang hendak dimakan pada hari ini.
Saudara-saudara di Palestin,dan di mana mana lagi.Perperangan sering menghantui mereka.Penyakit,kekurangan makanan,kerenah kapitalis dan pelbagai lagi.

Aku hanya duduk di dalam bilik yang sangat selesa,ditemani kipas yang berhembus hembus,katil yang dikira empuk.Makanan yang cukup,sumber ilmu yang lengkap.Apa lagi...perlukah aku merungut???Tidakkah aku bersyukur?

Jangan mengaku kalah...teruskan essaymu sehingga siap....

Tanda-tanda hati mati

|
Salam

أَفَمَن شَرَحَ اللَّهُ صَدْرَهُ لِلْإِسْلَامِ فَهُوَ عَلَى نُورٍ مِّن رَّبِّهِ فَوَيْلٌ لِّلْقَاسِيَةِ قُلُوبُهُم مِّن ذِكْرِ اللَّهِ أُوْلَئِكَ فِي ضَلَالٍ مُبِينٍ

[Surah Az-Zumar Ayat 22] Jika demikian, adakah orang yang telah dilapangkan Allah dadanya untuk menerima Islam, lalu ia tetap berada dalam cahaya (hidayah petunjuk) dari Tuhannya, (sama seperti orang yang tertutup mata hatinya dengan selaput kederhakaan)? Maka kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya, adalah dalam kesesatan yang nyata.



Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah:

1. Mengaku kenal Allah SWT, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.

2. Mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w., tetapi mengabaikan sunnah baginda.

3. Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.

4. Memakan nikmat-nikmat Allah SWT, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.

5. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.

6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.

7. Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.

8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.

9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.

10. Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya. Semoga dengan panduan yang di sampaikan itu akan dapat kita sama-sama mengambil iktibar semoga segala apa yang kita kerjakan akan diredai Allah SWT.


Menurut Sheikh Ibni Athoillah Iskandari dalam kalam hikmahnya yang berikutnya;

Sebahagian daripada tanda mati hati itu ialah jika tidak merasa dukacita kerana tertinggal sesuatu amal perbuatan kebajikan juga tidak menyesal jika terjadi berbuat sesuatu pelanggaran dosa.


Mati hati itu adalah kerana tiga perkara iaitu;

* Hubbul dunia (kasihkan dunia)

* Lalai daripada zikirullah (mengingati Allah)

* Membanyakkan makan dan menjatuhkan anggota badan kepada maksiat kepada Allah.


Hidup hati itu kerana tiga perkara iaitu;

* Zuhud dengan dunia

* Zikrullah

* Bergaul atau berkawan dengan aulia Allah.

Dari pembacaan,Moga Bermanaafat....

Hypothesis Tidur

|
Salam.


Mungkin semasa post ini di baca,aku telah tidur di atas katil atau pun aku telah bangun semula dan bersedia untuk esok,iaitu Term 3 yang lama sangat ditunggu oleh pelajar Warwick.

Kawan-kawan,dah Term 3....Ayuh Bersemangat!!!

Maka kaedah terbaik untuk minggu-minggu awal term 3.

tidur:11-2,3,4.

Itu terbaik buat diriku...

Cepatlah Isyak....Saya nak tidur.....

Sajak Kebosanan

|
Salam


Seorang menyendiri sahaja menatap buku biologi
Matahari menyinari tak ku peduli.
Akhirnya diri terkaku lagi
Di atas katil berselimut mimpi

Jari jemari berlari lari
di atas keyboard tersusun rapi
mata ligat mencari cari,
bukti-bukti kebesaran ilahi

Lagu nasyid menemani diri
sekejap bersemangat sekejap sunyi
akhirnya perut turut menyanyi.
berbunyi -bunyi mengegari diri

Malas memasak menguasai diri
Keluar periuk tidak kuali
Buka kabinet tutup kembali
akhirnya oven pilihan hati.

Pinggan licin menjilat jari
kenyang perut suka hati
akhirnya minda cerah menerangi
idea esei datang kembali.....


Satu Tekad!

|
Salam.

وَالَّذِينَ يُمَسَّكُونَ بِالْكِتَابِ وَأَقَامُواْ الصَّلاَةَ إِنَّا لاَ نُضِيعُ أَجْرَ الْمُصْلِحِينَ
Dan orang-orang yang berpegang teguh dengan Kitab Allah serta mendirikan sembahyang, sesungguhnya Kami tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki (keadaan hidupnya).
Surah Al-A'raaf, Ayat 170

Research dah di buat dan di susun fakta2nya,kini susun ayat!(essay mode)

Ayuh,jangan menoleh ke belakang lagi.......huhu.

Jom Berusaha!

Perjuangan ini bukan mudah...

|
Salam.

Masa ini berlalu umpama air



Confucius pernah berkata:

"Life passes on just the flowing water in the river,not ceasing day or night"

Perlu berubah,menjadi yang terbaik......


Berubah.mp3 - edCoustic


Berubah-Edcoustic
Berubahkah aku hanya bila ada sesuatu
Terus aku pulang pada sikap sebelum kuberubah
Hanya sekedar sesuatu tak berapa lamapun itu
Jarang kuterendap dalam sikap dimana kuberubah

Tuhan aku hanya manusia
Mudah berubah lagi dalam sekejap
Tuhan aku ingin berubah
Dan kubertahan dalam perubahanku

Ibarat kereta disimpan dalam garaj

|
Salam.

Cuti,cuti.Siapa yang tidak suka cuti.Tetapi nescaya apabila habis cuti,memang susah hendak memulakan rutin seperti biasa.

Ibarat sebuah kereta hanya di simpan di dalam garaj dalam masa yang sangat panjang,memang sukar untuk dihidupkan apabila hendak digunakan semula.

Lemahnya diri ini.....

1st Anniversary morindajuice.blogspot.com

|

Salam

Alhamdullilah,tanpa disangka,sudah setahun saya menulis blog(12 April 2008).Hampir 2 minggu saya tidak mengupdatenya atas alasan kehilangan saya tanpa di sangka -sangka.Saya memohon maaf kepada semua sahabat yang merisaukan saya di serata UK,iaitu Warwick,London,Nottingham,Edinbrugh,Cardiff dan di mana-mana lagi.Sahabat-sahabat di Malaysia dan di Australia iaitu sahabat-sahabat di Melbourne.

Perjalanan ini masih jauh.Tetapi berapa jauhkah jaraknya???Blog ini umpama diari elektronik mencatat aktivti kehidupan.Harap ia berkekalan.

Jumpa Lagi.

Bunga bunga Spring

|
Salam.

Hari ini dah masuk 3 hari syafiq dan Jepah berkampung di Warwick.Banyak juga aktivti yang dilakukan bersama.

Maka memang tak terupdate blog ini.....

Ok nak Solat dan pergi Leam...