Seminggu

|
Salam.

Sudah seminggu aku pulang ke Malaysia.

Baru hari ini aku dapat guna internet walaupun aku dah daftar Celcom Broadband dua tiga hari yang lalu.Kampung aku ini hulu raya,walaupun broadband,tapi tak mungkin aku akan dapat kelajuan broadband.Ini pun aku terpaksa online dekat belakang rumah,dekat dengan pokok betik belakang rumah.Baru ader internet.Kalau duduk dalam bilik,alamatnya sampai aku balik UK tak boleh guna internet.

No Telefon Saya boleh didapati melalui YM sahaja....

Transit di Dubai

|

Salam



Kamera pulak rosak....sigh dan haih
6 jam sudah berlalu tinggal lagi 6 jam
Selamat Tinggal UK dan Selamat Datang Malaysia

2 July 2009

Dubai International - Kuala Lumpur International -Melaka

Pulang Ke Malaysia

|

Salam

Setelah hampir 10 bulan aku berada di UK,kini tiba masanya aku pulang ke Malaysia.Mungkin ramai sahabat-sahabatku telah pulang ke Malaysia terlebih dahulu,dan aku baru sahaja pulang ke tempat tumpah darahku.

Doakan saya selamat dalam flight saya nanti bersama Dzull dan Khairul.

Rabu,1July 2009

Cardiff Central-Brimingham New Street-Brimingham International-Dubai International

Salam Dari Cardiff

The New Era of Dakwah

|
Salam.

Semalam aku dan Ababng Aidil pergi ker Bristol untuk menghadiri satu program yang di anjurkan oleh IERA(Islamic Education Research Academy)

Di hadiri oleh beberapa Syeikh yang hebat di merata dunia.
Antaranya ialah
Hussien Yee(Malaysia)

Yusuf Estes(USA)

Yahya Suqillo(Equador)
Omar Weston(Mexico)
Antara pengajaran yang dapat aku ambil semalam adalah kepentingan berdakwah.Apa yang berlaku masa kini adalah,umat Islam meninggalkan kewajiban berdakwah.Banyak antara dari syeikh-syeikh ini adalah golongan yang bertukar agama asal kepada Islam.Mereka menekankan kepentingan berdakwah kepada golongan bukan islam.Mereka memerlukan kesedaran dan kebenaran yang untuk menarik mereka dari lembah kesesatan.

Satu program yang menarik sebelum pulang ke Malaysia....huhu

Pantun Prayer Hall Resident

|
Salam

Post khas buat teman -teman persejuangan di prayer hall terutama yang homeless.Berkelana di Cardiff sehingga pulang ke Malaysia membuatkan aku rindu pada kamu semua

Prayer hall besar, berwarna biru
Amat besar dan terasa maju
Sangat lengkap dan nampak baru
Semalam berpisah terasa rindu

Sebulan bertapa ukhuwah terbina
Libary kecil penuh bermakna
Tempat study tempat berguna
Harapan kepada semua bangsa

Dapur diguna setiap masa
Tempat memasak pelbagai rasa
Pelbagai resepi telah dicuba
Asalkan kenyang membuka selera

Pelbagai bangsa pelbagai bahasa
Pelbagai ragam pelbagai gaya
Semua itu bukan bezanya
Satu Aqidah itu tujuanya

Banyak kenangan tidak dilupa
Bersama member pelbagai negara
Pelbagai rupa pelbagai nama
Persahabatan terbina itu yang utama

First year tamat sekelip mata
Final year balik takkan dilupa
Jangan dibuang kenangan bersama
Ketika di prayer hall kita bersua

Inilah prayer hall paling bermakna
Pelbagai suka duka dilalui bersama
Susah senang itu hakikatnya
Setiap insan bernama manusia

Jalinan dibina dibiarkan kekal
Wahai sahabat berjiwa kental
Sentiasa maju bersemangat cekal
Semoga Islam dijiwa kekal


Kepada semua Prayer Hall Resident,terutama yang akan pulang
Brother Abu Bakar
Brother Muzammil
Sis Ayshanuur(betul ke spelling)
Sis Adyani @Kak Yanie(sori tak sempat masak nasi lemak)
Sis Buzz

Buat Resident yang lain2

Alia
Khairul
Dzull
Izzat
Zakia
Chymaa
Akmal
dan lain2
Maaf x ingat semua.

P.S :To all non malaysian,please use the google translator to get the exact meaning of each word in your language...huhu

Selamat Tinggal Tocil!

|
Salam.

Update terakhir sebelum keluar dari Hall University...

Selamat Tinggal Biliku....

Tocil 21 G...

Bilik -bilik

|


Salam

MRSM Serting,Bandar Seri Jempol,Negeri Sembilan

Form 1=Al -Ghazali 11(AG 11)
Form 2=At-Tirmizi 14(AT 14)
Form 3=Al-Ghazali 13 (AT 13)

MRSM Jasin,Jasin,Melaka

Form 4=CA 24
Form 5=CA 63

KYUEM,Lembah Beringin,Selangor

Junior/Senior = P 30 C

University of Warwick,Coventry,UK

1st Year = Tocil Flat 21 G

Jauh benar kaki ini melangkah,banyak betul bilik aku duduki,kembara ilmu ini masih jauh rupanya....

Kemas bilik!



Satu Pengiktibaran

|

Salam.

Bercakap memang mudah,tapi hakikatnya sebenar memang memedihkan dan melukakan.
Sesungguhnya memang berat jika kita di uji...samada berjaya atau gagal.
Semua adalah ujian...

Maka sahabat-sahabat,bersyukur dengan apa yang ada serta bangun dan pandanglah kehadapan dengan pandangan yang optimis.Jadikan sejarah yang lalu sebagai kayu ukur dan pengiktibaran buat masa depan!Be Strong my friend!Hanya doa menjadi senjata kita!

Anything for You



If there were a single sacred rose
On a mountain top that grows
Where nobody ever dares to go
For you I'd climb that mountain high
I would reach up to the sky
If that rose was your desire

Don't you know that I
Would do anything
Would do anything
For you
I would do anything
Would do anything
Anything for you

For you, I would sail the seven seas
Walk the deserts in between
Just to bring you anything you need
Nothing could ever be too much
Anything to show my love
Cos it gives me strength enough

Don't you
Don't you
Don't you know that I
Would do anything
Would do anything
For you
You know that I
Would do anything
Would do anything
Anything for you

For you I would take on any trial
And I would walk on through the fire
You give me strength enough to face it all
You make me feel invincible

Cos I would do anything
Anything for you
You know that I
Would do anything
Would do anything
Anything for you

These things are nothing to
All the things you do for me
You are my dream come true

A love I never knew you see
I'd take on a mountain high
Just to see you smile for me
You make me want to be
The very best that I can be

I would do anything
Anything for you
You know that I
Would do anything
Would do anything
Anything for you




P.S = Alhamdullilah,Pass...

Satu Pengharapan

|
Salam...

Cepat atau lambat
Ia akan tiba...
Hati terketar-ketar tidak terkira..
Resah bercangkuk di hati
Diluah tidak sekali
Di simpan memakan diri

Ke mana hendak lari
Kemana jua ia akan menemui
Belari ia mengejar,
Berjalan ia menapak,

Bimbang di hati di intai jangan,
Hati berharap pada yang Satu,
Itu satu pemintaanku,
Pada yang mengetahui hati ini,
Kepada engkau aku bertawaakal.
Dan Hanya pada engkau aku berserah

Terus Mengharap

|
Salam

Jalan ini masih jauh.
Setiap langkah - langkah penuh onak duri yang di warnakan dengan warna dunia yang penuh ilusi.
Bukan mudah menghembus nafas dalam jiwa hamba.
Terkadang menangis terkenang dosa silam yang mencengkam.
Selalu tertawa umpama dunia tiada kesudahanya.

Apakah matlamat kita hidup di dunia?
Adakah Movie,Game dan Pacar itu mewarnai hidup kita.
Adakah itu terus menemani kita selamanya?
Tanpa melihat siapa sebenarnya teman kita selamanya?

Buka mata hati dan lihatlah.
Tidak tertipu dan pasti benar.


Hafizuddin
Riverside,Cardiff,Wales,UK


p.s=Ya Allah,jiwa kacau sungguh....