Keputusan Pilihanraya Kecil P44 Permatang Pauh Penang=Datuk Seri Anwar Menang!

|
Salam..

Berdebar rasanya(lagi dahsyat dari tunggu keputusan a-level) semalam menunggu keputusan pilihanraya kecil bagi parlimen permatang pauh.Pada jam 8.00 mlm,saya dah tercogok di hadapan peti televisyen bagi menantikan pengumuman secara siaran langsung,tapi anehnye jam kul 9.00 mlm pon TV3 x mengeluarkan ape2 isyarat mengenai keputusan pilihanraya tersebut.

Tetapi pada jam pukul 9.05 mlm, Along yg sedang berbaring di dalam biliknya mengatakan beliau mendapat sms berita dari Bernama mengatakan bahawa Datuk Seri Anwar bin Ibrahim leading dalam pengiraan undi sehingga jam 9.00 mlm.Saya terus membuka GPRS dari telefon bimbit,bagi mendapatkan lagi infomasi lagi,dan saya mendapati bahawa agensi berita antarabangsa AFP telah mengeluarkan berita mengenai Anwar mendahului dalam kiraan undi tersebut.Majoriti ketika itu 16 ribu lebih,abah cakap mmg tak terkejar orang bn sorang lagi 2.....

Pada jam 10 malam TV3 mula mengeluarkan berita mengenai kemenangan Datuk Seri Anwar
dan pukul 10.40 malam barulah TV1 mengeluarkan berita di skrin bawah mengatakan PKR menang....Saya tunggu Nightline pada jam 12 tgh mlm bagi mendapatkan berita lengkap....Alhamdullilah mmg sah Datuk Seri Anwar menang dan mengekalkan Kerusi parlimen tersebut...... muga baik untuk ISLAM....

0 comments: