ralat

|
post terdahulu
assurance 2 salah tapi insurance
jangan mara......

Kehidupan dan Tanggungjawab

|
Salam

Masa tengah study ionic equlibria , ak tiba tiba terkenang tentang pengalaman ak mase aku kecik.Di mana ak buleh ambik iktibar untuk peperiksaan yang bakal menjelang cantik - cantik jer lagi 2 minggu


Kadang kadang bila aku lihat semula masa lalu aku,aku selalu bertanya pada diri aku,


"Macam manalah ak buleh survive pada masa itu."


Selalu,masa tengok budak jual kuih tepi jalan,dengan membawa bakul penuh dengan kuih untuk dijaja seluruh kampung ,air mata berlinangan dari kelopak mata ak tanpa ak sedari.....mungkin ak pernah melalui pengalaman sebegitu rupa..


Flashback 1999

Selepas kegawatan ekonomi 1997, syarikat kepunyaan abah aku terpaksa ditutup kerana ketiadaan kontrak dari kerajaan ,oleh itu kami sekeluarga memilih jalan untuk pulang ke kampung dan membuka kebun demi meneruskan kehidupan.Ak pernah menjual sayur sayuran pada guru - guru ak di sekolah rendah kerana permintaan yang tinggi dari guru - guru aku ketika itu,ak membawa sayur -sayuran ke sekolah.Belakang badan mengalas beg dan kat tangan pula menjinjing bag plastic yang penuh dengan sayur-sayuran.Satu hari boleh la dapat dalam 10 ke 12 ringgit.Itu pun rasa bangga yang teramat,dan memberikan duet itu kepada bapaku.

Survival for existence
Persoalan yang sama masih bermain main dibenak fikiran aku,hingga ke hari ini.

"Macam manalah ak buleh survive pada masa itu."
"Macam manalah ak buleh survive pada masa itu."
"Macam manalah ak buleh survive pada masa itu."
Buku teks a-level Biology
for Cambridge International Examination

akhirnya terjawab dengan merujuk buku biologi a-level dari bab selection dan evolution(bukanlah ak mengambil terma biologi ini kerana menyokong teori darwin tetapi applikasinye dalam kehidupan kiter seharian hehe) terma "survival for existance"
maksud nya dalam bm ialah ikhtiar hidup untuk meneruskan kehidupan(bukan la ak pandai sangat terjemah tp jgn risau bm ak masa spm A1 hehe)
Semangat untuk meneruskan kehidupan untuk mendapat kehidupan yang lebih baik dan sempurna.Kalau difikirkan, apelah umur budak budak 9 tahun tahu tentang kehidupan.
Kalau tanya budak umur 9 tahun sekarang nie,ape die orang akan jawab.... ps(playstation bukan photosystem atau pun personal statement),cartoon network, makan ,tido, pegi sekolah,balik sekolah dan pelbagai lagi jawapan yg difikirkan releven dengan umur mereka.
Tetapi saya digalas dengan tanggungjawab untuk membantu keluarga di samping beban belajar yang tidak dilupakan walau pun usia sekecil 9 tahun.
sekadar gambar hiasan


Walaupun kebun itu besar la jugak , tapi ak hanya buat kerje yg simple macam membaja pokok,mengisi poly bag hitam dengan tanah untuk menyemai baja,merumput,dan memetik sayur sayuran.Pada hari minggu ,ak akan ikut abah ak pegi pasar tani kem terendak dan tolong jual sayur sayuran.
Tp dengan kehidupan sebegitulah mengajar saya erti kehidupan dan tanggungjawab yang sebenar. Begitu jua dengan adik beradik ak.Semangat untuk terus mengubah kehidupan yang lebih baik dan sempurna.Dari pengalaman sebegini mengajar saya untuk terus hidup bersemangat untuk menghela sisa nafas yang ade lebih lebih lagi bila periksa yang bakal menjelang.

Manusia sering terlupa
Manusia ini seringkali terlupa dan seharusnya diperingatkan,Kadang kadang bila kite dah senang dan tiada masalah yang datang menimpa,kite lupa pada Maha Pencipta kita,tidak berusaha dengan bersungguh sungguh dan sebaik mungkin.Kita mempunyai tanggungjawab tetapi sering dilupakanKepada pelajar di KMB,INTEC,KMS atau sapa2 dh fly dan yang paling utama sekali di KYUEM yang nk ambik peksa,kebanyakan daripada kita adalah kalangan pelajar yang disponsor. So tanggung jawab kiter lagi la berat. Jadi kan perperiksaan akhir a-level sebagai medan untuk mengubah kehidupan anda sekarang.Kiter juga memikul beban tanggungjawab yang sangat berat dan penting.Janganlah terleka dengan sebarang aktiviti yang tidak bermanaafat dan melalaikan.Berjuang bersungguh sungguh dan jangan lupa bertawakal kepada Allah swt.Perperiksaan inilah yang bakal menentukan nasib masa depan kita , keluarga , agama dan negara.Di samping itu jangan lupa pada tujuan sebenar kita dihidupkan.(Korang mesti dah belajar dalam islamic study dr Ust Husna atau pon dr Ustaz Maliki)Insyaallah




Warwick ker Sheffield??????

|


Salam...
Warwick ker Sheffield???????
itu yang bermain di benak fikiran ku selame beberapa hari....
punyalah masa yang diberi untuk memikirkanya tapi disia-siakan.

Sejarah pemilihan universitas.

Masa junior:
Firm :Imperial College , London.
Assurance: University of Sheffield

punya la bersemangat mengapply ucas dan berlajar bersungguh akhirnya dapat 4 daripada 5 conditional offer

  • University of York
  • University of Warwick
  • University of Sheffield
  • Queen's University.Belfast
Kene reject imperial....
ak pun mengubah pendirian sekali lagi, oleh kerna sheffield menawarkan sejumlah biasiswa yang amat lumayan ak pun berpendapat untuk ker sheffield.

Pas kene reject imperial

Firm :University of Sheffield
Assurance:University of Warwick

Hari demi hari selepas mengkaji ape yang nk belajar kt universitas tersebut berdasarkan
pandangan berberapa pihak ak pon mengambil keputusan untuk ke Warwick sbb atas alasan di warwick menawarkan biological science yg mempunyai pakej yang lebih menawan kalbu.....
hehe

Pada 23 April 2008
ak dgn yakin nya meletakan warwick sebagai pilihan di hati di atas kertas yang nk antar kt sponsor 2.....

Atas kertas pilihan universiti
Firm : University Of Warwick
Assurance : Queen's University,Belfast.

Skarang lebeh kurang tga minggu lg nk peksa..... kn la belajar bersungguh sungguh sehingga mncapai requirements sponsor dan university of warwick....... insyaallah.

Masa itu bergerak

|

Salam.
Malam tadi mase aku selak selak pamplet course Warwick sambil mendengar mp3,tibe tibe jer ,mp3 ak keluarkan lagu tajuknye masa ,nyayian kumpulan rabbani.
lagu dah keluar lame la juga , adelah dalam 4 - 5 tahun.
Lame gak lagu nie ak tak dengar.
Hampir menitiskan air mata apabila mendengarkan liriknya.
Liriknye berbunyi berikut:

Masa
Masa Ibarat Nyawa Bagi Manusia
Mestilah Diurus Dengan Bijaksana
Hargailah Masa Dengan Sebaiknya
Supaya Tidak Rugi

Renunglah Masa Yang Telah Berlalu
Ia Tak Akan Boleh Datang Kembali
Ambillah Iktibar Untuk Diteladani
Agar Terbentuk Peribadi Yang Murni

Isilah Masa Jangan Dipersiakan
Rancanglah Dengan Teliti Dan Berkesan
Ilmu Dicari Luaskan Pengalaman
Ibadah Dilupa Jangan

Perjalanan Masa Tak Menunggu Kita
Semakin Lama Usia Bertambah Tua
Bertuah Kita Jika Dapat Mencapai
Umur Dan Amalan Seiring Usia

Masa Muda Jangan Ikut Perasaan
Masa Tua Biasanya Serba Tak Senang
Datang Bermacam Sakit Yang Tak Diundang
Mulakanlah Ibdat dari Sekarang

Hidup Dibina Berlandaskan Kebenaran
Semoga Pulang Dengan Hati Yang Tenang
Masa Di Dunia Hanyalah Sementara
Masa Di Akhirat Kekal Selamanya

Marilah Tunaikan Kewajipan Kita
Pada Yang Maha Esa

Masa Tidak Akan Merugikan Kita
Bila Diatur dengan Penuh sempurna
Seperti Yang Dituntut Oleh Agama
Hidup Pastikan Sejahtera Selama


Walaupun musik nye agak rancak dan sesuai untuk para remaja,berberapa persoalan mula timbul dalam fikiran ak.
  • Adekah ibadat ak dengan usia ak samer?
  • Adekah masa yang berlalu ak uruskan dengan baik?
  • Adekah ak bersedia untuk MATI?dengan amalan yang ak ader skarang nie?
mmm...masa yang diberikan kepada manusia 2 samer.Samelah kepada ak , george bush,makcik jual nasi lemak dekat telok gong(sedap nasi lemek dier),Atok B,chaletmate ak dengan budak budak chalet sebelah,dan same juga terhadap kamu,kamu ,dan kamu(ikutla berapa ramai yang baca blog nie...)

kadang kiter nie selalu hanyut dalam arus dunia tanpa kiter sedari.Tgk cerita shinchan pukul 7 kt ntv7 setiap hari sabtu,pegi pasar malam tanjung malim beli roti john, tgk movie berjam jam,berborak panjang dengan member2.

adekah kiter sedari ape yang kiter lakukan sehari hari memberikan effect terhadap diri kiter pada masa depan.
mmm penulisan ini sekadar peringatan kepada ak dan orang orang yang membaca blog ini.
sedarilah masa yang diberikan ini tidak panjang,dan ingatlah suatu hari nnt kite ini akan mati dan bersedialah untuk menghadapinya......jd ape tunggu lagi....

Sibukkan lah diri anda dengan perkara yang berfaedah.......

وَالْعَصْ إِنَّ الْإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍرِإِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْ


Demi Masa!
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
surah al -asr 1-3

Blackout...

|

Salam
td black blackout ler kt lembah beringin nie....
tp mcm2 peristiwa berlaku dlm masa 2...

1)Misteri bunyi kuat lepas solat isyak
Dalam blog jpah ade mengatakan bunyi kuat orang yang terhantuk cermin kt surau pas solat isyak td....
jeng jeng jeng sapekah org nye....
ak ler....
sangat sakit kepala ak pas terhantukan cermin surau as saad ....
nasib baik tak pecah... kalo tidak payah nk ganti.....
haha...
2)Baru la nampak sume budak budak muka buda budak diamond.
Secara rasminye diamond the house of silent memepunyai ramai pelajar...
tp ssh nk tgk muka pelajar diamond, tp td sume bdk keluar, pdah ,fiqry,mas...
iq pun keluar jugk...
haha
3)Study dalam gelap.
Aku ,syafiq dgn jepah nk g cadang nyer nk g padang...
sblm 2 pg la kt chalet mua'dz..
cuba la teka ape mua'dz tgh buat......
jeng jeng jeng
study dgn lilin
dengki betul ak kt mua'dz
hehehe...

antara sedih dan kebangkitan semula

|
Salam.
Bagi pelajar Kyuem,keputusan peperiksaan trial baru sahaja keluar.Bagi yang berjaya mendapt keputusan cemerlang tahniah saya ucapkan.Bagi yang dapat keputusan yang agak kurang cemerlang,jangan lah anda bersedih ,andalah orang yang paling bertuah di dalam dunia ini. Inilah masa nya anda patut bersyukur kepada Allah swt yang masih sayang kepada diri anda dan mahu anda untuk berjaya.Jadikan keputusan anda yang kurang memuaskan itu dan lihat sedalam2 nye.kaji segala kesilapan yang anda lakukan dan cari alternatif untuk mengatasi masalah itu dalam sebulan.Jika kurang study,maka studyla sepuas puasnya selepas ini,kurang latihan,printla semua past paper yang ade dan buat latihan sebanyak banyaknya.Anda dapat mengesan apa kelemahan anda melalui past paer itu...hehe.

Kadang kadang kite sebagai seorang insan,mestilah diuji oleh pelbagai uijan.ujian ini memang la berat tetapi ........ bayang kan hidup anda tanpa ujian bapak bosan la...... semua orang kaya ,semua orang pakai mercedes,semua orang ade rumah besar,semua ade phd...... cuba bayangkan....
semua orang akan dapat sama rata dengan orang lain, jadi takde kerja kuat,x der masalah dan usaha....mmg la best dpt nikmat mcm 2 tapi takde makne la kite hidup sebagai manusia...
hayati lirik lagu nasyid nie

Rahmat ujian

Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu

Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya


Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi



Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya



Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu


Yang terakhir,setelah kiter dah berusaha ,berdoalah dan bertawakal kepada Allah, semuga aper yang kite lakukan mendapat keberkatan dari yang maha esa.... insyallah.

Kerana sebiji kek.

|







Pada suatu malam yang shadu,syafiq mengajak aku pegi ker cafe untuk mengisi perutnye yang lapar.Jadi kami pergi la ke cafe yang letaknye agak jauh dr chalet kami bersama mas dengan khairul.Masa itu lebih kurang 10.00 malam.
Setelah selesai mengorder makanan. Kami tggu lah di meja sambil berborak -borak sambil membincagkan plilhan universiti masing - masing.Takala Kami berborak 2 itu ade satu majlis telah di adekan.Majlis apekah ini....ooo majlis sambut ulang tahun bertambahnya umur salah seorang pelajar disitu.. Aikkk...punya la ramai org yang sambut menyayikan lagu "selamat tambah umur", kek ader 2 kecik jer,mcm x ckp untuk sume yg datang....
Setelah selesai menyayikan lagu 2.... salah seorang member itu mengangkat kek "resepi rahsia" dan cuba la try untuk melenyekan kek itu kat member yang bertambah umur nyer...Tetapi,member 2 dh berjaya mengetahui niat buruk membernyer itu,beliau berjaya menepis kek itu bagi mengelakkan muka nyer menjadi charlie chaplin dan hanya terkena pada rambutnye.....
Aku sangat terkejut dengan perkara yang berlaku di depan mata ak nie.....
sepanjang yang ak hidup...x pernah ak tengok org membazir makan sebegitu rupa....
Ielah,kalo nk buat kejutan kat member pon jangan la sampai membazir makanan....
Dh lah kek 2 mahal, seorang pon kat c2 x dpt makan ..... elok elok buleh makan, dh tak buleh makan....
Tidak mereka sedari nasib2 orang di afrika,palastin,india dan lain-lain yang tidak dapat makan makanan yang berkhasiat dan mencukupi....
Kite di cn membazir x tentu hala..... ingatlah, jangan la membazir makanan, itukan amalan syatian.....
sedarlah dari lamunan tidur kawan2ku..... jangan lupa bahawa ALLAH s.w.t itu maha berkuasa.....

Kali pertama aku menulis blog......

|
salam......
mungkin ini kali pertama aku menulis blog....
al maklumla....
selepas pilhanraya umum yang ke 12,blog merupakan salah satu wadah dalam kemenangan sesebuah parti...hehe
itu yang menarik perhatian aku terhadap blog...
sahabat kat kolej ini pon sudah mempunyai blog mereka sendiri...
saya tertarik untuk berkongsi pengalaman dan ilmu yang saya miliki dengan anda semua.....
sekian wasalam.