Salam
Masa tengah study ionic equlibria , ak tiba tiba terkenang tentang pengalaman ak mase aku kecik.Di mana ak buleh ambik iktibar untuk peperiksaan yang bakal menjelang cantik - cantik jer lagi 2 minggu
Kadang kadang bila aku lihat semula masa lalu aku,aku selalu bertanya pada diri aku,
"Macam manalah ak buleh survive pada masa itu."
Selalu,masa tengok budak jual kuih tepi jalan,dengan membawa bakul penuh dengan kuih untuk dijaja seluruh kampung ,air mata berlinangan dari kelopak mata ak tanpa ak sedari.....mungkin ak pernah melalui pengalaman sebegitu rupa..
Flashback 1999
Selepas kegawatan ekonomi 1997, syarikat kepunyaan abah aku terpaksa ditutup kerana ketiadaan kontrak dari kerajaan ,oleh itu kami sekeluarga memilih jalan untuk pulang ke kampung dan membuka kebun demi meneruskan kehidupan.Ak pernah menjual sayur sayuran pada guru - guru ak di sekolah rendah kerana permintaan yang tinggi dari guru - guru aku ketika itu,ak membawa sayur -sayuran ke sekolah.Belakang badan mengalas beg dan kat tangan pula menjinjing bag plastic yang penuh dengan sayur-sayuran.Satu hari boleh la dapat dalam 10 ke 12 ringgit.Itu pun rasa bangga yang teramat,dan memberikan duet itu kepada bapaku.
Persoalan yang sama masih bermain main dibenak fikiran aku,hingga ke hari ini.
"Macam manalah ak buleh survive pada masa itu."
"Macam manalah ak buleh survive pada masa itu."
"Macam manalah ak buleh survive pada masa itu."
akhirnya terjawab dengan merujuk buku biologi a-level dari bab selection dan evolution(bukanlah ak mengambil terma biologi ini kerana menyokong teori darwin tetapi applikasinye dalam kehidupan kiter seharian hehe) terma "survival for existance"
maksud nya dalam bm ialah ikhtiar hidup untuk meneruskan kehidupan(bukan la ak pandai sangat terjemah tp jgn risau bm ak masa spm A1 hehe)
Semangat untuk meneruskan kehidupan untuk mendapat kehidupan yang lebih baik dan sempurna.Kalau difikirkan, apelah umur budak budak 9 tahun tahu tentang kehidupan.
Kalau tanya budak umur 9 tahun sekarang nie,ape die orang akan jawab.... ps(playstation bukan photosystem atau pun personal statement),cartoon network, makan ,tido, pegi sekolah,balik sekolah dan pelbagai lagi jawapan yg difikirkan releven dengan umur mereka.
Tetapi saya digalas dengan tanggungjawab untuk membantu keluarga di samping beban belajar yang tidak dilupakan walau pun usia sekecil 9 tahun.
sekadar gambar hiasan
Tetapi saya digalas dengan tanggungjawab untuk membantu keluarga di samping beban belajar yang tidak dilupakan walau pun usia sekecil 9 tahun.
sekadar gambar hiasan
Walaupun kebun itu besar la jugak , tapi ak hanya buat kerje yg simple macam membaja pokok,mengisi poly bag hitam dengan tanah untuk menyemai baja,merumput,dan memetik sayur sayuran.Pada hari minggu ,ak akan ikut abah ak pegi pasar tani kem terendak dan tolong jual sayur sayuran.
Tp dengan kehidupan sebegitulah mengajar saya erti kehidupan dan tanggungjawab yang sebenar. Begitu jua dengan adik beradik ak.Semangat untuk terus mengubah kehidupan yang lebih baik dan sempurna.Dari pengalaman sebegini mengajar saya untuk terus hidup bersemangat untuk menghela sisa nafas yang ade lebih lebih lagi bila periksa yang bakal menjelang.
Manusia sering terlupa
Manusia ini seringkali terlupa dan seharusnya diperingatkan,Kadang kadang bila kite dah senang dan tiada masalah yang datang menimpa,kite lupa pada Maha Pencipta kita,tidak berusaha dengan bersungguh sungguh dan sebaik mungkin.Kita mempunyai tanggungjawab tetapi sering dilupakanKepada pelajar di KMB,INTEC,KMS atau sapa2 dh fly dan yang paling utama sekali di KYUEM yang nk ambik peksa,kebanyakan daripada kita adalah kalangan pelajar yang disponsor. So tanggung jawab kiter lagi la berat. Jadi kan perperiksaan akhir a-level sebagai medan untuk mengubah kehidupan anda sekarang.Kiter juga memikul beban tanggungjawab yang sangat berat dan penting.Janganlah terleka dengan sebarang aktiviti yang tidak bermanaafat dan melalaikan.Berjuang bersungguh sungguh dan jangan lupa bertawakal kepada Allah swt.Perperiksaan inilah yang bakal menentukan nasib masa depan kita , keluarga , agama dan negara.Di samping itu jangan lupa pada tujuan sebenar kita dihidupkan.(Korang mesti dah belajar dalam islamic study dr Ust Husna atau pon dr Ustaz Maliki)Insyaallah
1 comments:
mantap r bro, insyaAllah lain kali kalau ada orang yang susah macam tu kita akan bantu....dengan lapang dada dan senang hati..
Post a Comment