antara sedih dan kebangkitan semula

|
Salam.
Bagi pelajar Kyuem,keputusan peperiksaan trial baru sahaja keluar.Bagi yang berjaya mendapt keputusan cemerlang tahniah saya ucapkan.Bagi yang dapat keputusan yang agak kurang cemerlang,jangan lah anda bersedih ,andalah orang yang paling bertuah di dalam dunia ini. Inilah masa nya anda patut bersyukur kepada Allah swt yang masih sayang kepada diri anda dan mahu anda untuk berjaya.Jadikan keputusan anda yang kurang memuaskan itu dan lihat sedalam2 nye.kaji segala kesilapan yang anda lakukan dan cari alternatif untuk mengatasi masalah itu dalam sebulan.Jika kurang study,maka studyla sepuas puasnya selepas ini,kurang latihan,printla semua past paper yang ade dan buat latihan sebanyak banyaknya.Anda dapat mengesan apa kelemahan anda melalui past paer itu...hehe.

Kadang kadang kite sebagai seorang insan,mestilah diuji oleh pelbagai uijan.ujian ini memang la berat tetapi ........ bayang kan hidup anda tanpa ujian bapak bosan la...... semua orang kaya ,semua orang pakai mercedes,semua orang ade rumah besar,semua ade phd...... cuba bayangkan....
semua orang akan dapat sama rata dengan orang lain, jadi takde kerja kuat,x der masalah dan usaha....mmg la best dpt nikmat mcm 2 tapi takde makne la kite hidup sebagai manusia...
hayati lirik lagu nasyid nie

Rahmat ujian

Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu

Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya


Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi



Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya



Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu


Yang terakhir,setelah kiter dah berusaha ,berdoalah dan bertawakal kepada Allah, semuga aper yang kite lakukan mendapat keberkatan dari yang maha esa.... insyallah.

0 comments: